Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya !!!

Ray secara peribadi nak ucapkan Selamat Hari Raya kpd rakan & semua pembaca blog ini. Maaf dipinta atas segala keterlanjuran kata sepanjang Ray menulis blog ini.

Juga bagi pihak Yoyooh.com kerana sokongan anda kepada projek komuniti new media kami. Teruskan sokongan anda !!


Saturday, September 27, 2008

Hadiah pelik untuk kawan-kawan

Name mentioned below [if you have a blog] considered yourself been tagged. List down weird gifts for your friends. Minumum 5 gifts! kalau tak nak bagi pun takpe...just have fun ya!

Disebabkan tiada duit raya untuk kawan-kawan tersayang, ray nak bagi korang hadiah special. Dibawah, Ray letakkan gambar koleksi aksesori pelik yg Ray dapat kat internet yang dirasakna sesuai ngn korang.

Bahan jenaka je u ols...jangan amik hati naaa...heheheh

Cool Jewelry 02
Penyepit Baju emas kat kediaman rumah "mak lampu". Dua dalam satu, siang untuk kepit baju kat ampaian...malam boleh kepit kat telinga terus....dah jadi anting-anting.

Cool Jewelry 03

Ini sesuai untuk fendy yg suka pakai cincin kat ibu jari. Ada tajam2 kat dalam so sort of boleh bagi urutan dan boleh digoyangkan untuk mengaru mana2 kulit jari jemari yang gatal

Cool Jewelry 04

Yang ni, tak lain tak bukan untuk Azim, senang nak cungkil tahi hidung tanpa gunakan jari u ols...hahahha

Cool Jewelry 05

Untuk AC ...ray setkan tarikh2 untuk diblok for event DFC dalam setahun...cool kan?


Cool Jewelry 06

Yang ni untuk sahabat yang bernama Megat. Boleh letak "kopi panas" bila-bila diperlukan. Apa yang Megat perlu bawak ialah termos kopinya saja..Muhahahah!
Cool Jewelry 07

Ni for my fren "mak itam tart hangus" yang suka show off apa yang dia pakai

Cool Jewelry 08

Lyn...this is for you...yang kecik pakai kat jari kaki ...yang besar tu jadikan choker di leher dan sesuai dipakai ke majlis mengambil angin or membuang angin di port klang...matila aku kena ngn Lyn pasni..larikkk!!

Cool Jewelry 09

Yang ni ray amik la...kat seremban boleh pakai. selalunya bila ray nak siram pokok kat tadika, paip getah panjang selalu tercabut. So, cincin bolehlah ray grip kan kat kepala paip tu so takde masalah tercabut lagi...u ols


Cool Jewelry 10

Yang ni khas untuk my adorable lil sister ...Fara Diba...matching ngn baju pegi pasarkan?
Cool Jewelry 11

Tak lain tak bukan untuk Nad Nadia. Ala-ala roman royalty...ada kena mengena la dengan DGM Loyalty u ols...hahahah. Ada dua kan..satu lagi untuk Lina dari singapore!


Cool Jewelry 12

Yang ni for my friend fazli yang fanatik...tiang roman [typical malay]. Rumah dia je keliling ada tiang roman...ada la dalam 10 batang!!

Cool Jewelry 13

Ini dah sama pulak ngn cincin ray tadi. Sebab ray dah ada satu...ray bagi la my sis sbb dia juga ada masalah siram pokok pakai paip getah tu...hahahah

Cool Jewelry 14

For no particular reason, I reserved this one for Dafi!

Cool Jewelry 15
Lilo my dear ...this for you...yeah...i know...u pakai tudung kan.
Not a problem...pakai kat luar tudung tu...hahaha kepit je kiri dan kanan...chuanthuekk


Cool Jewelry 16

For my brother in law la this one. Senang nak ketatkan benda yang longgar kat tadika tu! if im not mistaken, ada satu rak kat tadika tu dah goyang2 dah.

Cool Jewelry 17
For no particular reason, this one is for Cuman...lebih mahal dari apa yg ko bagi kat tunang ko tu..

Cool Jewelry 18
syukri abg getah...this one is for you...boleh tenyeh kat getah sekerap dan dijadikan corak contemporary u ols....
u can flexible...KAN?

Cool Jewelry 19
Adam this one is for you. Gossip2 liar tu masukkan dalam sangkar dan kunci ya. conpem x lepas..


Cool Jewelry 20
Terserlah di jari Rajan! Bercahaya!!!
Cool Jewelry 21
Ayu this one is for you. Senang nak bukak botol coke kat Steven Corner kalau dahaga.

Cool Jewelry 22

OMG!! I reserved this one for FAIZ !!!! hahahhaha and for wenkt yang lagi satu tu...huhuhuhu

Cool Jewelry 23

Akym ni utk hang! For no particular reason! dare to different u ols

Cool Jewelry 24
Ayyum this one is for you. Someone yang buat you ketawa pilihkan. Ni kalau fius mood terbakar...tukar...pasti tersengeh sampai ke pagi

Cool Jewelry 25
Safia ini sangaTTT sesuai untuk baju kurung rimau u tu....muhahahha
Cool Jewelry 26

yang ni ray tak tau nak bagi saper....takumi, joey, dila, or capeq ...boleh rebut for this one...ray baling ok...sape dapat dia punya ler..

Sori la bukannya apa budget lari...kalau boleh nak bagi semua tapi bendanya sikit...lain kali je la ya...

nama2 yang ray mentioned tu...kalau ada blog sila senaraikan hadiah anda pula kepada kawan-kawan yg lain. Considered you kena tagged lahhh!

Saturday, September 20, 2008

Projek Kad Raya

Ada little project yang akan kami lakukan setiap kali Hari Raya menjelang.

The Team
Megat Eusofe - Photographer [snap-snap gambar]
Syamelia - Co-ordinator [cari supplier]
[r][a][y] - Consultant [ consult apa2 yg patut]

Dafi - tokey kad raya, pemilihan gambar dan final approval

Bila tiba hari raya, maka banyaklah kad raya yang Dafi terima. Sebagai artis, kenalah balas untuk tidak menghampakan peminatnya.
kepercayaan telah diberikan kepada kami untuk merealisasikan first part of the project.

The second part of the project, kad raya yang dah siap akan diserahkan kepada Dafi. Memandangkan kesibukannya, tak tau lah bila dia boleh siap membalas kad raya yang dihantar oleh peminatnya. Yang pasti dia sendiri akan balas kad raya tu semua.

"Ray...kad raya dah siap" "meh la datang amik" - Amy to Ray at 2.15pm

"Harap maklum, kad raya anda telah siap dicetak" via sms from ray to Dafi at 2.30pm

Waktu berbuka ray & megat dijemput ke majlis berbuka puasa ASTRO SHAW di Palace Of The Golden Horses. On the way balik, we decided to stop by istana hinggap mak lampu.

"Kak Amy...! Im on my way to your house" - Megat to Amy at 10pm

Ps: bukan senang nak ke istana larangan mak lampu malam2...

As the automatic gate opened, mak lampu appeared with her night gaun. Naik bulu roma den tengok.. lol. - 11pm

"Wah cantiknya !!!" - Megat to the kad raya [memuji hasil kerja sendiri]

"Apa yang cantik? I ker?" - Amy to megat [perasan]

Sebab dah lewat, istana mak lampu akan dimalapkan, ray segera beredar.

Sekarang ray menunggu isyarat dari Dafi utk collect kad raya nya.

Harap maaf, sebab terlalu exclusive, kad raya tersebut tidak dapat ray siarkan kat blog ni. ray hanya boleh bagitau yang gambar tu gambar dafi tengah main bunga api. Gambar tu diambil oleh megat masa shooting ad perodua@KRU.

Foot Note : lakunan semula diatas kemungkinan telah diolah semula atas faktor migrain yang melanda diriku ini.

Sunday, September 14, 2008

Dibius Cinta - Yusry & Melly


yusry dibius cintamelly dibius cinta
Bayangkan Mak lampu gantikan Melly kat gambar diatas. Aiyoooo
Video clip ala-ala Narnia

Hari ini Ray buat review sikit pasal lagu ni di yoyooh.com
Lagu ini dijangka hit di Malaysia. Nak tahu lebih tentang lagu ini dan info esklusif
Jangan lupa check it OUT Yoyooh >>>KLIK DISINI


LIRIK LAGU

DIBIUS CINTA


Kau membiusku dengan cinta

Cinta yang malu kukatakan

Kau membiusku dengan cinta

Sampai aku tak bisa berkata

Kau membiusku sampai aku jadi sering melamun

Memikirkan kita bisakah bersama

Aku dibius Cinta

Cintamu yang tak ada tandingan

Namun mungkin tak bisa

Entah ku tak tahu .....

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta

Usaha sekeras hati bersama selamanya

Aku dibius cinta.....

Kau membiusku dengan cinta

Cinta yang malu kukatakan

Kau membiusku dengan cinta

Sampai aku tak bisa berkata

Kau membiusku sampai aku jadi sering melamun

Memikirkan kita bisakah bersama

Aku dibius Cinta

Cintamu yang tak ada tandingan

Namun mungkin tak bisa

Entah ku tak tahu .....

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta

Usaha sekeras hati bersama selamanya

Aku dibius cinta.....

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta

Usaha sekeras hati bersama selamanya

Aku dibius cinta....

Aku dibius cinta.....

Aku dibius cinta....

Thursday, September 11, 2008

Perodua Raya

Orang tak raya lagi, ray dan dan kawan-kawan dah raya dulu. On Wednesday, KRU invited us utk jadi extra sebuah promo raya for Perodua. Antara artis KRU yang terlibat ialah Dafi, Adam & Flava.



Sebelum tu, kita berbuka puasa dulu di restoren depan bangunan KRU, Restoren Asam Pedas. Hanya 10 orang saja jadi extra....ray, megat, amy, lyn, takumi, chapeq, nad, fendy, azim & Ajen.



Sekitar jam 9 malam, kita org start recording. And it went on for almost two hours. We had a great time. I mean, we laughed out loud most of the time melihat telatah artis-artis yang sememangnya kelakar tahap cipan. Terutamanya Shah dari kumpulan Flava. He is one the kind lah.

Oleh kerana sibuk recording, xde gambar yg dapat diambil masa tu. Mula-mula shot kami bertandang ke rumah yang kononya milik Dafi, Adam & Flava. Uik ! dorang housemates kew? Sejak bilaaaa??? Hahahaha

Shot kedua pulak bila masuk dan bersalam-salaman dengan tuan rumah. Pastu shot kat ruang tamu sambil berborak-borak. Shot ketiga shot Dafi mengajak tetamu menjamu selera ke meja buffet pelbagai juadah yag kononya dorang yang masak.

Kami kemudiannya dihiburkan. Lepas tu ada shot main bunga api dan last kali ucapan raya beramai-ramai.

Lepas recording....apa lagi bergambar lah !!

dan high fashion shoot, melompat berbaju Melayu u ols.

Rakaman ini akan disiarkan di pusat-puast servis Perodua diseluruh Malaysia.

Saturday, September 6, 2008

Buffet Pasar Malam

Menjejakkan kaki ke INTEKMA untuk berbuka puasa seolah-olah pergi ke pasar malam atau bazar Ramadhan untuk memilih juadah untuk berbuka puasa. Tapi, dengan "food presentation" yang lebih menarik dari apa yang dihidangkan diatas gerai juadah berbuka puasa.



Kawasan pool side INTEKMA berubah wajah menjadi tempat berbuka. Seleksi makanan yang pelbagai. Khemah dipasang, dikeliling pool dan ditata hias dengan lampu dan ditegakkan beberapa lampu pelita minyak tanah disekeliling kawasan kolam renangnya. Makanan dihidangkan berkonsepkan gerai seolah-olah memilih makanan di bazar Ramadhan.


Friday, September 5, 2008

Get well...Yoyooh

Dah masuk seminggu lebih, yoyooh terlantar di hospital. Selasa lalu, yoyooh telah dihack [ala-ala kidnap] Page utama yoyooh ditindih dengan satu website spam. In order to remove the site yg ibarat parasit ini, the technical staff have to upgrade the system. Before upgrading, they back up all the data, just in case.



After done all that, dua hari lepas...serverfreak [server yg dibayar yoyooh] pulak buat hal. So our technical staff unable to access the server to put yoyooh back online. Serverfreak claimed that the server kena attack DDOS. Nothing much to do on our part just to wait for serverfreak to settle the problem.



Meanwhile, ray & wan sedang work out on temporary blog for those yg nak melawat atau rindu yoyooh. Di blog sementara ini, kami akan menulis sehingga masalah berkenaan server dapat diatasi.

Doa-doakan lah ya semoga Yoyooh cepat sembuh dan kembali on9 semula.

Yoyooh Temporary blog >>>KLIK DISINI

Lawak pasal berjimat cermat

Ray tengah buat survey sikit untuk yoyooh. Setakat manakah rakyat Malaysia berjimat cermat. Dalam tinjauan rambang, ada yang memberikan komen positif tapi ada jugak komen yang mcm haram dan marah serta sarcastic pasal berjimat cermat.

Mendengar jawapan yang lucu, tergerak hati nak browse internet & blog pasal hal berjimat ni. So, ray compile kat sini dan tambah sikit apa-apa yang patut. Bahan lawak je ya...ray tak fikir ada yang buat pun...Hahhahaha!

Change Your Lifestyle ……

BAB KENDERAAN

  1. Sapa-sapa yang macho yang naik kereta CC besar, bolehlah tukar kereta CC kecil.
  2. Sapa-sapa yang naik Kancil tu, bolehlah tukar motor.
  3. Sapa-sapa yang naik motor tu, bolehlah tukar basikal.
  4. Sapa-sapa yang naik basikal tu, bolehlah jalan kaki je.
  5. Sapa-sapa yang dah penat jalan kaki tu, tumpang-tumpang lah kereta jiran lak.
  6. Sapa-sapa yang asyik menumpang je, tak tahan malu, silalah rujuk balik pada numbor 1 (hehehe)

BAB PENGGUNAAN LETRIK

  • Jangan bayar bil anda, biar diorang potong. Bulan depan takyah bayar bil apa-apa pun.
  • Jual semua barang letrik. Takde alasan untuk sambung letrik.
  • Pakai lilin/unggun api bila malam. Ini pun strategi bagus untuk mengeratkan ’silatur-rahim’ suami isteri.
  • Kalau perlukan lampu gak, guna je lampu basikal. Tapi kena exercise sikit la kayuh basikal for the dynamo to light up the lampu. Kalau malas, suruh hamster lari atas wheel and attach a dynamo to it.
  • Buat aktiviti2 malam seperti lipat kain ditempat awam yang ada street light. Kalau tak cukup terang, gi lipat kain kat Dataran Merdeka atau Dataran Masjid Putrajaya.
  • Bateri handset low? No problem. Pastikan bawa charger ke mana-mana. Office, Conference Room, kedai mamak, ‘bilik termenung’, dll.
  • Nak tengok TV? Gi rumah jiran or kedai mamak. Nak lagi besar? Gi ke Dataran Merdeka.
  • Mintak nasihat mak lampu pasal hal penjimatan letrik nih

BAB MAKAN

  • Tanam tanaman yang boleh dimakan disekeliling rumah anda. Takde tanah? Tanam dalam pasu, letak dalam rumah. Biar berserabut.
  • Guna dapur kayu api atau dapur minyak tanah. Kalau larat, makan mentah pun ok gak.
  • Ganti beras dengan ubi kayu lak. Ubi kayu senang nak tanam keliling rumah.
  • Malam jumaat gi baca yassin/tahlil kat surau/masjid. Paling koman pun, mesti dijamu nasi lemak bungkus dengan pisang.
  • Kalau VIP or YB buat jamuan, bawak tupperware, tapau untuk next meal. Kalau YB tanya, tell him ikut seruan kerajaan “Changing lifestyle”. Secara tak langsung, YB happy sebab rakyat ikut seruan kerajaan.
  • Ada open house, kenduri kendara...jangan lupa pergi...makan free tuhh
  • Hari-hari makan nasi lemak bungkus yang RM1 tu (kalau ada lagi dijual la). RM1 x 3 kali x 365 hari = RM 1095 ….. wuuuiiiii save giler tuh!!!
Korang ada cadangan? Sila drop komen ya.

Wednesday, September 3, 2008

Kota Keriangan... katanya - Part 2

Kota Keriangan... katanya Part 1 >>> KLIK DISINI


Dalam part 1, Ray dah ceritakan secara kasar perjalanan sehari di genting. Dalam part 2 ni, ray fokus pada konsert ambang merdeka.

Pada asalnya, Adam dan The Lima disenaraikan untuk menjayakan konsert Ambang Merdeka Genting Highlands . Adam tak join sbb ada hal lain dan The Lima tidak dapat approval kerana pihak berkuasa hanya membenarkan hanya artis Malaysia sahaja.

Sedangkan banner dah terpampang muka mereka.



Antara yang membuat persembahan pada malam tu ialah Ruffedge, Dareyno, Henley, Bad Boys, Dia Fadila, Dafi dan Aznil sebagai pengacara. Persembahan dari pelbagai lapisan bangsa. Sebelum ini to be honest, ray tak pernah dengar nama Dareyno & Henley.

Aznil tenyata seorang pengacara yang baik kerana telatahnya amat menghiburkan mereka yang hadir. Seolah-olah menonton Macam2 Aznil dengan gelagatnya mengenakan penonton.

Sejam sebelum detik 12 malam, polis bantuan Genting Highlands dah bersedia kerana ada upacara menaikkan bendera.



Crowd masa tu dah bertambah ramai dan yang uniknya ianya terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa dan pelancong luar negara.

Di pentas semua artis keluar dan bersedia untuk countdown. Masa tu juga, dari tapak konsert boleh nampak hotel dan kelihatan penghuni bilik membuka tingkap dan melambaikan tangan kearah pentas.


Aznil memulakan countdown dan masa upacara menaikkan bendera inilah yang telah menegakkan bulu roma ku ini. Mau tak tegak....!!

Dan diikuti dengan percikan bunga api dan bunyi dentuman memecah kesunyian malam. Wah gitu !



Malam tu Dafi menyanyikan empat lagu iaitu lagu Lemah [Soundtrack Cicakman2], Adinda , With you dan Bila terasa rindu. Penuh perasaan dafi nyanyi lagu "lemah" kerana ianya lagu ala-ala rock sikit. Dafi menutup konsert malam itu dengan lagu Bila terasa Rindu.


Lepas dah habis, kami diescort [balik ke hotel dgn Dafi] oleh enam - lapan polis bantuan. AC, Ryzal, Ayu, Ajieb dan najib pegi lepak minum sementara Ray, Megat, Aiman & Dafi terus ke biliknya untuk sesi temubual khas untuk Dafi FC.

Temuramah santai tu boleh anda baca di laman web rasmi DFC.

I'm quite impressed dengan cara genting mengendalikan konsert ini. Tidak la Ray terkejut sebab memang Genting dah biasa dalam mengendalikan konsert. Plastik baju hujan [incase hujan], alat ketuk2 tu [ mcm plastik yang panjang tapi diisi angin] , ada clown beri bendera dan macam2 lagi.

Sememangnya... Genting ialah sebuah kota keriangan.

Kota Keriangan... katanya Part 1 >>> KLIK DISINI