Sunday, August 31, 2008

Kota Keriangan... katanya - Part 1


Bagi untuk meriangkan diri, I have decided to climb Genting Highlands for Merdeka. Kebetulan Dafi & KRU team are there sbb dorang involved dgn Aznil nya showcase and Konsert Ambang Merdeka.


Setelah sibuk tunggang langgang satu minggu, a break is what I need. Ajak yang lain-lain tapi masing-masing ada agenda dorang sendiri...so hanya kami bertiga jer yang pergi. Aiman will be the driver, Megat will be the PA.
[ Can't remember when was the last time ray duduk kat belakang dalam kereta sendiri ]
Tak ingat tu bermakna it was a longgggg longgg time ago.
Thanks to Aiman for driving us all the way there. And not to forget Rajan for making the room booking arrangement for us.



buat-buat sebuk

Sampai saje terus ke Times Square Indoor Park and look for AC. Masa tu AC, Ayu & Ryzal tengah busy so tak nak ler kacau so lepak je la kat belakang stage with Dafi.

Sebenarnya ini ialah event or a very special day for Aznil. Showcase Aznil sempena album barunya and Dafi akan buat appearance.


Yoyooh je Ryzal tu kan? pelakun lah katakan...hahaha


We talked, take few pictures while waiting sambil Dafi having his quick lunch. Mc Donalds and as usual Milo ice. Megat snanpped la few pictures pelbagai aksi kami di belakang pentas.

Cantik pulak cermin kat back stage tu. Banyak beno lampu...keliling cermin u ols. Kalau mak lampu ada...aiyoo confirm 10 gambar dia kat sini. Hahahaha!!



Dah macam rappers pulak den tgk ajieb ni ha


Lepas tu, kami keluar duduk sebelah stage utk tgk Aznil perform. Ajieb from Murai pun adoooo. Masa tu Aznil signing session, balik ke belakang pentas. Aznil datang dengan jurukamera Murai yang bernama Najib. Jumpa Kak Nani & family yg tgh gigih main boling after that. Lepas jumpa Kak Nani, kami pergi makan. Lepas makan...check in and lepak kat bilik.


dinner buffer menyontet style


Ayu told us that Media are invited to have dinner at 7pm. So...makan lagi ! Buffet dinner dengan selection makanan dari seluruh dunia...Wah Gituuuu!!



Masa makan ni macam-macam perkara lucu berlaku. Ayu dengan rasminya, atas persetujuan ray sendiri mengiktiraf perkataan "Menyontet" yang terkeluar dari mulut Ajieb tanpa disengajakan. Menyontet membawa maksud pelbagai dan sesuai digunakan dalam keadaan tertentu. Wah ! Makan sambil menyontet....Hahahhaha!!!


Mendengar murai batu berkata-kata

Ayu yg AYU, pengasas term "Menyontet"


Lama jugak lepak & makan, sambil menunggu kami dihandover ke pihak Genting untuk membawa Media ke tapak Konsert Ambang Merdeka.

Dafi dan staff KRU balik ke bilik dan akan ke tapak konsert slightly later. Megat...ajieb...najib...aiman dan ray diiring oleh pihak Genting ke tapak pesta bersama media lain. Kami dibawa ke sebuah khemah khas untuk media bagi menyaksikan konsert tersebut. Masa tu hujan dan nasib baik lah ada khemah tempat berlindung.


Pihak Genting tenyata amat bersedia kerana setiap pengunjung diberikan baju hujan bagi memastikan pengunjung tak basah kuyup.


Then, kak nani and her daughter come and join us kat khemah. Berdasarkan jadual yang diberikan kepada pihak media, Dafi akan muncul hanya selepas 12 tgh malam.


Tibanya detik 12 malam, kami berdiri menyanyikan lagu Negaraku dan melihat percikan bunga api.

Selamat Hari merdeka dan Selamat menyambut bulan ramadhan u ols.

While at the same time... in USJ Subang Jaya, the others are planning a surprise party for Faradiba. It's her 17th Birthday. Happy Birthday Fara.....!!! Read all about it Click Here


bersambung...

Untuk Dafinites, ray akan buat laporan dan interview khas di laman web rasmi DFC dalam minggu ini. Jangan lupa layari ok.

Thursday, August 28, 2008

RSK MERDEKA WALK !

The idea mudah saja. Berarak sekitar taman perumahan sekitar tadika. Menerapkan semangat cintakan negara tanpa rasa malu...so si kecil akan berarak, sambil menyanyi lagu "Tanggal 31".


Seawal jam 8.30 pagi, si kecil dah bersiap sedia di kawasan tadika untuk memulakan perarakan solo bersejarah - for the very first time. Tahun-tahun sebelum ini, sambutan hanya di kawasan tadika sahaja.


Seramai 90 si kecil dan 8 orang kakitangan tadika terlibat.


Lalu dikawasan deretan kedai sambil diperhatikan oleh penduduk sekitar


Tak pernah dibuat orang kan?


Merdeka walk ini hanya mengambil masa 20 minit sahaja. Yang pasti, all of them have fun and something for them to talk about to their parents.

Hari sebelumnya si kecil yang berumur 6 tahun yg akan menamatkan persekolahan tadika mereka ada sesi bergambar. [Photo shoot]

play time


Gambar-gambar ini akan digunakan semasa majlis "GRADUATION DAY" mereka pada bulan November ini. Ianya akan dimasukkan dalam satu slot VT atau tayangan slides sebelum mereka menerima sijil.

macam iklan ribena pulak


Ia menceritakan pengalaman si kecil dari mula datang ke sekolah dan sehingga habis waktu persekolahan. Pengalaman setiap si kecil di tadika dalam tempoh 3 jam mereka berada di bersekolah. Setiap si kecil, diambil gambarnya untuk menceritakan pengalaman mereka ini.


menunggu transport untuk pulang

Gambar yang diambil juga akan digunakan untuk tujuan pengiklanan tadika di laman web, risalah dan banner untuk pendaftaran 2009.


Setiap si kecil juga mengambil gambar dengan baju graduate mereka untuk simpanan Ibubapa dan akan turut dimuatkan didalam sijil persekolahan mereka.



Picture kredit to :Megat

Sunday, August 24, 2008

Birthday, Wall-E & Communication Error


Azim & Fendy yg suka "angkat orang"


THE BIRTHDAY


Petang semalam, ray & megat off to sebuah restoren yang diberi nama "Dapur Mek". Ya, bukan salah eja ya...."Mek" bukan "Mak".
[Tetiba teringat nak tukar nama mak lampu ke ke mek lampu pulak]


Ok, kita tinggalkan Mek tu seketika dan back to reality. Di "Dapur Mek" inilah berlangsungnya birthday party for 5 years old Hani. Sampai jam 2.15 petang sebab tersekat dalam traffic kat depan Hospital Tawakkal. So, ray tawakal je la....


Juadah ala-ala Hi-Tea

Dalam kereta, Dafi call and told me that he's attending Dekna's wedding and ask for Ros punya fon no to call her daughter Hani to wish her Happy Birthday. Sampai je, adam, fendy & azim dah sampai dan sedang menerjah buffet table.

Pakar makan suap Adam

Lepas bersalaman, ray join sekali terjah. Masa terjah tu kena perli ngn Fendy for not wishing him Happy Birthday. Ceh!

Fendy.....luv u very much and sorry la sbb tak sempat nak wish Fendy. I'll make it up nanti k. Hehhehe...in Genting !!


lilo & tshirt toiletnya - kempen toilet


letupan kejutan oleh Fendy, Adam, Ray & Azim





Lilo pun drop by after that. Pelik jugak birthday party ni sbb takde budak2 tapi soon after that I understand x perlu budak2 semua kerana ada beberapa orang dewasa yang berperangai kebudak-budakan kat situ. LOL. Seriously, it's fun to watch them melayan hani dan anak-anak Ros yang lain. The key is bring them to any event and they will be able to adapt very well.


Runaway Birthday Girl

Sayang u can dance - Hiburan oleh badut Fendy



It's all over



Picture credit : Megat

WALL-E


Left around 4.45pm dan Ros tapau makanan for us. Ray & megat proceed to Summit to watch WALL-E. The only reason SUMMIT is our choice is because confirm tak ramai dan boleh dapat tiket and good seats. True enough, right on time....sampai saja terus beli tiket and masuk pawagam.


About WALL-E ni, sebuah filem yang mesti ditonton. Kalau korang tonton and tak suka maknanya something is wrong lah korang. Enjoy giler tengok cerita ni. Pure entertaiment suitable for all ages.

Habis movie, on my way to the toilet....for nature call...... fon berbunyi. It's Dafi.

THE COMMUNICATION ERROR

"Lokasi?" tanya Dafi

"Errr...in USJ" I replied

"Lorr...ko tak datang ker?" Dafi tanya lagik

"Datang mana pulak ni?" dengan blurnya ray menjawab

"Cyberjaya lerrr" jawab dafi

"Erkkkkkkk!!! bukan ke esok ke???" ray terkejut

"Malam ni laaaa" jawab Dafi

"Ehhhhh! ko sms aritu kata Ahad la" ray menyampuk

"Ya ke? sorry sorry ...Hahhahahha" Dafi ketawa

"Aiyoooooo" ray mencarut

"ok lah aku nak on dah ni...my turn is next...Chowww" kata2 terakhir Dafi.

Telephone conversation ended.

Melepas satu scoop hiburan utk yoyooh.

Lepas je, abis teringat ray pada posting yg telah ray buat kat DFC pasal benda ni. Terus call Fara & Lilo to fix it up.

Tuan-tuan & puan-puan, it's a communication error...i should have check info given with Dafi's manager AC like I normally do. Tah kenapa kali ni....ray tak check and confirm pulak.

Dafi....aku nak Oren juice gelas besar satu bila jumpa ko kat Genting nanti.

On the bright side , malam ni...boleh rehat secukupnya.

Friday, August 22, 2008

a busy week ahead



Hari ni, terima jemputan untuk hadir ke Press Conference, Cicakman2. Hari Isnin ni 2pm @ Planet Hollywood. Most probably I wouldn't be able to make it as I will in Seremban for 3 days. Macam biasalah kan, setiap hari Isnin ke Rabu...taking care of things at my kindergarten and at night mengajar tuisyen.



Tapi hari Isnin ni, ada agenda lain jugak. Nak amik gambar semua si kecil yg berumur 6 tahun for their upcoming graduation day. Besides that, meeting with teachers pasal upcoming written/oral assessment etc. Perlukan few pictures for my promotional stuff like banners, brochures & website. Untuk pendaftaran tahun 2009.


I need experts pasal gambar in order to do that. So, commision Megat to do this job.




Nasib baik la.. ada my sister and brother in law untuk buat kerja-kerja yang lain. Kalau tak, tak tau la nak jadi apa.



Tomorrow, I will be attending birthday party Hani...anak kpd Ros & Abg Azmi. Dafi won't be attending sbb still in Langkawi...rakaman rancangan raya for Ria Central..so kenalah sort of wakilkan diri. Hani ni baru berusia 5 tahun dan peminat no 1 Dafi.


On Sunday, afternoon, ray nak Bukit Bintang nak cover cite pasal "Shuffle" dan sebelah malam off to Cyberjaya...sbb nak cover SuriaFM thingy. Tak tahu la pukul berapa habis... and the next morning...I have to be in Seremban.



Jumaat depan 3oth, ray akan ke Genting for Aznil's nye event. Will be staying there for one night. AC [KRU] will be there as well.

On top of that, I still have to online 4 hours daily for Yoyooh.com dan menyediakan 2-4 artikel.

I will be here and there next week. Badan rasa semacam je. Harap-harap tak demam...

I know semua orang pun busy jgak but can anyone help me?...hahhahaha

Thursday, August 21, 2008

Macam-macam ray



Ini lah empat mangsa make over Megat kali ini. Ada yang tembam dikuruskan. Yang muda dimatangkan. Yang putih dinegrokan. Yang biasa divoguekan.

Cubalah teka siapakah mereka ini? [pada yang kenal]

Yang tak kenal tu...tengok je la...

Kesimpulan yang tersimpul...bersyukurlah dengan wajah pemberian Allah...kalau buat plastik surgery yg hukumnya haram tetap nampak fake kan?


Berkenaan isu yang tidak berkaitan pula...pasal pada orang yang kuat complain pasal kerja masing-masing...diharapkan gambar dibawah dapatlah menyedarkan anda.


Ada lagi kerja yang lebih bahaya dan mencabar dari kerja korang yg korang complain tu. Hahahha. Ada banyak lagi kosong ni ! Silalah hubungi mak lampu untuk borang permohonan.

Ada lah sorang kawan ray ni...asal jumpa je complain psal kerja dia. Tak la tahu kenapa la frust sangat dia tu. Ray yang mendengar pun dah naik rimas. Nak offer dia kerja seperti gambar diatas nak tengok dia complaint ke tak.


Satu masa dulu, banyak kes kehilangan anak. Isu keselamatan di negara sendiri dipersoalkan. Tapi isu keselamatan ni sebenarnya bermula dari rumah. Ianya bermula dengan kawalan ibubapa. Buat apa yang kita boleh buat sebelum mempersoalkan perkara-perkara yang lain.



Mengingatkan ray masa pergi ke sebuah taman di Seremban2 baru-baru ni. Gelagat seorang ibu yang tak reti kawal anaknya. Kejap-kejap hilang...pastu carik...dah jumpa hilang balik...ish...rimas ray tengok.

Nak ikutkan...nak je ray ikat anak dia tu dekat tangan mak dia tu...

Pada masa yang sama, ray akui bukan senang nak kawal budak-budak ni. Tadika ray ada 90 orang budak....dan lebih kurang 6 orang guru. Susah nak kawal sebenarnya. Tapi kena la buat jugak sebab dah tugas guru kan?

Ada mak kepada sorang budak ni kata "Anak sorang susah nak jaga...mcm mana la cikgu kawal budak yg ramai mcm ni?"



Selain menjadi pengurus sebuah tadika, ray sekarang ni sibuk dengan portal remaja yoyooh.com
Hari-hari mengadap komputer. Dah naik bongkok mengadap skrin komputer hari-hari.

Ish ! Im not complaining, tapi gambar diatas ada kebenarannya except part permulaan tu....Im not an ape ok. huhuhuhu


Friday, August 15, 2008

Dafi - ADINDA

Promote lagu Dafi jap. Kawan kena la promote...Dengar sekali saje sudah suka...hahahha. A bit different this time compared to Bila Terasa Rindu. For me personally....I like it very-very much!

Ray dah dengar lagu ni dan upcoming song "Seumur Hidup" soundtrack upcoming film "Jin Notty" yang dibintangi oleh Mawi & Fara Fauzana. Another good song ! Ray dengar semasa pra dengar bersama peminat di KRU Studios beberapa minggu lepas.

Memandangkan someone dah upload kat Youtube...so ray letak la kat blog ni. Ia adalah rakaman sebuah rancangan talk show di TV9, Ahad lepas. Yup, that's why la... Dafi couldn't make it for InterFC Bowling anjuran Diddy FC...



Prior to this recording, Dafi attended Festival Filem Malaysia21 at Putrajaya...and he was reported leaving quite late that nite...and that's is why mata bengkak semacam je...hahahhah
Bak kata Ayu, "cute apa?"...Berani nak komplen...nanti tak pasal2 kena hayyun dgn Ayu kannnn?

Lagu Single Terbaru Dafi - Adinda
Lirik kredit to Dafinites - Sheeda

Around 9.45 am Dafi on air. Sempat la jugak tgk and sms Ayu & Dafi sbb kebengkakan matanya itu...hahhaha.

Right after that, I rushed to Summit USJ for the bowling thingy. Sampai jer, I was quite impressed dengan pihak penganjuran kerana...banyak PENAJA. Macam-macam hadiah ada. Met Diddy's manager Mr Badrul yang peramah and very the busy man....




It was pure fun but tak ramai artis yg show up. Yang ada besides Diddy...Farah & Mark [OIM] , Farah [AF2] dan Farish.

To be continued...

Sunday, August 3, 2008

Reunion - Muda De Pangkor

From the Lens of Megat Eusofe [Megat's Blog]

Apa yang menariknya, Megat telah berjaya merakamkan saat-saat tertentu di dalam gambar-gambar yang diambilnya.

Cukup dengan hanya gambar sahaja, ianya membayangkan perasaan, pengalaman dan penceritaan subjeknya. Kemudian, lihatlah latar belakangnya, ianya mempunyai penceritaan yang berbeza.


Menanti Hujan Teduh



Hilai Ketawa



Tarzan Malaya


Jemput Makan



Melayan Dafi Makan




Menunggu Giliran




Teman Tapi Mesra 'baby' hahaha



Gossip

Friends are FOREVER

Gambar-gambar ini diambil sempena perkelahan REUNION Muda de Pangkor dan bagi mengucapkan salam perpisahan kepada Anne & Alia.

Alia yang akan terbang ke Egypt dan Anne yang akan pulang semula ke Sabah.

More pictures @ my Face book dedicated to my friends.

Thanks Megat for these lovely pictures!!


Saturday, August 2, 2008

Sleeq

Antara sebab utama saya memilih kumpulan Sleeq dari Singapura sebagai bahan penulisan ialah kerana pendekatan dan hasil usaha dua anak muda ini dalam bidang musik yang mereka ceburi.



Syarif (20 tahun) dan Alyph (19 tahun) sebenarnya, sudah popular sebelum mereka merakamkan album lagi. Sleeq mula bertapak di internet dengan hasil karya dan nyanyian mereka ke dalam profile myspace mereka. Kerana masih belajar, mereka menganggap apa yang dilakukan oleh mereka sebagai satu hobi semata-mata.

Bermula dengan MySpace dan seterusnya ke Stesen Radio di Singapura. Dan kini, mereka sudah mula dikenali di Malaysia.



Bila ditanya, apakah bezanya kumpulan Sleeq dengan kumpulan rap yang lain, jawab Alyph...tajuk dan cara penceritaan yang membezakan mereka dari kumpulan yang lain.

Jika berpeluang berkerjasama dengan artis Malaysia, dua anak muda berbakat ini memilih Dayang Nurfaezah dan Too Phat.



Yang menariknya, Sleeq yang sebelum ini bertapak di alam maya, mengekalkan medium tersebut bagi mengekalkan popularitinya. Selain myspace, mereka juga menggunakan Face book dan blogspot bagi mendekati peminat mereka. Tak hairanlah, kumpulan Sleeq meraih anugerah planat muzik dalam kategori Artis Singapura Paling Popular selain daripada Hady Mirza dan Taufik Batisah.



Penulis sebelum ini, mengambil pendekatan dengan cuba menghubungi mereka melalui alam maya dan kesannya sangat positif. Mereka membalas segala pertanyaan dan sapaan peminat mereka.



Penulis berpeluang berjumpa dengan Sleeq sempena Konsert Ulangtahun KRU ke 16 baru-baru ini dan tanpa diduga Alyph dapat mengecam penulis yang pernah berkunjung ke akaun Face booknya. Nampaknya, mereka berdua mengunakan medium internet sebaik yang mungkin dan menjadikannya sebagai satu kelebihan.


Sekarang ini, ramai artis mengambil pendekatan yang sama tapi malangnya sekadar membuka akaun dan tidak menggunakan kesempatan tersebut untuk berinteraksi dengan peminat mereka.


Syarif dan Alyph masih lagi belajar dan kini meneruskan pelajaran peringkat tinggi di Temasik Polytechnic.


Pada 20 Jun 2008 yang lalu, Sleeq secara rasminya bernaung dibawah pengurusan KMG [ KRU Music group ]. KMG akan bertindak sebagai syarikat pengurusan mereka.

Gambar : Megat & KRU