Tuesday, July 15, 2008

Toilet Signs & KITA

Peringatan : 18 SX. Posting ini tak sesuai untuk bawah 18 tahun. Sendiri Mau Ingat Ya!

Toilet atau bahasa lembutnya Rest rooms sangat sinonim dengan kita. Ya la kan...hari-hari pakai kan? Hahahaha!

Bahasa kampungnya pula ialah jamban. Ray mesti ketawa setiap kali orang naik kapal terbang dan bertanya dimanakah jamban? Dari segi teknikalnya betul la kan tapi perkataan jamban macam tak sesuaiii digunakan di awan biru.



Toilet signs ini seakan-akan universal. Ini bermakna semua yang nampak tahu ia adalah tempat membuang, mencuci dan sebagainya. Toilet signs ada dua je...satu untuk lelaki dan satu lagik untuk perempuan. Dan latest edition, toilet for handicapped.

Dalam universalnya tanda toilet, ada juga signs yang diubah suai mengikut kreativiti dan keadaan setempat. Yo ! Jom kita buat penilaian dan research sikit kenapa ianya terjadi? Hahahahha!


Yang ni, tak jauh bezanya dengan sign asal. Cuma ada ekspresi "tak tahan" kat situ. Kenapa la agaknya dorang gatal sangat nak ubah kan? Saja nak melawak dan nak menarik perhatian. Teringat pulak Ray pada kisah didalam bas masa rombongan ke Pulau Pangkor. Peserta diberitahu, kalau nak ke toilet sila beritahu so that the bus can Stop. Tapi semuanya mcm malu-malu nak beritahu dan sanggup tahan. Tapi dari segi body language, terkepit semacam je. Kan Nad kan? Hahaha!



Haram nak paham kalau sign ni yang terpampang kat KLCC. Just another hiasan dinding je. Or a work of art. Kalau megat mungkin dia faham la. Cuba kalau Achik Lilo Bakarin melawat KLCC cari toilet...haram nak jumpa toilet kan? Hahahaha!
Sila maklum sign ini tiada di KLCC, cuma bayangan ray saja.


Aiyooo! bagi ray ini bukan sign toilet tapi hasil kreativiti yang terlampau. Titik-titik yang dihasilkan menjadi satu imej. Conpem bukan kat Malaysia kan? kalau tak haruslah Lebai Fendy dan mak Aji Safia pengsan kat depan pintu toilet kan?

Uik. Ray rasakan sign sebegini adalah sign di kelab malam. Motifnya kurang jelas. Puan Syamelia sila jelaskan. Gambar kedua tu mcm tak logik...sambil cium bunga. Buang air kecil ke besar tu? Looks like melepaskan angin ada la. Ishhhh! Ray tak paham la....takpe nanti ray tanya Syamelia k.

Lelaki selalu dikaitkan dengan kencing berdiri manakala perempuan menyangkung atau duduk. Tapi Azim kencing duduk kan? Dan ramai lelaki lagi selain Azim yang kencing duduk. Dan tutup kepala. Orang kata, tutup kepala nak elak dari setan bertenggek atas kepala semasa kencing. so kind of useful la pakai cap bila keluar rumah kan? Azim siap letak topi khas kat toilet dia lagi ...senang kan?



Apa pulak ceritanya ni? Ianya mengambarkan lelaki suka mengintai. Adam, kalau ya pun nak mengintai pakai la kerusi...kalau jatuh kang susah..tak pun tebuk je lubang kat dinding tu...huhuhu. Ayu !! Apa kau buat kat sebelah tu? cantik skirt hang! Hahhahaa. Mampus Adam kena terajang ngn Ayu ni....ngn aku2 sekali kena sbb buat posting ni.


Laaa patutla ada yang report ilang seluar dalam !! Rupanya ada kat sini. Lyn ! sila buat tuntutan di Lost & Found dengan segera. Mesti yang buat sign ni, tak cukup modal nak buat signage...pakai je apa yg ada...cut cost.



Wah ! yang ni my favourite. Macam signage orang pra sejarah dan buat toilet dalam gua kan? Atau toilet kanak-kanak kat tadika. Farah ! Tau tak nak masuk pintu yang mana satu tu?

Ada lagi signage toilet yang akan ray paparkan kemudian. Ray nak ucapkan penghargaan kepada getah76 yang telah menghantar gambar-gambar ni melalui email. Getah76 atau nama glam nye Syukri ialah tokeh papan tanda yang kilangnya beroperasi di Port Klang.

Tuesday, July 8, 2008

Smelly Feet


Sesetengah orang ada masalah mengakui yang mereka ada masalah bau badan, nafas berbau, kaki berbau dan macam-macam bau yang sewaktu dengannya.

Bagi yang membau pula, wujud pula masalah macam mana nak bagi tahu. Takut salah gaya, ada yang tersentap ratu dan menyinggung perasaan pula nanti.


Apakah punca bau?
Kekuatan bau yang dihasilkan bergantung pada jumlah peluh yang dikeluarkan kelenjar dan bilangan bakteria pada kulit. Bau biasanya dikatakan berkait dengan bahagian ketiak, namun ramai yang tidak menyedari bahawa bakteria turut menghasilkan bau di bahagian celah paha, dubur dan kaki.

Memandangkan ada seribu satu jenis bau, Ray akan fokus pada bau kaki kali ini. Bau yang lain sendiri mau ingat ya [SMI]



Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan bau kaki yang kuat sehingga menyebabkan ketidakselesaan di kalangan mereka yang berhampiran.

* Keringkan setiap sudut kaki dengan terperinci selepas mandi. Mikroorganisma gemarkan ruang-ruang yang lembap di antara kaki. Jika perlu, gunakan bedak kaki untuk membantu menyerap peluh.

* Pakai stokin yang bersesuaian. Sebaik-baiknya yang diperbuat daripada material seperti kapas yang menyerap kelembapan dan mengeringkan kaki sebelum menyarung kasut. Jika anda seorang yang aktif, stokin sukan adalah pilihan yang baik.

* Pakai kasut yang menggalakkan pengudaraan pada kaki. Ini mengelakkan kaki berpeluh dan membenarkan kulit bernafas.

* Tukar kasut setiap hari. Kasut tidak akan kering dalam masa sehari, oleh itu elak memakai pasangan kasut yang sama dua hari berturut sekiranya anda mempunyai masalah kaki berpeluh.

Yang peliknya, yang empunya diri tidak pula perasan yang dia ada masalah bau kaki. Ray nak kongsi sikit pengalaman ray sebagai peramugara. Bila menaiki pesawat, penumpang yang inginkan keselesaan, biasanya akan membuka kasut. Satu kabin terbau bau hapak kakinya tapi yang empunya diri dengan muka selamba pura-pura tak tahu.

Biasanya peramugara/peramugari yang bertugas dengan cara halusnya memberi penumpang berkenaan, plastik untuk mereka meyimpan kasut dan stokin tersebut. Tak boleh buat tak tahu saje, kerana akibatnya ialah bau yang kurang menyenangkan sepanjang penerbangan....bayangkan 12 jam !!

Itu seorang. Ada penerbangan tertentu, ke destinasi tertentu...semua penumpang ada masalah bau. Aiyoooo!! Tak pengsan dibuatnya. Keluarlah minyak angin yang disapukan dibawah hidung bagi mengelakkan dari pengsan untuk meneruskan tugas.

Kepada penumpang yang nak travel, adalah dinasihatkan untuk membawa sepasang stokin bersih untuk dipakai semasa berada didalam pesawat. Bawa plastik untuk menyimpan stokin yang telah dipakai.

Kepada yang tak sedar-sedar mereka ada masalah bau kaki...buatlah ekperimen sendiri seperti gambar kucing diatas.

Monday, July 7, 2008

Kasut Pelik Idaman Kalbu

Bayangkan lah kawan-kawan semua pakai kasut pelik-pelik ni...Huhuhu!
Kalau lah dipakai haruslah dianggap "gila". Sanggup ker pakai?


Kasut ni sesuai untuk dipakai oleh Megat ke konsert. lebih2 lagi konsert yang padangnya berlecak.


Nak pegi clubbing? Pakai la kasut ni. Sesuai pergi ke Zouk atau Zoo? Lyn! ade berani ka pakai ini kasut?


Lilo kasut ni sesuai untuk hang. Ada ciri-ciri Muslimah.


Fara Diba ni pulak kasut untuk anda ke Annual General Meeting nanti.


Adam...ko suka benda pelik-pelik kan? Ini kasut aaa sesuai sama lu...huhuhu. Ada renda2 dan lebih ranggi bila dipakai ke Pak Li.


Memandangkan kaki Safia sangat cantik kasut ini sesuai dipakai ke Kolej.


Azim yang suka pakai selipar sesuai sangatt pakai kasut ni. Sangat selesa untuk dipakai di tepi pantai dan ke jamban.


Nad yang suka aktiviti lasak pakai la yang ni. Senang nak tendang orang atau menunggang lembu di kampung.


Fendi yang suka kinky2, bolehlah bagi awek hang kasut ni.


Sorry Joey! kasut ni je yang tinggal. So yang ni ko punya ya...suka hati la ko nak pakai kat mana...Kekkekekek

Yang ni Ray reservekan khas untuk mak Lampu kita. Amy memang obsess dengan kulit kan? Nangis Dafi tengok kulit ular ni...disangkakan petnya Scofield

last sekali...kasut untuk ayu..ko kan banyak berdiri sana sini...sakit2 badan kan? So yang ni boleh support ko nya kaki Ayu...Tak caya?
Tanya la Aizam....

Thursday, July 3, 2008

yoyooh.com

Hi Semua! Sorry for not updating this blog for so long. Ray currently terlibat dalam projek pembinaan Portal Blog www.yoyooh.com sebagai seorang editor

What is Yoyooh all about?

It's a portal for bloggers. Disini lah bloggers berpeluang mempromosi blog mereka. Sebagai ahli berdaftar, mereka boleh post artikel dan write up in this blog thus promoting their blog. Ada pelbagai ketegori bersesuaian dengan posting mengikut minat masing-masing.

Ada banyak blog yang bagus tetapi dikenali. Isi yang padat, idea bernas tapi kurang popular. Kita kumpulkan semua bloggers ini dan dapatlah readers ke satu tempat dan melihat yang terbaik.

New media atau media alternatif sekarang menjadi tumpuan pembaca. Ada pelbagai portal informasi di internet. Keunikan Yoyooh ialah isinya datang dari bloggers sendiri.

Disamping sumbangan dari bloggers, Yoyooh juga ada team reporternya sendiri yang akan menyampaikan berita atau hasil tulisan secara terus.

Dan selebihnya sumbangan pembaca di ruangan forum dan correspondence YoYooh menyumbangkan artikel secara bulanan.

Banyak perancangan yang tersedia oleh Arena aspirasi [syarikat pengurusan Yoyooh] dimasa kan datang. Kami akan mempromosi blog ini adri masa ke semasa.

Drop by at this blog portal ya....Kami memerlukan sokongan anda. Things that you can do to support us are

- create a link to our blog portal
- visit us and register
- drop comments
- place our banner in your blog/myspace/fs
- tell your friends about us

Thank you.

Sebaik saja proses setting up blog portal tersebut selesai, Ray akan update blog ini seperti biasa..