Saturday, May 31, 2008

Aksi Kucing 2 : Berdua lebih Baik

[Sila maklum cerita dibawah tidak ada kena mengena dengan yang hidup kecuali tempias-tempias sikit saje. Ada yang diubah dari fakta untuk nilai-nilai komersil]

Once upon a time, Ray pernah buat pasal kucing kan? Kalau x ingat sila KLIK DISINI
Kali ini sambungannya. Bersedia ??



Nama kucing ni Lynie. Kerja setiausaha di sebuah syarikat jualan langsung.

"Bila la boleh balik nihhh!!!"
"Cepat la pukul 6 !!!"

Kerja dah disiapkan. Boss nya meja telah dikemaskan. Rasa-rasa macam nak curi balik awal. Tidak !!! Nanti kerani kaki report yang bernama DibaDebab tu akan meReport.

Apasal la Lynie nak balik cepat-cepat sangat.

"Makkkkkkkkkkkkkkkkkk ko itam" jerit lynie

Lynie x boleh balik lambat sebab ada lembaga coklat selalu kacau dia. So dia kena cepat-cepat balik rumah ! Sebelum gelap....kalau gelap ada kemungkinan hantu beskut ini menyerang.

Rumah Lynie dari opis ada la dalam sejam. lambat sikit jer, maghrib sampai. Cemas ya!
Buat saspen jer kannn?



Kadang-kadang bila Lynie terpaksa balik lambat sebab meeting DFC, kerani tempat kerjanya Kak Azimah & Fetty kena temankan. Dengan hati-hatinya mereka berdua hantar Lynie. Kesian kan? Menakutkan !!



Tapi tak perlulah risau sangat. Dengar desas desus Lynie dah nak kawin. Dibuktikan pulak oleh gambar siDia menjilat muka Lynie yang tersebar di internet [ala-ala gambar Bunga Cinta Lestari & Ashraff]. Dah kawin nanti xyah risau lagi kan? Dah ada teman pergi dan balik.

Kita tinggalkan dulu cerita Lynie nih.



Dah heboh satu kampung cerita Kak Azimah, ada love bite baru-baru ini. Aiyoooohhh !!
Tak pernah nampak Kak Azimah ngn saper-saper pun...alih-alih ada gigitan kat tengkuk. Ada la minah ni perasan masa on the way pergi Pangkor tu hari...



Ada gak khabar-khabar angin yang kata dorang nampak Kak Azimah berdating. Tapi kebenarannya tidak dapat disahkan. Kak Azimah memang pandai berahsia kalau part dating nih!



Ada juga teori yang mengatakan ianya hanyalah kesan gigitan, bila ibunya mengangkatnya.
Apa-apa pun ianya satu misteri yang agak sukar diungkai.



Seekor anak kucing comel baru-baru ini sesat bersama ibunya di Bkt Subang. Ada lah seorang hamba Allah ni jumpa. Nak dibelanya tapi apa kan daya, susah nak bela bila duduk rumah apartment ni. Hamba Allah ni call lah Presiden Kucing cawangan Bkt Lampu. Presiden tersebut menolak dengan alasan "rumah perlindungan kucingnya dah penuh"

Anak kucing tersebut sangat sedih atas penolakan tersebut dan membawa diri.


Anak kucing yang telah kehilangan ibunya menyambut hari Ibu tanpa kasih sayang seekor ibu...sedihnya!!! Huwaaaaaa!!!



Berita kemalangan. Seekor kucing telah dilanggar lari oleh seorang pemandu wanita di Ampang baru-baru ini. Pada mulanya, hidup tapi akhirnya tak dapat diselamatkan. Kucing ini akhirnya telah dibuang kedalam tong sampah. Kemalangan masih disiasat oleh pihak berwajib.



Tinggal kenangan. Gambar kucing tersebut bersama kakaknya sebelum dilanggar lari.
Pembaca sekelian, kezaliman terhadap kucing harus dihentikan. Berhati-hatilah ketika memandu. Yang dah mati apa boleh buat kan? tapi kesian kat kakak kucing ni yg akan mengharungi hidup bersendirian.

Bukankah berdua lebih baik ??? huhuhu.

Thursday, May 29, 2008

Video Clip - Bila Terasa Rindu

Bayangkan. Bila Dafi terasa rindu dia akan mengayuh basikalnya ke sebuah kawasan terbiar sunyi dan sepi. Awas! penceroboh akan didakwa [lombong tinggal]. Dan dibawa bersamanya sebuah gitar brand new. Basikal Dafi siap ada bakul lagi !!!! senang nak letak gitar tu utk dibawa kemana jua.

Meluahkan perasaannya dicelah-celah batu dan melepaskan kerinduan di sebalik lambaian bunga-bunga lalang yang ditiup angin bayu.

Dan yang paling penting...campak batu ke dalam tasik...kan??

Dah bayangkan? Sekarang check out video clip Dafi di blog Ayu [KRU] ini. Very the exclusive ok sbb tak keluar kat mana-mana lagi.

Klik disini Bila Terasa Rindu - Dafi

Soalan Cepu Cemas
1- Berapakah berat batu dalam latar belakang video clip Dafi ini?
2- Berapakah bayaran kepada seorang pemotong rumput untuk kasi clear itu lalang?
3- Dimanakah lokasi pengambaran video clip tersebut? Naik basikal berapa lama sampai?
4- Basikal tersebut sama ke tidak dengan basikal dalam video clip "Dua Hati Menjadi Satu"?
5- Dafi bertukar baju sebanyak berapa kali dalam video clip tersebut?

Jawab jangan x jawab ! Tahniah Dafi for your first video clip and Ayu frm KRU for sharing this video with us.

Monday, May 26, 2008

About Food : Coast, Alamanda

This my first review about food and restaurant.

First of all. Layak ke bagi kritik or buat review? I asked myself that. I am lousy at cooking but on the bright side I have few good reasons of my own.

For the past 10 years I have traveled extensively all over the world to 5 different continents. I love food. Itulah kelebihan menjadi flight crew. You can try food from all over the world.
Sebelum jadi crew, Ray pernah kerja as in a hotel as a Concierge. Being a Concierge, I recommends good restaurants to guests. I also received invitations from major restaurants in KL to their restaurants, so that I can recommends them to our hotel guests. All complimentary.

I learned about food and beverage as it is important for my work as a cabin crew. I served food to passengers and trained to serve first class travelers. I must have good product knowledge about food and beverages.




Saturday, May 24, 2008

Tetamu Dari DFC

Open House? Not really. Initially, we need to discuss on MuDa de Pangkor. So many things to do, so little time.

So ajak ler serombongan VID ke rumah. last minute thing. Jemput sape2 yang sempat saje.
Meeting...katanya.

I have never invited that "many people' to my home. Not that I don't want to, but there are two things comes in my mind whenever ajak org ke rumah.

One, jauh bangattt...ada ke nak datang? and then, my home is too small. Masuk jer lapan orang dah penuh ruang tamu. Hahhahaha! It not really jauh...about 10-15 minutes from Shah Alam. Yang buat jauh ialah the journey dalam perjalanan ke rumah. Pokok kelapa sawit kri dan kanan. But I always have the impression from my friends that it is so like "balik kampung kinda feeling".



Disebabkan nak buat meeting, my house mate Megat decided to cook. Masak apa ya? masak ayam kari katanya...Masak simple-simple jer...add on sayur campur sikit. Air teh bunga and ice cream for dessert. So basically...benda2 yang ada je la...kalau plan tu lain lar cerita kan.

Ray amik gambar di atas ni. Act "very happy" I've shouted. Nampak macam gelak betul-betuk kan...having fun eating and enjoying food and stuff but....

Semua ini lakunan semata-mata. Look at Amy. This how she looks when she trying to fake it. And not to forget Azim, look mcm natural but if you look closely...he's faking it? Why? He never smile like that in real life. Fendy seperti biasa bila part faking akan terlebey sudah!

"Cantik kan gambar kalau amik kat umah ray !" kata Fendy.

"It's because of the lighting and the calour of the wall" tambah Megat.



Inilah rupanya Sayur campur megat yang paling laris. Habis ya....Kecuali sup bunjut nya [sila cari dalam gambar diatas] rahsia masakan megat katanya. Tah sape tah yang duk ceduk bunjut tu sekali and hidangkan. You know who you are.

Azim dilihat tambah buat kali ke dua. Amy juga menyelongkar kuali mencari drumstick. Dada-dada, kepak-kepak ...amy tak makan.

Hal maklampu makan drumstick saje dah diketahui umum masa pergi pangkor minggu lepas. Muka masam bila drumstick takde. Oleh itu, sebahagian daripada teknik mengampu Megat, dengan gigihnya..Megat membeli seekor ayam dan reserve drumstick utk presiden DFC kesayangannya.


Dessert ice cream. satu tub sorang. Cukup-cukup jer. Amy ada bawak desert lain. Dessert tu kami makan masa meeting. Dessert apa. Bio ler Amy terangkan dalam blog dier nanti. ahaks.

Amy juga sempat posing tak henggat satu rumah. Nak tengok gambar terlampau mak lampu masuk ler blog dier tu. Tengah-tengah meeting sempat mengular dan ditariknya bersama Megat untuk kepentingan peribadi...hahhaha. Dalam lawatan engku syamelia ni, sempat memerli Ray & megat pasal fon rumah kita org yang berbunyik "Telefon anda sedang dipotong sementara...sila hubungi......XXXXXX"
dan ketiadaan can opener di rumah kami.

Ammpunnn..segala kekurangan amat dikesali.




Gigih kan? Mengupdate apa2 yang patut masa meeting. Kerana tugas kann? Masa ni la Megat menghidangkan dessert yang dibawa oleh mak lampu. Earlier on, Megat tertongeng-tongeng membuka tin dessert lampu sebab ketiadaan can opener.



Lilo sort of datang lambat. So ditemankan makan oleh Megat [ex bf] ahaks ! Yang lain dah makan and sedang chit chat kat ruang utama. Kerusi ada disediakan. Tapi dah dasar orang kampung Megat & lilo makan kat bawah lantai jewr.



Sila maklum, ini bukan duit dorang. Duit yg kami collect for DFC trip nih. Ini bukan rancangan taxi tunai or rumah tunai atau rancangan2 yang seumpama dengannya.

Tiada duit yang hilang sepanjang pengambaran ini berlaku. Duit tersebut dikira semula oleh Lilo and Lyn mengunakan mesin air liur mereka.

The meeting went well. Biasanya lebih selesa meeting kat rumah compare to kat kedai makan macam selalunya. Penat gak...bukan sebab ray memasak or mengemas tp sebab bergurau tak henggat ngn azim n fendy.

Pukul 12 dorang chow...The guys kena hantar Lyn sbb dengar2 ada lembaga berkeliaran kat sekitar umah Lyn so someone have to escort her balik. Hantu yang berkeliaran kat umah Lyn tu amat digeruni oleh Lyn yang gemar balik lewat.

They thank megat for a wonderful dinner. Nobody thank me. Kena perli lagi ada. Hampeh!

Monday, May 19, 2008

Day Trip To Pangkor

Destinasi : Pangkor
Misi : Meninjau

Yang pegi : Kat bawah ni ha



Jam 8 pagi bertolak. Dua kereta, lapan orang, satu misi. Nak buat tinjauan katanya. Lokasinya Pangkor.

Sampai jam 12 tengahari. Park kereta...lepas tu makan tengahari...nasi goreng "Lyn First".

Megat : " Alamak Tergigit daging lerrr "

Lyn : " Kecik hati I tauuuu"


Yang buat Lyn kecik hati ialah...
penat2 masak...dah lah for free...ada pulak yang perli...
tergigit daging bermaksud ...mana dagingnya?

takde daging pun abis licin gak !

Seronok makan nasi gorang mengadap laut menggunakan garpu...hahhahaha

Lyn, thanks for the nasi goreng...sekurang-kurangnya ingat jugak Lyn kat perut kita org ni.

Oh ya ! mak lampu turut membekalkan sandwich burger ala-ala Ijan. Habis !!! sebab lapar la weiii. Terima kasih daun keladi...nak burger lagi...



Selepas makan, mengagau carik kedai jual air. Lepas beli air, duduk lepak kjap....and sempat amik gambar. Hari...Ya ALLAH panas nya amattttt !!
Silikon Azim kecut dibuatnya....




naik jer feri mula-mula duduk bawah...air cond. Bosan ! Naik atas...bergambar larrr apa lagi....
Wahhhhhh !!! Gambar berlatarkan kampung nelayan...Tohkeh nelayan yang paling kanan tu.



walaupun panassss tapi Beranginnnn...katanya. Ada gak yang gayat. Pop Quiz...Sapekah dua org yang gayat laut tu? tapi diGIGIH kan jua mengambil gambar.




Pose mengalahkan model. Tengok je la Syazwan tu....!! Pandang laut kerrr? Huik !! Mana Megat? Azimmmm belajar sikit cara nak pose tu ngn Syazwan tuuu



Sampai jer, catch a taxi [van]. Terus ke hotel. Bincang dengan pengurusan hotel. Buat site viewing.



Kita orang lepak makan kat tepi pantai. Pekena laksa, pisang..ubi...keledek goreng. Dengan air teh ais...PUHHHHH !!



Aiyoooooooohhh ! laksa kakak ni sedap GILS ok...sambil makan tu...ada laerr bincang sikit2 psal upcoming DFC trip nihhh.
Lepas makan n minum masing tekial-kial mencari toilet.




Lepas makan...terus balik. Sampai pekan lumut pegi shopping sat.
Nak tau pukul berapa kita orang sampai ? Pukul 12tgh malam okkeyyyhhh. Balik terus pengsan.

Day Trip to Pangkor ??? Tak pernah dibuat ORANG !!!

Pictures : Megat
Layari Dafi DC utk maklumat lanjut berkenaan trip ini...kalo minat

Saturday, May 17, 2008

Ada apa dengan Pangkor?


Sana-sini, ada banyak perjumpaan kelab penyokong bakal bintang AF6. Antaranya Nubhan, Alif, Stacy & Riz. Ia mengingatkan Ray setahun yang lepas dimana Dafi FC menjalankan aktiviti pertamanya selepas Dafi terkeluar di Konsert ke 8.

Been there ! Done that !
Nak tubuhkan no problem...nak maintain???

Melihat berapa banyaknya tumbuh fan club ini, terdetik persoalan..."Mampukah ianya bertahan?"

Ya, pada mulanya keseronokan menyertai FC bagaikan satu "addiction". Tenaga dan sokongan yang diberikan dari peminat menggalakan. Merentas masa, makin kurang keghairahan tersebut dan makin kurang penglibatan peminat.
Banyak FC yang masih wujud tapi hanya pada nama sahaja. Website bersarang dan cengkerik dah beranak lapan belas. Boleh main nyorok-nyorok lagi. Nak order tapau sarang 4 kilo pun boleh. Pls bring small change ya. Tokey sarang takde duit kecik.

Artis sendiri tak masuk website inikan lagi peminat. SMI [Sendiri mau Ingat]

Bukan statement masuk lift tekan butang sendiri. Ini adalah fakta. Ianya berbeza dengan DafiFC. Keghairahan tu mungkin sedikit kurang...Ala biasa larrr...benda baru ghairah ler kan ...dah lama2 tu suam-suam kuku je.
Tapi sokongan Dafinites masih kuat. Baru-baru ini, Dafi memenangi ABPBH...artis baru lelaki popular...katanya...hahhaha. Laman webnya masih aktif dengan more than 250 members visits the web on daily basis. Kadang-kadang 700 members masuk. Belum sempat cengkerik nak beranak dah kena pijak....kannnn?

Disaat peminat AF ghairah dengan pelajar AF yang bakal keluar nanti, DFC pulak ghairah menganjurkan aktiviti lawatannya.

Antara aktiviti DFC tahun ini ialah sambutan ulangtahun DFC dan upcoming DFC trip ke Pangkor dengan kerjasama Murai.Com [online media mempromosi aktiviti DFC ini]
Segala persiapan sedang dibuat. Esok, wakil VIDs akan ke Pangkor buat tinjauan. Tengok apa2 yang patut. Dan lepas tengok, buat la sedikit unjuran. Unjuran dan touch up apa2 yang patut.
So far, sambutan boleh tahan...sesape nak join silakan. Ada 10 lagi tempat.

Ada apa dengan Pangkor? Sertai and you will have the answer!

Selain daripada DFCi, antara FC yang juga aktif [AF5] ialah DaVom.

Dear readers, perkataan BOMbastic pilihan hari ini ialah
Terdetik, Ghairah, Bersarang, Tinjauan, Unjuran

Friday, May 16, 2008

Happy Teacher's Day !!!


16 May !!!

This goes out to all the teachers (kindergarten, primary, secondary, institute of higher learning and religious) and also the teachers-to-be out there!

Not forgetting the first teachers we’ve ever known; our father and mother.

Your deeds are not forgotten.

Today, I received few sms wishing me...One of the sms stated "Selamat Hari Guru...guru besar!"
my first reaction was..."Huh?" . Quite surprised because the first wish comes from a six years old kid from rsk. Where the h**k did he get my number? Hahahaha!!

Please take note I'm not really a gurubesar. I am an owner and a manager of a kindergarten. "Guru Besar" is my nickname among si kecil. It's all started from my sister [the real principal] Her intention is to scare them off. That was in 2003 and Tah macamana melekat sampai skrg. Whenever they see me, they will jerit "Hi Guru Besar" even at shopping complexes, kedai makan, pasar malam or any tempat awam.

It is not easy to become a kindergarten teacher. I've been observing this experience for the past 6 years. Kena banyak bersabar dan kena ada personal touch sikit. Imagine being with more than 80 kids with different characters on daily basis.

Friday, May 9, 2008

Rumah Si Kecil presents...

Date : 10th May 2008 [Saturday]
2.00 pm

A big yearly sports event for si kecil. Team spirit, determination and excitement. The RSK way !


About RSK Games Click HERE



About Rumah Si Kecil CLICK HERE




Dear Parents,

Our heartiest congratulations to you for being so supportive during the sixth edition of the RsK GAMES held recently.

The ‘ Bombastic ‘ BLUE team was crowned Champion of the Games followed marginally close by the ‘ Dynamite “ YELLOW and the ‘ FIERY ‘ RED consecutively.

To us , all the students of Rumah si Kecil are CHAMPIONS in his or her own way




Ray nak ucapkan terima kasih pada Amy and Lilo kerana sudi datang. Amy thnks for writing abt it in your blog!!!

Telented Mr Azim


Nama nya Azim.

Fan club material. Kalau ada post party watch out for his face. National appearance at AF5 konsert minggu ke 8 tahun lepas.

Ada ramai yang mungkin x sedar muka Azim ini keluar astro ria. Atas pentas ya. Back up dancer for Candy ketika Candy nyanyi lagu "Perhaps". Aktif dalam Dafi fan club dan elected as Very Important Dafinites [VID] aka AJK Bahagian Perancangan, Aturcara & Perlaksanaan program. Berbakat melaser, petah bercakap, loyal, kuat menyakat dan x cepat terpengaruh ngn hasutan orang. If he say something, you better listen, as his 'gerak rasa' might come true. Seorang emcee yang hebat !!

Give him any task, he will complete it with flying calours.



Hari ini, Azim menyambut ulangtahunnya yang ke 24. Hari Jumaat membawa berkat. Semalam we celebrate it early in conjuction pertabalan engku amy as President DFC. Berpeluang menyambutnya bersama Dafi. Happy bestdayyyyy Azim !!!!

One of Dafinites, Aini even listed Azim as TOP 10 Jejaka paling hawt...hahhahah. CLICK HERE

Azim, it's an honour knowing you as a friend....a mate than I can always count on. Ombakkkkk for Azim !!!
And Congrates on your new job !

Wednesday, May 7, 2008

Menjelang Pertabalan YMM ( Yang Menyilau Mata ) Engku Syamelia Contessa De Lampu’s II.

PERHATIAN : Harap Maklum cerita yang bakal anda baca adalah cerita mitos yang tiada logiknya. Rekaan penulis semata-mata dan gambaran yang diberikan adalah unsur-unsur perli yang manja-manja aje. Sebarang issue sentap x akan dilayan.

Daulat Lampu :- Di Bawah Lindungan Lampu Pelita , YMM ( Yang Menyilau Mata ) Engku Syamelia Contessa De Lampu’s II.


Gambar rasmi Kedutaan Sri lampu

Dalam tempoh 48 Jam ini, pengumuman ttg kenaikan YMM Engku Syamelia ke tahkta Presiden Negeri DFC sudah mula menjadi bualan di kalangan rakyat jelata dan jelatang. Ok la tuhhh !!!

Desas dusta ttg kenaikan Engku Amy ke tahkta telah mula kedengaran sejak awal tahun 2008 lagi , selepas Negara DFC telah menjadi Republik dengan sistem pemerintahan yg ala-ala undi cabinet dapur jerk…Selepas peninggalan pemerintahan kuku emas TUN ray di abad ke 12, sistem Kabinet dapur yg dilaksanakan menjadi amat korup. Persidangan parlimen selalu tidak berjalan dengan lancar, kehadiran ahli perlimen pun selalu misz, malah ada juga dato-dato yg berkenaan selalu kelihatan melepak di pak Li sampai 2-3 pagi , hingga memberi impak negative terhadap sistem cabinet dapur . So sebab rakyat mahukan sistem pemerintahan beraja di mulakan semula, maka pemilhan Engku Amy adalah satu pilihan yg dianggap tepat…Engku Amy adalah setiausaha sulit kerajaan semasa pemerintahan Tun Ray Clinton.

So, sebab Engku Amy dah jadi bakal pemerintah, kita tgk la sket gambar2 dari arkib Negara ttg perjalanan hidup beliau sebelum ini sebagai Pemangku Presiden. Di Besarkan di Shah Lampu ( Tanah Jajahan Raja mentol lampu sememol ), Engku Amy telah biasa berada berada di khalayak ramai dan bercampur gaul dengan rakyat jelata n rakyat kucing.
Sikap beliau yg amat prihatin dan berkasih sayang terhadap alam semula jadi begitu di kagumi oleh rakyat DFC. Sepastinya dengan nilai2 murni yg beliau ada, rakyat pasti akan hidup aman n makmur ..subur lagi menyuburkan !!!!

Gambar paling atas sekali dalam post ini ialah Gambar Rasmi Engku Amy yg dirakamkan utk di letakan di semua pejabat2 kerajaaan , Sekolah2 Kanak Aktif n Nakal ( sebab ada teori mengatakan gambar beliau boleh buat budak2 nakal pun jadi x-nakal ) Motifff ??? Dan Di Kedai Pakli. Malah Misz Azim Dickongsdon apenporn , iaitu juri dari Program Sri Tonyok Next Bottom Model pun memberi komen positif ala-ala mengampu pada pic ini. :-

“ Pic nie buat rakyat rasa dekat dengan engku, Sebab beliau tetap pandang ke depan walau Mahkota yg beliau pakai amat berat iaitu seberat 50 kilogram, x –la macam ader bekas menteri tu yg nak control vogue jerk sampai x-mau pandang depan,atas ataupun bawah…”

Serius mengenang nasib kucing-kucing terbiar

Ini pula pic semasa beliau menghadiri "Majlis Mengenang Kucing2 yg terbiar" dan yg dah kene gelek ngan kereta . Expresi n mimic muka yg amat berduka cita bercampur dengan rasa gusar ttg nasib kucing jelas kelihatan...Dari sumber2 istana, Engku Amy ketika ini amat berdukacita dengan nasib kucing yg masih di bawah paras kemiskinan tegar. Lepas majlis Engku Amy muntah berganti-ganti 100m.
Tetapi seperti yg beliau nyatakan pada majlis itu .

“ Saya…akan cuba utk membawa satu perubahan.Kucing bukan setakat kucing,Jika comel kucing itu,sure saya akan bela..Saya suka bela kucing dari bela anak ikan..couse kucing if bela senang jaga dari anak ikan yg selalunya mmg high cost “

Engku Amy,setakat ini telah memecahkan cd rekod bila beliau menjadi kerabat diraja yg paling banyak turun padang jawa bertemu rakyat jelata.Tahun lepas saja beliau telah menghadiri 343546545342326786567 majlis rasmi , x-rasmi, separuh masak , x-la rasmi but buat2 macam rasmi, majlis terteonggeng , majlis terbuka sket n macam2 lagi la, malah majlis
harijadi auntie Melvi dari estet kebun getah pun beliau gigih pergi walau x-dijemput..

Mesra di hati rakyat - Minah Bunga

Pic yg dirakaman pada awal tahun ini ialah semasa Engku Amy melawat negeri Lampu suluh , lihatlah yang beliau sungguh terharu dengan jambangan bunga matahari yg beliau dapat sehingga terus memakai sekuntum di kepala..Beliau mmg seorang yg berfikiran terbuka dan tidak pernah takut utk menunjukkan sikap kasih n sayang kepada semua mahkluk2 Allah .

Walaupun beliau pernah juga mengalami insiden-insiden scandal yg amat mengemparkan Negara seperti :-

Kejadian dimana Dayang Istana beliau iaitu Puan Lilo Al – Qaruni yg telah melanggar lari seekor anak kucing sampai la Arwah kucing tu jadinya. Kes itu menyebabkan Parlimen terpaksa bersidang utk memutuskan bahawa Dayang istana juga tidak kebal terhadap terhadap undang2. Namun selepas campur tangan Dari Bekas Presiden yg pencen awal iaitu Tun Ray Clinton , maka kes itu telah diselesaikan di luar Court Mamoth cawangan Ampang Hilir, dengan Puan Lilo Al-Qaruni terpaksa membuat kerja2 amal dengan membasuh pinggan di semua kedai2 makan mamak 24 hours .

Beliau juga pernah terlibat di dalam scandal yg memeningkan kepala . Di mana Anak Saudara Beliau Iaitu Sheikh Megat Yusoff al Handsomer pernah merayu pada beliau utk menerima seekor anak kucing yg terbiar, tetapi Engku Amy telah mempersoalkan kenapa perlu anak buah beliau itu, menalifon dan mengganggu beliau ketika Pengumuman ttg siapa Artist Harapan sedang nak di umumkan di talibesen !!!! Sikap Engku Amy itu membuatkan anak buah beliau telah lari dari istana dan tidak lagi mahu makan apa2 selain dari quaker oat sebagai tanda protest.
Pihak Istana telah membuat kenyataan rasmi bahawa ketika kejadian, Engku Amy Cuma terlebih emo bila artist yg beliau gilos sangat2 tu x-menang artist Harapan Terbaik.

Dapat pujian Tokoh fesyen


Namun dari suara ramai, Scandal2 itu langsung tidak mengugat ranting betapa popularnya Engku Amy di mata rakyat. Beliau ttp menjadi Icon Fesyen yg bergaya dan anggun.
Macam pic nie, yg dirakaman 3 tahun lepas, semasa beliau menghadiri Majlis Potong Bawang kat rumah Makcik Farah Adebab yg buat baru balik dari buat lawatan rasmi ke pulau pandan…
Tokoh Fesyen ternama Negara iaitu Puan Adam Loreal memuji dengan cara berfesyen Engku amy yg melatops Katanya …walaupaun nampak simple. Jurumekapnya Sri Lyn Lengeng telah berjaya dalam misi Engku Amy untuk kelihatan kurus.

So menjelang Pengumuman tentang kenaikan Engku Amy ke tahkta Negara DFC,
kita ingatlah semula semua memori indah bersama Engku yg telus dan tidak pernah jemu mendedikasi jiwa dan bakul raganya kepada nusa dan bangsa.

Daulat Lampooo !!!!! Daulat Lampuuuuu!!!!

Monday, May 5, 2008

Dafi wears Mandagie

Dafi mendapat pujian tentang pakaiannya di blue carpet AIM baru-baru ini. Dafi yang agak kerap memilih warna putih pada event-event sebelum ini, membawa image dan konsep pakaian yang agak berbeza pada kali ini. Tema rock menjadi pilihan Jovian untuk Dafi.

Akhbar kosmo nyer statement

"Dafi muncul penuh kelainan dan nampak sedikit langsing berbanding kebiasaan dengan kostum yang direka khas buatnya hasil kreativiti Jovian Mandagie" - Kosmo



Yerp...totally agree. Warna hitam boleh membuat kita kelihatan langsing.

Bila Megat dapat call dari Jovian memberitahunya yang Dafi akan memakai pakaian rekaannya, I keep wondering how Dafi would look in Mandagie's creation. Ray jarang tengok rekaan Jovian untuk lelaki sebenarnya. Sebab tu macam susah sikit nak bayangkan.

Dafi yang suka buat kejutan [tak beritahu apa-apa pun pasal apa yang akan dipakainya] berjaya dengan kejutan tersebut...tepuk...tepuk..tepuk!!

Kalau ditanya pada geng VID, semua yang dipakai Dafi dikatakan cantik [al maklum fans Dafi kan?] , so Ray tanya la my friends yang mulut cam haram yang selalu kutuk apa yang orang pakai kat red/blue/yellow/kelabu tahi anjing karpet hahhahaha.

Eight out of ten puji and told me that this costume suits him. Rekaan Jovian jelas mengubah ketrampilan Dafi menjadi lebih menarik dan bergaya.

Tepuk ! tepuk !
Kompang !! Kompang !

Ada jugak yang pakai tah apa-apa kat blue karpet AIM tu. Nak ray buat ulasan? ahaks

Muallaf



A movie that I'm looking forward for. Bila dah release jom tengok ramai-ramai !!

Sunday, May 4, 2008

Keanggunan Mak Lampu

Ray nak bercerita sikit.



Ini kisah mak lampu.
Dah hampir setahun Ray mengenali insan yang bernama Syemelia ni. Secara peribadi Ray anggap Amy ni amat unik. Dan atas sebab keunikan inilah Ray decided nak bercerita sikit tentang Syamelia aka mak lampu aka Amelia Contessa Siliconne.

Hobi : Makan Donut
Penyakit : Bergambar
Kelemahan : Kucing Terbiar [homeless cat]
Kekuatan : Dafi

Ciri-ciri :
-kuat ketawa dan x pedulik orang sekeliling
-Susah nak marah orang tapi selalu kena marah ngn orang
-hilang selera makan kalau ada orng hentak meja
-ada bag tangan pelik2

Heroin act :
-Menyelamatkan lukisan yang terbang ditengah Federal Highway

Kerja Kebajikan :
-President, Persatuan Kucing Terbiar Lindungan Bulan [PKTLB]

Kesangsian :
-Kesetiaan kpd idolanya Dafi...hahahhaha Motif amik gambar ngn artis lain? Hahaha!

Ray akan kupas satu persatu tentang mak lampu untuk bacaan semua. Dari perangai hinggalah ke skandal2...hahhahaha.



Fashion sense:
-Sederhana tapi suka menggunakan warna yang terang. Warna yang sama dengan warna dinding LRT. Pengumpul paper bag jenama terkenal. Suka pakai gelang dan anting-anting besar-besar.

-Sanggup berdandan berhabis-habisan utk menyertai event dinner. Event mengupah make up artist untuk tujuan tersebut.

Obsession :
- Dafi
- Camera
- JCO

Apa yang ada dalam hand bag:
- handphone
- kipas tangan
- kamera yang penuh dengan gambar suami
- tissue utk lap apa2 yang patut
- makanan kucing [biar betul?]
- sebotol air
- minyak gamat

Aksi lucu :
- makan sup sambil tidur
- goyang pinggul bila mendengar Dafi nyanyi lagu "pecinta wanita"
- gambar candid dengan mata terlelap yang menyeramkan
- gambar menurun



Nilai-nilai murni
- penyabar
- suka tersengeh
- anything for Dafi
- membela kucing-kucing terbiar
- tak suka marah orang
- tak kesah bila kawan-kawan mengenakan or ketawakan dia.

Perbuatan kejam
- Menolak pemberian anak kucing terbiar dengan alasan "I nak kurangkan kucing"
- suka memaksa Megat ambil gambar

Amy ialah individu yang unik. Everyone comfortable with her. And she is comfortable with the others except for H****.
Having her around means you will have a good time. Tak pernah spoil mood orang lain walaupun ada masalah.


Digelar mak lampu sebab bila bergambar mesti ada cahaya lampu kat gambar. Kalau call Amy ...hati2 battery anda akan cepat habis kerana power battery anda kan disedutttt olehnya.

Amy, you cheer us up with your kindness and unique characteristic. Glad to have you as a friend.

Tun Dr Mahathir ada BLOG !!



1st of May, secara rasminya TUN Dr Mahathir start blogging. As for today, his first post received more 1084 comments !!

Check out his blog HERE

Agak-agaknya bila la mak lampu nak dapat komen sebanyak tu? Bila jadi presiden kut? heheheh