Bila cakap pasal majlis perkahwinan ni, mcm malas sikit nak pergi. First sebab nak kena jumpa semua orang, kalau pergi wedding saudara-mara pulak...banyak kaki sibuk yang tanya macam-macam - act like they care about you when they actually don't [plastik]. Kalau tak kenal sape-sape pulak lagi la boring...sampai-sampai salam tuan rumah, pergi makan, tunggu pengantin, tengok pengantin and balik. Lepas makan tu sementara nak tunggu pengantin dah tak tahu nak pergi mana. Dah lah tengahari buta lak tu. Panassss!!
Wedding 1
Flashback sikit. Masa kecik, selalu ditarik [diheret] ke majlis perkahwinan tanpa rela..huhuhu. I am my mom escort dalam erti kata lain berkepit ngn mak sepanjang majlis. Masa tu mak sedara kejam buat komen tentang sosial status keluarga kitaorang.
"Pah....anak ko Sally dapat bapo SPM?
pertanyaan seorang mak sedara kepada my mom..Sharipah Hj Jamil. Sally is my eldest sister. Sally adalah nama panggilan. Namanya yang sebenarnya... Sharee Jasmin.
Luckily, she did well. Kalau sebaliknya haruslah heboh satu dinasti yang anak si KakPah tu bangang and failed SPM.
She further her studies in ITM...Business Analysis.
Maksud Ray waktu kahwin, kenduri ialah waktu your family kena social check, bertukar-tukar pendapat, bergossip, jatuh hukum dan melabel status dan kedudukan. Tayang berapa gelang ko ada, baju nak kena mahal...bag tangan etc. Time to show off to people.
In 1985, my family takde kereta...rumah sewa [pendek kata tiada harta]. We took a bus to go places even weddings! and jalan kaki dari tempat bus berhenti ke rumah org kawin tu.
Aruah mak ray pernah dijemput ke majlis perkahwinan....Hostnya...kakak ipar my mom. Dalam erti kata lain...my dad nya sister la. Yang kawin ialah anak dorang. My mom got very excited...she bought new clothes [even murah] especially for the wedding. As she arrived, she sat among the others makcik-makcik or adik beradik yang lain. They chatted.
"Pah! laaa apa ko buek kat sini.....poei [pergi] la potong daging tu ha...." jerit mak sedara puaka aku to my mom dihadapan makcik2 aku yang lain. But...Why my mom? dan bukan makcik2 yg lain? Kannnn? My mom yang berusaha to look good tetap dilayan buruk kerana kedudukannya.
That's why Ray macam kurengggg sikit when it comes to Kenduri kawin ni. I experienced rudeness, disrespect, social haressment and attitude problems.
Wedding 2
Wedding pertama dalam keluarga ialah wedding my sis yang ketiga. Juli Suriani. Married to Noor Sham Othman. It's in 1992.
This is my first ever event yang Ray involved as a host. Ray in charge dalam rekaan bilik pengantin and pelamin. Pak Andam. Hahahahha !
But I don't do make up ok.....pada mulanya, my sis nak appoint jer wedding planner or mak andam but Ray sort of kurengggg setuju. Why? You may asked. Mak Andam in 1992 a bit susah nak carik. Not like nowdays. Bersepah kan?
Mak Andam in 1992....most of them mak andam kampung. Pelamin beropol-ropol, warna striking....kaler combination out, make up tebal...bukan light2 macam sekarang ni. Main tepek jer. So nak elakkan dari the typical of the above, I volunteered myself to design all of those the modern way...hahahhaa.
Since I don't do make up, we asked one of our cousin for help. Kak Sheila is a stewardess. She uses expensive make-up and should know what's the latest make up nya teknik.....yang penting up to date.
The wedding went well and dapat pujian ramai. My aunty ada la kritik pelamin Ray tu dan katanya kosong dan x cantik. Well, honestly I don't really care...knowing how old fashion she is. My pelamin was featured in surat khabar Mingguan Malaysia...hheheh. Ada ruang untuk pengantin baru hantar gambar utk announce seMalaysia.
Wedding 3
My Best friend wedding. Dari 4 kawan sekolah, Fazli ialah yang pertama kawin. In 2003. I was his best man. Pengapit @ tukang kipas @ tukang lap peluh pengantin.
Tekanan wedding kawan baik sendiri ialah petanyaan tak henti2 daripada kawan2 lain. Tanya Ray "Bila your turn pulak?". School mates yang datang semua tanya Ray psal bila nak kawin. Rasa-rasa macam nak buat PC [press conference] sbb tak larat nak jawab banyak kali.
"Man! Muko hensem tapi bilo laei ni ha? Tak melokek [melekat] ke stewardess?"
"Banyak lawa-lawa kan?"
"Tak sangkut ko?"
"Bila nak melekat mat saleh ni?"
"Bila lagi man....?" "Anak den dah tigo [tiga] dah ni"
And my answers are "No komen" "Takde duit" " "Tunggu je la"
atau jawapan malas from ray ialah "I don't believe in IT" utk menutup segala soalan susulan. hahahhaha.
tapi bila dah jadi pengapit tu ada la jugak rasa "TERINGIN" nak kawin...
Huwaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!
Wedding 4
Ahad lepas, Ray drop by to a wedding ceremony. A kampung style wedding. A real one. A friend Azim invited me to the wedding. His uncle kawin. Tak kenal pun sape uncle my friend ni pun...hahhahaha.
Azim beriya-iya benar menjemput so since tak buat apa2 pun on that day...why not?
Datang la dengan fendy, adam and Megat. Apa yang ray lihat ialah kemeriahan...ada silat show lagi. Pengantin diusung....Budak-budak berlari sana-sini. Ada konti utk putarkan lagu ermmm ada DJ.....
lauk? lain dari yang lain....ada ayam panggang.....dessert cendol....laksa pun ada. setiap yang datang dapat goodie bag...
tapi dapat bukan masa makan k....mcm bagi telo tue...hehhehe
masa nak mintak diri dapat la goodie bag tu.
Ray dilayan dengan baik sekali. Okward jugak kalau Ray tak datang dengan kawan-kawan lain. Okward sbb tak kenal sgat. Nasib baik datang ramai-ramai.
Wedding yang sangat simple...Pukul 12.45 tengahari dah bersanding. Thanks Azim kerana menjemput...weeeeeee
The Funeral
Ketika itu ray berumur 11 tahun. 13 November 1985. Ray kehilangan orang yang paling Ray sayang...my mom. Kasih sayang seorang ibu tiada lagi sejak Ray berumur 10 tahun lagi. Click
HERE.
Kat sini you can read about my experience.