Monday, March 31, 2008

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007

Rombongan kami bertolak 1 petang.

Rombongan apa?

Rombongan DafiFC ke Genting Highlands. Untuk menyokong Dafi. Sampai agak lewat, rush sangat and check in hotel...terus berkejar naik cable car pulak. Hari hujan lebatnya amat. basah kuyup bila check in.

Trip in diatur oleh Mak lampu @ Syamelia Contessa. Rush bukannya apa, sebab kena beratur untuk mendapat tempat. Sementara yang lain...Adam Ramli, Syamelia Daniella, Lyn Fauzana, Farah Nawi, Fendi Nawawi, Syapiq Lukman & Azim Ajmain...beratur Ray, Lilo & Megat ada misi nak menemuramah Dafi. Memang dah tugas AJK New Media utk buat laporan.



Kami yang nak jumpa Dafi ni terpaksa gak tunggu lama sebab Dafi nak kena make up etc. Dapat jumpa sekitar 7.15malam. Kena la interview cepat sebab Dafi dah nak rush ke red carpet.

Live telecast started sharaped at 9pm. I'm sure semua tengok. A bit lambat pergerakkan persembahan. Bukti ? Mak Lampu menguap 99 kali. Ada ups and downsnya. Tak yah ler Ray komen pasal flownya kerana semua dah tau kan?



Bila Dafi diumumkan sebagai pemenang all dafinites bangun dan menjerit. Selepas 30 saat bila Dafi dah ada diatas pentas....satu mulut palat bersuara. Tak payah ler Ray sebut apa tapi budak busuk ini mengejek kami dan menuduh kami kaki bodek kerana menyokong Dafi kerana bapanya seorang menteri !

Nina Sabrina [kakak Dafi] yg join sekali dengan Dafinites pun terdengar ejekan budak busuk tu. Hampehhh! Tapi kami buat tak tau dan anggap si busuk tu tak wujud....Menahan geram..terlepas gak perkataan dari mulut Ray ini..."Dengkiii & busuk hati" Ada gak lontaran suara dari LYN First.

Puasssss hati ni...hehehhe



Lepas habis...bertebaran anak-anak menyerang floor utama utk melihat Dafi dengan lebih dekat....Bukan Dafi jerr...semua artis dorang nampak dorang jerittt...hehhehe.

Lama jugak menunggu yang lain dalam hunt mereka bergambar bersama Dafi. Bukan amik gambar dgn artis jerr tapi sesama sendiri. Tak berenti2. Ada la dalam 45 minit sebelum semua berkumpul semula. Kami tak makan malam dan tak sempat so masing2 kebulur. So lepas tu kami serang Mc Donald...[pembetulan - Burger King]



Sementara nak tunggu pukul 2am shuttle ke hotel, kami buat sesi pengambaran keletihan. Gambar diatas is my favourite. Aksi liar ala-ala rimau. Masing2 dah ting tong semua dan dah naik sewel. Lyn dah berangin, Amy dah menguap harimau kumbang, Farah pulak kena buli...lilo senyap jerrr...pastu kejap2 tersengeh2.



Ini pulak gambar ngn budak kecik Farah yang tahu penat langsung. Hyper sangat! Al maklum esok x sekolah kan??? huhuhuhu. Gambar ni gambar yang Fara paling suka antara gambar kami berdua yang lain....



Ermm Dafi...Nape tu? Baik2 Dafi kang tangggal kang....

Tahniah Dafi sebab memang ABPBH! You deserved it....regardless apa org kata...I will support you....Kalau la si pengutuk tu dapat mengenali siapa Dafi sebenarnya....mereka akan mengubah fikiran mereka kerana Dafi sangat la baik punyaaaa!

Sila baca blog friends yang lain tentang benda yang sama (yang dah update blog)
Adam Aman Ramlie
Megat Ahmad Daud
Lyn Yusof Buih

Saturday, March 29, 2008

Akademi Fantasia - Minggu Kedua

Dah masuk minggu ke 2 Akademi Fantasia. Apakah konsert kali ini lebih baik dari sebelumnya? Sepanjang minggu ini, apa yang Ray perhatikan...AF lebih terbuka tentang pelajar. Sebagai contoh, Ramli MS telah memberikan senarai calon pilihannya utk dibuat perbandingan. Tenaga pengajar pun terang2 komen psal studentnya. Diari Xtra pulak ada analisis siap keluar chart lagi....macam bloomberg atau analisis Bursa Saham. Itu lah antara banyak lagi kelainannya....analisis, carta and all.....utk chop mohor mak bunut...kekekeke

Ulasan Minggu Ke 2

Lufya - Cinta 100%
Biasa jer. Tapi kalau betul ler ini first time dia berdangdut tu...maknanya kira ok la tu. Tapi she's slight improved dari last weeknya konsert. Budak ni kuat menjawab.....ada jer jawapan dia ni ha dalam diari. Suara ok jerr. Not a fan.


Ray Cowell : 5.5
Megat Ahmad Daud : 5.0

Toi - Sang Pencipta
Suara dia ok dan tak la sampai Ray nak tutup telinga. Tapi appearance dia mcm potong sikit. Bajunya dan pergerakkan membuatkan rasa nak tutup mata pulak. Sorry. Not my favourite.

Ray Cowell : 7.0
Megat Ahmad Daud : 9.0 [pelik nape Megat bagi point tinggi sangat ni]



Stanly - Sudah tu Sudah
Bukak je mulut Stanly ...rasa macam ada yang tak kena. Tah apa tah idak ler Ray tau apa kemenda yang tak kena tu. He is my top 4 last week tapi NOT for this week la. Lagu yang tak sesuai kut. Something wrong somewhere. Nyanyi macam dibuat-buat kadang-kadang.

Ray Cowell : 7.0
Megat Abdul : 7.0

Rina - Ku Seru
Meningkat persembahannya kali ini. Terkucil gak certain2 part tu. She have stage presence and confident which is a plus. Orang akan ingat sbb she is the oldest and vote can be pouring in.

Ray Jackson : 8.0
Megat Noor : 8.5

Alif - Angan & Sedar
Bagi Ray nyanyian dia ok jika dibandingkan minggu lepas. Tapi my personal view taklah seteruk yang digambarkan pengkritik.

Ray Dion : 6.5
Megat Tan : 7.0

Ika - Malu tapi Mau
Persembahan paling busuk. Suara tenggelam timbul. Untung sabut timbul bak kata Mak lampu kannn? hehehheh
Voted out as expected.

Ray Chantekk : 2.0
Megat Carrey : 1.0


Naim - Aspalela
Dapat lagu yang selamat sikit. So susah sikit nak nilai persembahan ni. Dia macam patung. Expresi muka pelehsu (palsu sgt)

Ray Drevil : 5.0
Megat Hudson : 4.0

Faisal - Rangi Metropolis
Improved a lot. Disangkakan nyanyi lagu nasyid je better tapi boleh la jugak bawak lagu rock. Kat murai.com.my ada poll dan rata-rata vote dia keluar tapi dengan peningkatan dalam persembahan Faisal terselamat. He is not among favourites out there so dia kena betul2 perhebatkan persembahan untuk terus kekal.

Megat Baizura : 6.0
Ray Galak : 7.0

Saida - Doktor Cinta
Macam takut-takut jer tapi suara tinggi dia ok...bila low note terkucil sikit. By pretty mommy...very pretty...
aksinya akan mengundang undi simpati. She is not BAD tapi sbb terlalu malu and sedih buat dia hilang fokus . Ramai penyokongnya dari luar.

Megat Lopez : 8.0
Ray Spielberg : 7.0



Stacy - Rela
Memang naik bulu romaku mendengar. On stage she looks like a star. Tapi when is not ...dia nampak biasak2 ajerrr..For me, she won the best performance of the nite. Clap..clap..clap

Megat Karin : 9.0
Ray Segaran : 8.5




Riz - Separuh masa
Agak merosot jika dibandingkan dengan persembahan minggu lepas. Antara yang tidak disukai dan sering dikutuk kat @15. Suara dia kalau betul2 dengar sedap tapi pitching and slang berangan banyak. Kalau terkeluar atas faktor sikap atau personalitinya.

Megat Sarawak : 8.0
Ray Sabah : 7.5

Nubhan - Tak Bisa
Tone suara dia lain dan sedap gak tapi gagal nak kawal sikit2. Tapi sesuaiii sgt lagu ini bila dinayanyikan.

Megat Cruise : 8.0
Ray Kidman : 8.0



Nadia - Umbrella
Kasar sangat bunyinya....macam beriya-iyo beno nak prounounce word by word tu. Merosot minggu ini. What happen to you la woman?

Megat Terawis : 6.0
Ray Underwood : 7.0

My top 2 would be Stacy & Mama Rina
slightly bawah is Riz & Nubhan

Stanly & Nadia mengecewakan sikit minggu ini. Worth for voting 8.0 points ke atas shj.

In The Making.....



Weiyyooooo! Last Night, the guys have decided to create our own community blog. Idea tercetus apabila "Mak Lampu" bertanya dan ingin mendapatkan pendapat kami [lelaki] utk "Persatuan Blog Wanita yang Chuantuekkk" mereka. Blog persatuan mereka agak hambar dan membosankan [kata mereka], takde masa nak update etc. Idea diminta untuk blog persatuan mereka bernyawa semula !!

Kesimpulan kami ialah mereka tidak perlukan pendapat tetapi apa yang mereka perlukan ialah saingan. Dan kerana itulah kami [the guys] create blog utk memberi saingan. Blog tersebut masih dalam proses pembinaan. Check it OUT !!

Thursday, March 27, 2008

How To Get 10 passes for ABPBH ?

For the record, Ray tak pernah menghadiri any award ceremony secara live. NEVER. Not even konsert AF. Just tengok live kat tv itupun if I'm not going anywhere. For the past 10 years, 2/3 of my time ialah kat overseas. Berulang-alik lebih 100 destinations all over the world. Including Mukah and Ujung Padang. [maybe u guys tak pernah dengar pun nama tempat ni]

Kesimpulannya, I'm not the type yang pergi all live tv shows, recording session, Konsert AF, konsert Gempak Selebriti Astro etc. Sejak Ray involved with DFC..yg buat ray start pergi GSA, Konsert Reunion AF, Recording Zoom In, Aksi Murai Final etc. Tapi ini semua because of my full support to Dafi.




Semua dah tau yang Dafi nominated for Artis Baru Popular ABPBH. Dafi FC yang diketuai oleh Amy Contessa bercadang nak pergi support Dafi @ Arena of Stars in Genting for that live award ceremony. None of the AJKs [VIDs] have any contact with Berita Harian or know how to get passes for ABPBH. Lucky enough Mr Manager help them out on how to get it by making one phone call to BH. VIDs requested for 10 and dapat 20 pas masuk instead. Yey ! Thanks to Mr M and Kak Cham for the passes.


Berita Harian fowarded all the passes to Akademi Fantasia and Amy have to collect it from there. Before collecting, Amy just want to make sure yang pas masuk tu ada before she collect tapi masalahnya, nak call no mana? This is when, Amy ask me to help. Kebetulan Ray kenal salah seorang artist manager Maestro and I called him to find out.
He told me that the passes should be with Akademi. He give me a number to call.

So, di petang yang hening yang penuh keamanan, I call no yang diberikan. One rude women answered the call. Belum sempat nak jelaskan, dia dah claimed yang passes dah habis and told me that we are too late. I insisted and told her we have prior request through BH and also informed her that we were asked to collect it from her. She keep on membebel telling me that she is busy etc and have so many request to entertain!

What is her problem? It is her job ! Tak suka resign...

Later she told me to call the next morning. Sebab Ray kerja sebelah pagi...I told her someone else will called her instead on behalf of DFC. Guess what? She replied "Whatever!"

Amy did called the next morning. She told Amy that she is not ready with few excuses and asked Amy to call later in the evening. Since Amy ada meeting, Amy asked me to call.

Di petang yang aman...Ray pun call la. She said...."passes are ready for collection". She also added that so many people from DFC already called her. The impression that she's giving me is...DFC ni macam tak sabar-sabar nak pas masuk tu. Tak sabar sbb byk kerja kt orang ni kerja la pompuan oiiii...bukan issue pass masuk je...

Sebab masing-masing sibuk, Lilo offered help to collect on the next day. Masa lilo collect, this bitch [who obviously macam sial] membebel about the same thing to Lilo. She also added "Yang call nya ramai...tapi nak ambil pass pun lambat"

Pembaca sekelian, nak dapatkan pas masuk PERCUMA punyalah siksa. Macam la bapak dia punya pass masuk yang dia nak bagi tu. Atau nenek dia punya kenduri cukur bulu yang kita orang nak pergi tengok. Memang cilaka punya orang. Berlagak je lebih padehal kerja susun pass masuk atau tiket percuma for a living!!!!

Kita orang bukan murahan yang nak benda percuma. Kt orang mampu la nak beli tiket tapi masalahnya...tiket x dijual.


On different subject matter......
Dafi baru balik dari Sarawak hari Selasa lepas. He called me and told me that this 3rd April he will be live on Muzik-Muzik.

Dafi : "Weiii Ray, I will be live on Muzik-Muzik 3hb April! My lagu dicalonkan! "

Ray : "Errr...lagu apa ek?" [blur sbb tgh ngantuk]

Dafi : "BTR la ...lagu apa lagi...mengong punya Ray"

Ray : "Hahahhahaha! sorry lupa pulak yg ko baru record satu single"

Dafi : "Hahahhahaha"

Pagi tadi Ray dapat sms dari Lilo bgtau Ray kat HOTfm ada announce yang Dafi keluar Muzik2 ptg ni. Tengahari pulak Amy bgtau benda yg sama tapi kata Ally Iskandar kata Dafi akan ada petang ni live kat TV3...something like that.

Sebab taknak kacau Dafi yang ada kelas, Ray call lerr Ayu [manager Dafi frm KRU]. She got shocked and later confirmed that Dafi will be live on 3rd April and not today.

Blog ini ditaja oleh Syarikat Jualan Langsung "Lyn First".

Next post : How To Get Mak Lampu to Change her Bulp in 10 Days?

Sunday, March 23, 2008

Sekitar 1st Anniversary Celebration Of DFC

Ada pihak yang mempersoalkan perkara ini. Buat apa organise event DFC tapi Dafi tak datang? Tidakkah ia menipu peminatnya? What's the point join event DFC when Dafi tak dapat datang? Cancel je la!






Despite kata-kata busuk ini, 28 Dafinites turn up dari 30 tempat disediakan for DFC 1st Anniversary Celebration!
Tiada penipuan kerana semua yang hadir telah dimaklumkan yang Dafi tidak dapat menyertai event DFC kali ini kerana Dafi terlibat dengan pengambaran filem di Sarawak.
Ada yang datang dari Johor walaupun mereka sudah sedia maklum yang Dafi tak dapat join.


Ramai yang tak nampak, True Dafinites spirit dah ada dalam diri VIDs [AJK] fan clubnya. The VIDs represents Dafi. VIDs yang rapat dengan Dafi dah tahu macam mana nak melayan Dafinites semasa ketiadaan Dafi. Yang pasti tiada Dafinites yang akan merasa bosan dengan layanan 1st class daripada VID DFC. Dafinites akan nampak kekuatan DFC terletak pada VIDs nya yang sentiasa ceria & happenning bangatt.






Ramai juga muka-muka baru yang datang. All of them enjoyed themselves very much and menyanyi & menari bagai nak rak. Semuanya sporting habis! Program ringkas ini selama 3 jam bermula pada jam 3.30 petang di Ebox Endah Parade, Sri Petaling.


Program dimulakan dengan sesi suai kenal diikuti dengan ucapan Mak Lampu. Pastu Ray menyampaikan beberapa pesanan Dafi utk Dafinites yang datang. Lepas tu, ramai-ramai nyanyi lagu Happy Birthday DFC dengan kek logo DFC yang chuantuekk sekali [thanks VID Fara sponsor kek tu]. Lepas tu makan kek and karoeke session bermula dengan nyanyian pembukaan oleh Amy Dion dengan lagu "Because You Love Me". Ray yg selalu ngelat utk menyanyi pun terpaksa menyanyi lagu "Rindu Bayangan". Setiap sorang yang menyanyi telah dikritik oleh judges merepek ala-ala American Idol [for fun]. Satu komen pun tak boleh pakai. Judges merepek terdiri daripada Azim Jackson, Amy Abdul, Ray Cowell, Lyn Latiff dan Megat Ahmad Daud. Judges jemputan... pengganti dafi ialah calon audition AF6 saringan pertama...Adam Timberlake Garden. Di pertengahan program, kejutan birthday bash DFC kepada Adam, Lyn & Amy. Suasana kemudian bertukar menjadi dance floor joget lambak. Tarian semazau, dangdut, kuda kepang, gelek mak itam ...koreografi semua keluar.





Ray nak ucapkan tahniah kepada organising commitee iaitu Lyn, Megat, Lilo & Azim dibawah pimpinan acting president Madam Syamelia Contessa Siliconne, calon ADUN Shah Lampu...kekekkeke. Dan secara tak langsung kpd VID2 lain. Ray nak bagi beberapa contoh, VID lilo yang membantu mengambil tempahan walaupun tak dapat datang pada masa program. VID2 yang tidak terlibat dengan perancangan tapi membantu melayan Dafinites semasa program dijalankan. They offered help whenever they can mengikut kesesuaian masa diri masing-masing. A true teamwork shown troughout. Bukan VID/AJK pada NAMA sahaja. Dafinites are smart enough to see that for themselves....hehheheh berpolitik la pulak aku ni. Action speaks louder than words.





Sabagai orang yang pernah bekerja dengan mereka ni, I am deeply proud with every single one of them. They thanked me for bringing DFC to where it is today but the truth is none of this would be possible without the hard work of VIDs and undivided support from Dafinites.


Dafi sempat call Ray dan menyatakan rasa terharunya kerana ramai yang datang walaupun ketiadaannya. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir.
Dafi bagitau dia balik 25hb ini.





Dengan kepimpinan dan populariti Lady Syamelia Siliconne Contessa or nama kampungnya Mak Lampu akan menerajui DFC ke arah kegemilangan! We need you ! I will give her all my full support and will assist her whenever I can. Dalam post Mak Lampu kat blognya menyatakan yang dia lebih prefer jadi Dafinites biasa tu....x leh pakai la Amy. We work as a team. All of us are behind you 100%.





Lepas program tersebut, Megat...Azim..Fara...Safia...Lyn....Amy lepak together and mengumpat tak henggat pasal issue-issue semasa. We talked about Adam..Adam and Adam. They are planning utk berkelah among VID and ex VID kat Tasik Shah Alam. Ex officio tak jemput ker? Hehehhehe!


One year DFC means, we are celebarting our unity, friendship and love as a family. No one can take that away! and that includes Dafi in it. Segala kelebihan dan kekurangan masing2 diterima seadanya. That is why we are special....and different.

Saturday, March 22, 2008

Akademi Fantasia 6 - Minggu Pertama

Hambar, Suram & Solonge


I am not going to pretend that I know about vocals etc when I am not.
My review are based on my selera semata-mata. Yang mana sedap telinga ini mendengar. Yang mana yang worth for me to vote dan tiada elemen drama mempengaruhi my choice for this week.


My TOP 4 for first week:





Sistem points yg Ray & Megat berikan for Konsert Minggu pertama. Points diberikan semasa konsert dijalankan.


1 - Rina : Simply The Best 6.0 7.0
2 - Alif : Sayang-Sayang 3.0 3.5
3 - Lufya : Ingkar 4.5 4.0
4 - Naim : Memburu Rindu 3.5 5.0
5 - Ika : Kesetiaan 3.0 1.0 [Sepatutnya Keluar]
6 - Toi : Pagi yg Gelap 5.5 6.0
7 - Nadia : Rindu 8.0 8.0
8 - Riz : Ketulusan Hati 8.0 9.0
9 - Yana : Diriku T. Sulaiman 7.0 9.0 [OUT]
10-Nabhan : 7.5 6.0
11-Stacy : No One 8.0 8.0
12-Faizal : Satu Qiblat 5.5 5.0
13-Saida : Terlalu Cinta 7.0 8.0
14-Stanley : Raised Me Up 8.5 9.0


Yang terkeluar ialah Yana. Menyanyikan lagu "Diriku Tapak Sulaiman". Bagi Ray persembahannya not great by biasa je. Megat beri 9.0 points tapi terkeluar jugakkkkk.
For both of us, yang patut keluar ialah Ika.....


Pendapat Ray yang worth voting for ialah points 8.0 ke atas. Buat masa sekarang Ray tak nampak any student yg ada the "X" factor yet. Dari trend undian pada awal konsert, Saida and Faizal on top of the list. Saida atas faktor kakak Siti & Faizal sbb the Nasyid thingy...elemen keislaman. Trend undian yang boleh diagak dah dan macam dah biasa benar. Faktor "drama" juga akan menentukan trend undian di AF.


Tapi ini baru permulaan dan mungkin juga pola undian akan berubah setelah pelajar-pelajar ini diuji kebolehan mereka dan drama kat dairi bertambah. Kita tengok je la nanti.


Tapi secara keseluruhannya, konsert pertama ini agak hambar dan suram. Dihebohkan sana-sini ianya akan membawa kelainan...tapi apa kelainannya? Letak 3 bag pastu umumkan sorang jer yang terkeluar. Itu ke kelainannya? motifffff? lagi satu kelainan ialah iklan "Mayfirst" yang akan berkumandang sepanjang AF6. Lainnnnn sangatttt !!! huhuhuhu


Terasa lama dan terdetik di hati "Bila la nak habis?".

Pukul 12.30 tgh malam, undian adalah seperti berikut.

STANLY 22%
SAIDA 13%
STACY 12%
NADIA 11%
FAISAL 7%
TOI 7%
NUBHAN 6%
ALIF 5%
IKA 5%
NAIM 5%
RIZ 4%
LUFYA 3%
RINA 3%

Friday, March 21, 2008

One Year Dafi FC - Part 1



26 hb March.....DafiFC dah pun 1 tahun usianya. Sekejap saje masa berlalu. Kalau nak diikutkan laman web Dafi FC mula dibina pada 22 March 2007, 5 hari sebelum mendapat status rasmi dalam erti kata lain kebenaran keluarga Dafi. Laman web DafiFC mendapat kebenaran rasmi pada 26 March 2007.


Setahun yang lepas, Ray melayari internet dan ingin tahu setakat mana populariti pelajar AF5 pada masa itu. Masih dalam minggu pertama, nama Dafi disebut-sebut kerana memperolehi undi yang tertinggi. Cari punya cari, jumpa lah website tersebut dan Dafi adalah antara pelajar AF5 yang terawal ada laman web. Ray hanya masuk dan tidak mendaftar pada awalnya.





Walaupun dikatakan ramai peminat [based on votes], sudah menjadi kebiasaan bagi seseorang artis baru di Malaysia dilemparkan kutukan dan kejian. I am the witness of nasty words in his own website semasa ianya mula-mula dibina.
Semakin ramai yang mendaftar, semakin ramai yang drop nasty comments.


Masuk minggu ketiga I decided to register online. Reason for not doing it earlier...simply because as visitors you can still access the content for members. So why should I register? The only thing visitors can't do is to drop comment. But what the heck...I registered myself and start dropping comments.


Selang dua hari, dapat berkenalan dengan co moderator, skadi yang juga merupakan webmaster untuk laman web NanaFC. Seminggu kemudian, he decided to lantik Ray as mod and to be among moderators for DafiFC website. With moderators access, I can delete nasty comments posted by Dafi haters. Dan selepas itu Ray berkenalan dengan Wenkt [Syazwan]web owner yang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada moderators utk menjalankan tugas mereka.




Skadi and me agreed that we need more people utk pantau website tersebut. After a quick brain storming, I come up with an idea to create tugas pembantu moderator yang digelar VID - Very Important Dafinites. Idea tersebut dibawa ke pengetahuan Mr Vernon dan mendapat kebenaran beliau. Perjumpaan dengan beliau juga membuatkan Ray dilantik menjadi AJK New Media kerana diantara moderator yang ada hanya Ray seorang saja yang tinggal di Kuala Lumpur. Skadi kerja di Alor Setar dan Wenkt pula masih belajar di France.


10 orang VID dilantik berdasarkan kekerapan mereka melayari laman web dan interaksi mereka di ruangan forum. Setting up the new look and perlantikan VID adalah satu task yang agak mencabar. Semua berminat dengan online post tersebut tapi persoalannya how long can they commit or how long can they last? We don't want someone yang hangat2 tahi ayam.


Ternyata pemilihan tersebut membuahkan hasil. Mereka yang terpilih adalah Ahli Jawatan kuasa Dafi FC yang ada sekarang. Term VID digunakan bagi menggantikan term AJK. VID yang pada mulanya hanya memantau website secara online kini bertugas menggerakkan DafiFC.




Selepas Dafi terkeluar dari Akademi Fantasia minggu ke lapan, cabaran pertama Ray sebagai AJK New Media ialah untuk memastikan Dafi relevan dengan laman web rasminya. Laman web ini haruslah menjadi medium utama Dafi bersama peminatnya.


Dafi yang sangat sibuk dan Ray pulak yang terbang ke sana sini membuatkan perjumpaan agak mustahil utk dilaksanakan. One night before leaving for New York, Ray dapat panggilan dari Dafi. I briefed him secara ringkas and told him that I will call him selepas Ray balik dari New York. Akhirnya, dapat juga kami berjumpa dan for the very first time Dafi chat secara online.





Then datang element kejutan....first perjumpaan Dafi dan peminatnya diaturkan. Ray dengan tiba-tiba dilantik menjadi ketua projek "Program Mesra Bersama Dafi" dan dibantu oleh Rins & Awin. Mula-mula macam gabrak juga sebab hanya ada 5 hari untuk membuat persiapan. But knowing that the dedicated VIDs yang always be there when needed...kurang la sikit tekanan tu. Before asking them to help out, Ray kena aturkan dulu perjumpaan VIDs dan Dafi for the very first time. Di Mutiara Damansara, buat kali pertama kalinya, VID berjumpa dengan Dafi. Secara kebetulan pulak birthday Ray pada masa tu. We celebrate and Ray dapat kek Secret Receipe yang ada 33 batang lilin from Dafi....[hampehhh nya Dafi]




Sesi bergambar tak henggat diantara Dafi & VIDs. Bagai nak rak amik gambar. Itulah permulaan sindrom bergambar DFC yang tiada hentinya...hehhehe. Kalau nak dihitung mau tiga ratus gambar diambil malam tu. Naik kembang senyuman Dafi...hehehhe

bersambung....

Wednesday, March 19, 2008

The Port Dickson Syndrome - Part 1

Bila sebut nama Port Dickson, terus terlintas issue kualiti air dan kebersihan pantai. "Tak best pergi PD, air dah kotor...pantainya dah kotor" antara kata atau pendapat warga kota bila ditanya tentang PD.

Ahad lepas, Ray buat tinjauan sikit kat Port Dickson dan tengok sendiri. Tempat yang hanya setengah jam dari bandar Seremban. Highway.... cepat sampai. Kosong dan boleh kira kereta yang mengunakan lebuhraya tu.





Lorrr...nape pergi Port Dickson? Takde tempat lain ker? Apa kehlas pergi PD? Chuantuek ke PD tu? eeeee PD? Erghhhhh ! Reaksi sepontan manusia bila sebut nak pergi PD.


Sekotor-kotor PD [org kata] Port Dickson tetap dikunjungi ramai. Penuh pantai dengan manusia. Macam-macam fashion pakaian pantai dan fashion pakaian mandi menutup aurat boleh dilihat. Big black t-shirt dan seluar tights menjadi pilihan utama pengunjung wanita disana. Lelaki juga menutup aurat mereka. Kesopanan & kesusilaan katanya.
Two pieces bikini - Jangan Harap !! x exsist di PD. Not a place to show off your body. Lyn ...simpan je two pieces u tu...kekekke. Seluar hawaii adam pun x kena ngn taste pengunjung PD.




Ray pergi dengan Megat. Mula-mula ajak kawan-kawan tapi pelawaan kami ditolak dengan alasan-alasan yang pelbagai. Megat hantar sms pada dorang dan balasan yang diterima...


"Hurmmm..adam x leh pegi sbb ada hal",
"X boleh la sbb dah banyak kali keluar bulan ni",
"Nak pergi tapi mak lilo ajak keluar tempat lain",
"Besok Fendy kerja la",
"X boleh ...Amy ada hal lain!"
antara alasan yang diberikan.


Ada jugak yang tak balas langsung sms tu....bluekkk

Ray nak pergi jugak sbb dapat one night stay kat sana - I mean reward point from my gold citibank card. So gunakan sebelum expired.




Sampai je, we register kt Coral Paradise and off to Blue Lagoon. Lepak makan tengahari dan tengok wanita pantai dalam keadaan basah kuyup ke toilet !
Don't get me wrong...kita orang x skodeng. Tapi gerai makan tu on the way ke bilik mandi dan persalinan...so mak rendam dan pak rendam ala-ala duyung lalu lintas buat parade and buat fashion show depan kita orang.

Ya...fashion show dan penutup selera. Megat jadi Heidi Klum dok kritik sorang2 yang lalu. As for me...I gelakkan hair-do dorang yang serabai mcm baru lepas gusti dengan badak air.

Lepas makan, buat tour sikit. Sampah memang bersepah-sepah. Blame it on human. Dorang yang kotorkan pantai...
We off to the hotel and lepak jap. I am tired and Megat terus turun swimming kat swimming pool hotel yang besar tu....



bersambung....

Saturday, March 15, 2008

Project Green RSK

Ruang yang kosong dan berpasir. Ruang sebesar ini jika ditanam rumput will cost you RM3,000 termasuk harga rumput and upah menanamnya. It's a lot of money utk tanam rumput sahaja. So my sis and I decided to do it ourselves.





How hard could it be? Kami beli 100 keping rumput, 100 bag tanah, racun rumput, racun semut dan 2 kampit baja. Cost? Less than RM800. Seawal jam 7 pagi dah terpacak bersedia utk menanam rumput tersebut. Sehari sebelum tu, kami dah racun rumpair yang tak berapa cantik tu. Before tanam rumput, first ray kena cangkul semua rumput yang dah mati tu...then sembur racun semut utk elakkan buat sarang or mahligai semut kat bawah rumput yang bakal ditanam nanti.





Lepas sembur racun semut, my sis akan letak tanah...sekampit utk setiap petak rumput dan tabur baja tahi lembu hehehehe. Then Ray akan placekan rumput kat atas tanah & baja tersebut. Satu persatu...seratus kali.... We started around 7.30am dan proses completed around 11am after 4 times break. 5-10 minutes on each break.



Struktur permainan ini we place it last year in June. Tapi x berkesempatan nak tanam rumputnya. Baru sekarang ada masa dan budget. Itu pun low budget sbb tu kena buat sendiri. We save over RM2,000....bila buat sendiri tapi penantnya...ya Allah tuhan saja la yang tahu. Nowdays org malas nak buat sendiri and prefer nak upah saje and now I know why....but the satisfaction is more when you do it yourself.





The whole kindergarten (dalam & luar), my sister yang cat....yerp...all by herself. She is the principal during school hours and general worker after school hours. She even clear the big longkang outside the kindergarten. I don't have the time to help her out utk kerja cat-cat ni. Bukan taknak buat tapi masa nak buat xde. I can do it...proof? My apartment yang Ray currently staying....Ray paint sendiri semuanya. For Mural, this time we seek an expert to do it. Megat willing to help buat mural painting with upah of course.





Megat lukis power puff girl balik dari sekolah. Baju Merah and seluar kelabu tu ialah uniform tadika. Ini adalah sebahagian dari kerja-kerja mural Megat. Ada lagi yang akan Megat buat perlahan-lahan. My sister likes Megat work's so far. Ini adalah kerja mudah bagi Megat compare to his art work yang lebih ada soul...tapi to me this one juga ada soul nya tersendiri kerana it means something to the kids and they appreciate it very much. "My school ada power puff girl" they said. Over 1,000 cars will be passing by on daily basis akan melihat power puff girl ni. RSK terletak di tepi jalan utama. Ray pernah buat survey pakai telecounter and duduk tepi tadika and rekod berapa kereta lalu lalang. Secara purata memang over 1,000 cars!!





Sebelah petang, Ray buat some interior work kat one of the section in the kindergarten. Section ini ialah our "Creative & Visual Arts Centre"...tempat kanak-kanak buat art work and belajar computer. The challenge is...to make it fun and interesting for children!



Apa yang korang tengok ialah ruang dapur yang telah diconvert. We removed the sink. Tadika tak perlukan dapur sebab no cooking allowed in kindergarten. Memang rules nya mcm tu. Rules utk tadika & taska berbeza...dan taska saje yang perlukan kitchen area.

Well...next week more work nak kena buat....the faclilities will be upgraded sikit-sikit.

Sekolah akan dibuka semula selepas cuti seminggu. Seramai 90 org sikecil akan dapat kejutan Isnin ini...they have new playground, powerpuff girls and improved visual arts section.

Thursday, March 13, 2008

Priemier : Mydolla Eydolla 2 : The Ghost Of Mydolla : Part 5 : Rasukan Mak Itam

[Amaran: (18 SXPLCHUANTUEKK) Bloogy Novella ini tidak sesuai utk bacaan dibawah umur 18 tahun. Ada unsur2 seram yang ditahap cipan. Bahasa yang tidak sesuai dan melanggar adab sopan kemelayuan. Grafik yang tahyul dan tiada logika. Penulis & crew tidak boleh dipersalahkan sekiranya anda tersentap membaca. Bill trauma dibawah tanggungan anda sendiri. Harap Maklum]



Selepas kejadian di bilik air, kepala hotak si Eydolla ditahap sewel yang terlampau. Akibat menjerit, terpekik & terlolong tiap-tiap malam, jirannya Britney Spears decided utk berpindah keluar. Al maklum lah ya, Britney ada masalah peribadi sendiri dan bila terdengar pompuan melayu sewel terjerit-jerit next door buat Britney tertekan and would not help Britney at all to overcome her problems. Britney takut berjangkit agaknya. Britney telah berpindah ke DUN Sungai Gebeh.

Selang tiga hari, jerit-jerit Eydolla tak main dahhh. Kali ni dia main ketawa-ketawa. Biasanya pada awalnya ialah tersenyum @ tersengeh sorang diri Kadang2 Eydolla kentut berulang-ulang kali. Dihirupnya bau busuk dan ketawa gembira.

Selepas waxing bulu kaki, routine Eydolla ialah memasang tv...tapi dia tidak menontonnya. Malah bercakap sorang-sorang seolah-olah ada orang lain di depannya menonton. Lepas tu dia akan kentut 4 kali dan gigle ketawa gedik. Dr Ali doktor peribadi beliau, telah mengesahkan yang kepala Eydolla dah masuk angin sebab x tutup ketat. Kalau x dijaga mungkin otaknya akan terus lemau nanti. Kentut dengan kerap ialah tanda otaknya dah nak lemau anytime soon. Tiada rawatan malah ubat boleh mengubati Eydolla.


Sambil bercakap sorang2, satu lembaga melintas ditingkap apartment Eydolla. Lembaga tersebut tersenyum melihat Eydolla yang dah blur dan hampir separuh gila. Pada masa itu, tv sedang menayangkan "Jawa Idol Season 7" dan Myra Underwood tengah perform lagu "When I am Hungry" lagu kegemaran Eydolla.

Sebenarnya ia adalah dvd yang telah direkod oleh Dafoo tiga tahun lepas. Memang lagu tu top 10 kat Malaysia dengan version Melayu "Bila Terasa Lapar". Tapi dinyanyikan version Inggeris oleh Myra Underwood. Penyanyi asal lagu tersebut ialah Lina Sameon, penyanyi kelab Dangdut di Ipoh.


Image Myra Underwood tetiba berubah bentuk. Myra seakan-akan menggelembung macam masuk angin. Seolah-olah macam belon kembang bila ditiup. Makin ditiup makin kembang. Keadaan ini membuatkan Eydolla terperanjat beruk. Ditamparnya pipinya sendiri berulang kali utk menyedarkan dirinya. Tapi ini bukan fantasi...memang tv tersebut telah berubah imagenya.


Tetiba muka Myra Underwood yang telah menggelembung meletup dan image wajahnya di tv hilang. Bunyi suara "Aku akan membalas dendam" berulang kali kendengaran. Eydolla masih terpaku terperanjat di sofa. Belum pernah berlaku seperti ini.


Dengan tiba-tiba kepala hantu busuk [macam ni la muka hantu Mydolla] bertaring dan hijau. Rambut mengerbang dan sangat panjang seolah-olah ditiup angin. Hantu itu ketawa "Hahhahahaha! Pandanglah... Lihatlah....rambutku yang panjang dan gigiku yang jarang...pompuan bodoh aku akan mebalas dendammmmm"


Eydolla kerana terperanjat beruk mak yeh pengsan dan jatuh ke lantai. Hantu Mydolla mengambil kesempatan ini utk masuk ke badan Mydolla dan merasuknya. Eydolla sudah tidak terdaya melawan kuasa hantu itu. Walaupun tangkal lampu picit yang telah diperolehi dari Bomoh Amelia tapi ianya tidak berkesan. Mak Lampu dah makan USD23,000 duit Dafoo kerana upah tangkal tapi that tangkal is no match utk Hantu Mydolla.

Mak Lampu sekarang tengah shopping beli kasut "Linne Choo" kat New York...dan menghabiskan duit upah tersebut.

"Lepaskannnn akuuuu !!! Haram jadah koooo Mydolla...leave me alone....leave me alone....go back back where u belong...go...berambus" jerit Eydolla meronta-ronta minta dilepaskan.

Badan Eydolla telah dirasuk oleh Mydolla completely. Tangkal Mak Lampu? Dimana? Nampak tak bunga ros di baju Eydolla. Tangkal itu tidak dapat menghalang dendam Mydolla.

Bersambung...

Ikuti season finale Mydolla Eydolla 2, minggu hadapan.

Sunday, March 9, 2008

Kejutan

Awal pagi tadi Ray dapat sms from my brother in law. Sms nya berbunyi..."Macamana rasa idup ni negeri opposition?".
Sebagai rakyat Malaysia, Ray mengikuti perkembangan politik di Malaysia. I even stayed up late utk ikuti keputusan pilihanraya. Tak payah la Ray ulas keputusannya kerana semua dah sedia maklum mengenainya. Tanggungjawab telah dijalankan dan keputusan rakyat hendaklah dihormati.


Medium blogging via internet tidak boleh diperlekehkan dan amat relevan sekarang. Orang dah jarang dan kurang dapat info dari tv kerana ada yang berpendapat ianya dikawal oleh pihak tertentu. Oleh sebab itu mereka mencari medium alternatif iaitu internet. Satu saluran yang belum tentu akan kesahihan maklumatnya tapi lebih bebas dan lebih pantas penyebarannya. Maklumat di internet lebih cepat dari media-media utama yang ada sekarang sbb tu banyak surat khabar dah ada portal online sendiri. Majoriti rakyat juga lebih memihak kepada issue yang lebih relevan dengan mereka iaitu issue harga barang, minyak etc. Persoalannya sekarang....adakah janji ini akan ditepati. Kena lah tunggu & lihat.





[Fiksyen]
Kejutan juga berlaku pada kawan-kawan Ray yang bertanding. Hehehehehe.
Yang Bersinar Puan Amy Sinar Bulan yang disebut-sebut menang..kalah teruk di DUN Shah Lampu.....semua calun bebas yang lain gagal. Yang memeranjatkan Yang Bergetah Datuk Azim menang besar di Estet Jibam Bahagia. Orang2 estet memberi sokongan padu keatas kepimpinan beliau. Kesimpulan : Issue kebajikan, getah, harga getah yang lebih relevan dengan penduduk estet membuatkan beliau menang. Kata pemerhati politik tak bertauliah.




Lagi satu kejutan! Sebelum ini ada skandal gambar yang tersebar di blog-blog. Gambar dua calun bertanding kekekeke yang di superimpose utk memburuk-burukan imagenya. Tengok la sendiri gambar diatas. Yang lelaki jadi perempuan dan yang perempuan jadi lelaki. Apa-apa pun, sangatlah obvious gambar ni palsu kan? Tapi kadang-kadang mentaliti manusia ni cepat percaya jugak dengan apa yang mereka lihat. Benda-benda yang bukan-bukan banyak kat internet dan jangan la cepat percaya.

Kalau korang pandai tekalah sape? Yang gambar sebelah kanan mesti korang tau kan? Hehehhe. Iras-iras Ning pun ada Ray tengok. Gambar sebelah kiri tu...susah sikit. Teka ya...tengok korang betul ke x.

Friday, March 7, 2008

American Idol 7 - David Cook

My pick for the best performance for this week [American Idol Season 7] would be David Cook with his version of the song "Hello" by Lionel Richie. Watch it for yourself and you will know what I mean.




Biography

David Cook currently resides in Tulsa, Oklahoma, but grew up in Blue Springs, Missouri. Born in Houston, Cook graduated from Central Missouri State University in 2006. He discovered his knack for singing in the 2nd grade. David also plays the guitar and was a member of two bands, Midwest Kings and Axium.

Fast Facts

Age: 25
Hometown: Blue Springs, MO
Favorite Quote: "Pain don't hurt." - Patrick Swayze in "Roadhouse"
Audition City: Omaha
Musical Influences: Our Lady Peace, Big Wreck.

Thursday, March 6, 2008

Poster Calon-Calon

Oraits, sejak Ray punya posting yang lalu..ramai yang call & email Ray. Many of them tanya kawan-kawan Ray yang jadi calon tu wakil party politic mana. Nak Tau?
Dorang ni semua sebenarnya adalah calon bebas dan tak ada kena mengena dengan parti politik utama di Malaysia ni. Ray pun tak pasti dorang ni dalam Pilihanraya Umum ke atau Pilihanraya Lawak.

Tapi confirm bertanding.

Hari penamaan calon telah ditutup dan calon-calon parti bebas ialah :




Siapa tak kenal Mak Lampu kan? Calon Parti Bebas. Undi Mak Lampu...confirm free letrik seumo hidup. Tak yah ada budget nak buat stesen hidroelekterik. Guna kuasa dalaman. Masalahnya...seumor hidup tu bukan seumo hidup korang tapi seumo hidup mak lampu...pls jangan salah faham. Selagi Mak Lampu Hidup selagi itulah penduduk Shah Lampu bil letrik x payah bayar. Juga pemilik kedai lampu terkenal "In Living Light Gear" di SS13. Selaku Acting President DFC, Mak Lampu telah menerangi DFC sejak bulan Januari lagi. Misinya...ke arah Shah Lampu yang lebih terang benderang.




Kehebatan bekas guru agama ini menghasilkan buih tidak dapat dinafikan lagi. Menuntut ilmu di tepi pantai Port Dickson. Mengajar Iqra', Tajwid dan Hafazan Al Quran dimasa lapangnya. Cikgu Lyn, pengamal ilmu buih sejak berumur 17 tahun lagi. Pengasas kpd mandian buih kanak kanak Jono & Jono. Berbakat merancang dan meguruskan kenduri sebagai satu kelebihan calon parti biuh sabun ini. Mahukan pendidikan agama yang sempurna untuk generasi akan datang.




Pakar susu getah yang bermula sebagai penoreh getah sepenuh masa. Sering kelihatan di estet-estet sekitar Kuala Lumpur. Pemilik kilang tilam DUNPOP dan telah menemui spesis getah terlarang yang kontroversi pada tahun 2003...iaitu getah yang expandable yang lebih sesuai utk membuat kondom. Perjuang penoreh getah di kawasannya. Sekarang sedang membuat kajian ke atas getah sekerap di Institut Getah Lala King. Pembela kepada nasib komuniti India. Janjinya...industri getah dan dunia estet akan lebih cerah & Happening selepas ini.




Sape x kenal Adam Timberlake? nama macam saudagar kayu balak tapi sebenarnya bukan...Adam bermula sebagai saudagar topi. Setelah laris dan menjadi fashion icon utk topi, adam melebarkan sayapnya (ada sayap ker?) ke bidang peragaan fashion plak. Kerana telah berusia, dan kelak tidak sesuai jadi model lagi...Adam memilih untuk membuka model agencynya sendiri di KLCC. Percaya dengan motto "Siapa Mahu Di Atas?" Adam dikatakan membela nasib mangsa fashion dan juga adalah Presiden Persatuan Model teraniaya & gangguan sexual. Sungguh mulia....Misi Adam ialah ke arah dunia model/peragaan hadari dan fashion muslimin & muslimah yang lebih gemilang, terbilang dan on top.


Jejaka berwajah bawang sangat popular dikalangan pengundi berbangsa cina. Beliau telah mengemparkan Malaysia kerana penemuan bawang spesis sebesar kepala manusia. Taikoon Bawang ini menguasai pasaran bawang Malaysia sepenuhnya. Kerana populariti beliau, beliau dicadangkan bertanding utk pilihanraya. Dato Fendi percaya kepada konsep 3M iaitu.....Meronggeng , Menyanyi & Meroyan. "Life to the fullest" katanya. Hidup mesti enjoy. Selalu kelihatan ditempat lepak dan dikatakan kerap melawat estet pada hari Jumaat. Janjinya bagi DUN Hendon, membasmi kedatangan pendatangan tanpa izin.



Bekas penari tiang kelab malam yang telah kembali ke jalan benar. "Been there & Done that" membuatkan pengalamannya tidak boleh ditandingi. Sinonim dengan nama kodok kerana pernah menyelamatkan spesis kodok melaka yang dah nak pupus. Aktivis seni menenun dan kain songket. Sangat popular dikalangan pengundi warga emas kerana PR ala-ala kampungnya. Prinsip hidup " I professional ok" dan akan membawa bukit kodok ke alam cyber dan kota warisan contoh di Selangor dan membasmi kedatangan lalat disana.


Itu la semua calon-calonnya. Ermmm...Lilo/Farazila? Beliau mewakili salah satu parti pembangkang dan bukan calun bebas....so idak ler ray nak senaraikan kat sini. Kalau nak tahu Farahzila ni parti apa...pergi lerr kat blog dier...agak la sendiri dari cara postingnya parti mana dia wakili.



[Credit to Megat for all the posters]