Friday, December 5, 2008

Behind The Scene - "Terbang Tinggi"


Dua orang manusia tgh pikir apa nak buat dan macam mana nak buat


Tetamu akan didedahkan dengan suasana menaiki pesawat menuju ke destinasi bersama Dafi sebagai Juruterbang. Dibantu oleh anak-anak kapal yang terdiri daripada Ahli Jawatan Kuasa The Official Dafi fan Club, selaku penganjur event pada kali ini.

Ahli jawatan kuasa Kelab Peminat Dafi akan berpakaian seperti pramugara/pramugari bagi menyambut tetamu yang hadir. Manakala Dafi akan berpakaian seperti Juruterbang penerbangan [Kapten].

Setiap tetamu akan melalui proses “check in” bagi mendapatkan “boarding pass” untuk menaiki pesawat.


Ruang makan yg akan ditransform menjadi kabin pesawat


Interior ruang makan “dining area” akan dibahagikan kepada beberapa kelas penerbangan. Antaranya, kelas pertama [First Class], kelas VIP, kelas DGM [untuk ahli Dafinites Gold Member] dan kelas Dafinites untuk memberi suasana di dalam kabin pesawat.

Makan malam akan disediakan sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam 30 minit ini. Diikuti pula dengan hiburan “Inflight entertainment” sejurus selepas makan malam.


Cocktail Area


Di bahagian belakang kabin pesawat, kami menyediakan ruang “cocktail” bagi penumpang menikmati permandangan Kuala Lumpur di waktu malam. Ruang terbuka “open air” ini boleh digunakan penumpang sepanjang perjalanan.

Sepanjang masa penerbangan, bentuk pengacaraan akan mengikut konsep “Flight announcement” bagi memberi kesan yang lebih dramatik seperti suasana dalam penerbangan.

Beberapa kejutan telah diaturkan bagi penumpang dari segi pengisiannya. Door gift istimewa akan diberikan kepada setiap penumpang daripada para penaja. Untuk kelas khas iaitu First class, selain berada dekat dengan Dafi anda juga akan mendapat hadiah misteri daripada pihak penganjur.

Secara simboliknya, ia adalah perjalanan Dafi dalam dunia seni bersama peminat setianya ke satu tahap yang lebih tinggi.



Kelainan DafiFC dalam mengendalikan programnya sudah menjadi satu kemestian bersesuaian dengan tagline “Dare to be DIFFERENT”


Sila layari www.dafi-fc.com untuk tempahan tempat.

5 mulut cakap2 belakang:

Wawa said...

all the best utk dafi fc for the event nanti! break a leg ;) btw, selamat hari raya haji uols!

Farazila said...

erm..
ray ni ke tempat nyeee..

rizz said...

cm best je tmptnye ray...mne dafi nye.hehe

[r][a][y] said...

NAPE LILO? LOL

MyRaLiCiOuS_89 said...

pentas ni gak erk???
hurmmmm...