Sunday, November 23, 2008

Yoyooh.com Blogger Awards 2008


AKAN DATANG

Pengunjung Yoyooh.com yang puratanya seramai 40,000 sebulan sedang dalam pencarian untuk menominasi blog yang dianggap layak memenangi Anugerah Blogger Yoyooh.com 2008.

Pencalonan Anugerah akan diberikan adalah berdasarkan sistem tag. Anda sebagai pembaca, berkuasa penuh untuk membuat pencalonan. [Sila lihat poster dibawah ]

Dari pencalonan tersebut panel juri yang dipilih Yoyooh.com kemudiannya akan menyenaraikan lima blog yang terbaik untuk dipilih oleh pembaca berdasarkan sistem "Online voting" pada satu tarikh dan jangkamasa yang akan ditetapkan kelak.

Yoyooh.com Blogger Awards tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh Arena Aspirasi sebuah syarikat pengurusan laman web yang berdaftar.


Beberapa kategori tertentu telah ditetapkan.

Kategori-kategori pencalonan anugerah;
1) Blog Informasi Terbaik
2) Blog Diari Terbaik
3) Blog Paling Popular
4) Blog Paling Kreatif
5) Blog Paling Sensasi

Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah mengenal pasti blog yang layak.


5 mulut cakap2 belakang:

Farazila said...

blog lilo kategori apa yer????
:p

acaP! said...

acap leh join ka?

[r][a][y] eusouff said...

acap
open utk semua....

lilo kategori blog diari
hehehhe

norma said...

menarixxx
kategori tu camnek?

[r][a][y] eusouff said...

kategori tu lupakan dulu
hanya calonkan 3 blog yang dirasakan bagus

email ke awards@yoyooh.com

tag blog yang korang calonkan tu