Saturday, November 15, 2008

Big day @ RSK


Seramai 90 si kecil akan bersuka ria hari ini.

42 daripada mereka akan melangkah ke sekolah rendah tahun hadapan. 7 orang kakitangan sedang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir.

Seramai 250 orang akan menghadirinya.


Majlis graduasi dan konsert bertemakan tahun 70'an yang pasti akan memecahkan perut tetamu melihat aksi si kecil berpakaian 70'an dan membuat persembahan. Mereka telah berlatih selama 3 bulan untuk event ini.

Juga a little projek of mine and Megat. September lepas, Megat berada sehari suntuk di tadika rumah si kecil untuk merakamkan gelagat kanak-kanak dengan kamera D40nya. Dari beratus shot gambar, hanya 40 ray pilih untuk tayangan slides semasa event ini nanti.




Walaupun sudah enam tahun buat event untuk tadika, debaran tetap terasa. Selain debaran, timbul juga rasa sedih kerana muka-muka si kecil ini akan tiada lagi setiap pagi di tadika tahun hadapan.


Sejak tahun 2003, Rumah si kecil telah pun mendidik lebih dari 500 si kecil.

Doakan majlis ini agar berjalan dengan sempurna. Thank you to my dear friend Azim kerana kesudian menjadi emcee, megat for taking pictures that we love dan to Moris, Fendi kerana menyatakan kesudian untuk hadir ke event tersebut. Amy..try to make it k...hehhehe


Ray akan update tentang event ini. Stay Tune.

1 mulut cakap2 belakang:

Farazila said...

ray..
semoga succes okie....

sayang..x dapat nk datang....