Friday, October 31, 2008

igor



Dari suara pelakun John Cusack, Steve Buscemi, John Cleese, Jennifer
Coolidge, Arsenio Hall, Sean Hayes, Eddie Izzard, Jay Leno, James Lipton, Molly
Shannon dan Christian Slater, IGOR ialah sebuah filem keluarga yang harus ditonton kerana ianya sebuah filem yang menghiburkan.

Imej-imej yang ditampilkan dalam Igor menyerupai beberapa watak dalam filem animasi sebelum ini seperti filem Tim Burton "Corpse Bride" dan "Hunchback of Notre Dame", filem animasi Walt Disney. Itulah yang terlintas di fikiran penulis apabila melihat imej karektor tersebut di poster yang terpampang.

Yoyooh dijemput untuk menghadiri pra-tonton Perdana yang telah diaturkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd selaku pengedar filem tersebut. Ianya turut dihadiri beberapa selebriti terkenal Malaysia.

Melihat dari cara Tayangan Unggul mempromosi filem ini, sudah tentu filem ini ada kelebihannya.



Ia mengisahkan tentang Igor seorang pembantu saintis terkenal disebuah negara diberi nama "Malaria".

Di negara "Malaria", kalau anda dilahirkan berbonggol di belakang, anda hanya layak untuk ke sekolah khas dimana anda dilatih untuk menjadi pembantu seumur hidup saintis-saintis terkenal di negara mereka.

Berbonggol maknanya, anda akan dianggap bodoh dan tidak boleh berfikir.

Di Malaria juga untuk hidup anda mestilah jadi jahat. Dalam erti kata lain, tiada istilah kemuliaan dan kebaikan setiap warga negara Malaria.

Igor, menyimpan cita-cita untuk menjadi saintis paling evil di negaranya. Inilah kelainan Igor. Igor yang berbonggol ini boleh berfikir dan bijak.

Dalam usahanya untuk mengejar cita-cita jahatnya, Igor telah mencipta sejenis mahluk yang kononnya akan menjadi yang paling evil antara semua mahluk.

Tapi sayangnya usaha Igor adalah sebaliknya. Igor menghasilkan gergasi wanita yang baik hati dan bersopan santun secara tidak sengaja. Yang melucukan karektornya yang ingin menjadi pelakun ala-ala DIVA.


Segala usaha dilakukan untuk mengubah karektor gergasi wanita [ Eva] itu gagal.


Yang paling menarik perhatian saya ialah satu watak yang dicipta oleh Igor hasil dari experimennya sebelum ini.


Scamper ialah seekor arnab yang mati akibat kemalangan jalanraya telah dihidupkan semula oleh Igor. Yang melucukan, Igor juga turut memberikan Scamper "immortality" namun tidak dihargainya kerana berulang kali dia membuat percubaan untuk membunuh diri.



Dalam perebutan untuk menjadi saintis paling jahat, kayu ukurannya ialah hasil ciptaan saintis dan ianya akan di adili melalui satu pertandingan yang dianjurkan oleh Raja Malaria.

Disinilah cerita mula menimbulkan konflik. Bagaimanakah Igor, sejenis mahkluk yang dianggap bodoh nak menyertai pertandingan tersebut. Kalau nak bertanding pun, hasilnya ciptaannya iaitu Eva tidaklah evil seperti yang diharapkan.




Ada beberapa karektor lain seperti Brain, Dr. Schadenfreude, Dr. Glickenstein, Jaclyn dan King Malbert yang kurang hebatnya.

Rasa-rasanya cukuplah setakat ini saya mengulas tentang ringkasan jalan cerita filem animasi ini. Selebihnya haruslah anda menontonnya dipawagam.



Bagi saya , Igor adalah sebuah filem animasi yang menghiburkan dan ada mesej-mesej tertentu yang ingin disampaikan melalui karektor dan jalan ceritanya.

Jalan ceritanya mudah dan sangat santai untuk ditonton bersama keluarga dan rakan-rakan.


Pastinya saya tidak dapat melupakan penutup "happy ending" filem ini dimana sekumpulan anak-anak buta berada dipentas menyanyikan sebuah lagu yang liriknya berbunyi begini " I can see clearly now, that time has gone".


Agak sukar untuk saya menerima maklumbalas yang negatif terhadap filem ini. Tidak perlu untuk berhempas pulas mencari kelemahan kerana filem ini bertujuan untuk menghiburkan penonton.

Bak kata Pakcik Ajami, ada bezanya antara krikan dan ulasan. Dan tersangatlah jelas yang saya tidak mengkritik tetapi mengulas berdasarkan citarasa diri sendiri.

Mesti tonton ...4 bintang!!!

1 mulut cakap2 belakang:

Anonymous said...

perlu menyemak:)