Wednesday, September 3, 2008

Kota Keriangan... katanya - Part 2

Kota Keriangan... katanya Part 1 >>> KLIK DISINI


Dalam part 1, Ray dah ceritakan secara kasar perjalanan sehari di genting. Dalam part 2 ni, ray fokus pada konsert ambang merdeka.

Pada asalnya, Adam dan The Lima disenaraikan untuk menjayakan konsert Ambang Merdeka Genting Highlands . Adam tak join sbb ada hal lain dan The Lima tidak dapat approval kerana pihak berkuasa hanya membenarkan hanya artis Malaysia sahaja.

Sedangkan banner dah terpampang muka mereka.



Antara yang membuat persembahan pada malam tu ialah Ruffedge, Dareyno, Henley, Bad Boys, Dia Fadila, Dafi dan Aznil sebagai pengacara. Persembahan dari pelbagai lapisan bangsa. Sebelum ini to be honest, ray tak pernah dengar nama Dareyno & Henley.

Aznil tenyata seorang pengacara yang baik kerana telatahnya amat menghiburkan mereka yang hadir. Seolah-olah menonton Macam2 Aznil dengan gelagatnya mengenakan penonton.

Sejam sebelum detik 12 malam, polis bantuan Genting Highlands dah bersedia kerana ada upacara menaikkan bendera.



Crowd masa tu dah bertambah ramai dan yang uniknya ianya terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa dan pelancong luar negara.

Di pentas semua artis keluar dan bersedia untuk countdown. Masa tu juga, dari tapak konsert boleh nampak hotel dan kelihatan penghuni bilik membuka tingkap dan melambaikan tangan kearah pentas.


Aznil memulakan countdown dan masa upacara menaikkan bendera inilah yang telah menegakkan bulu roma ku ini. Mau tak tegak....!!

Dan diikuti dengan percikan bunga api dan bunyi dentuman memecah kesunyian malam. Wah gitu !



Malam tu Dafi menyanyikan empat lagu iaitu lagu Lemah [Soundtrack Cicakman2], Adinda , With you dan Bila terasa rindu. Penuh perasaan dafi nyanyi lagu "lemah" kerana ianya lagu ala-ala rock sikit. Dafi menutup konsert malam itu dengan lagu Bila terasa Rindu.


Lepas dah habis, kami diescort [balik ke hotel dgn Dafi] oleh enam - lapan polis bantuan. AC, Ryzal, Ayu, Ajieb dan najib pegi lepak minum sementara Ray, Megat, Aiman & Dafi terus ke biliknya untuk sesi temubual khas untuk Dafi FC.

Temuramah santai tu boleh anda baca di laman web rasmi DFC.

I'm quite impressed dengan cara genting mengendalikan konsert ini. Tidak la Ray terkejut sebab memang Genting dah biasa dalam mengendalikan konsert. Plastik baju hujan [incase hujan], alat ketuk2 tu [ mcm plastik yang panjang tapi diisi angin] , ada clown beri bendera dan macam2 lagi.

Sememangnya... Genting ialah sebuah kota keriangan.

Kota Keriangan... katanya Part 1 >>> KLIK DISINI

4 mulut cakap2 belakang:

fara said...

okay 1st nak ckp, gmba yang megat amek mmg le teramat cntik. hahhaa kagum sgt nih! megat.. jgn perasan ye..
tp serious lawa, especially bunga api tu.
and dafi mmg style la mlm tu.. merah, kuning, biru sume ade. suka suka!

Anonymous said...

aah sy igt adam ada tp dtg die xde. rase tertipu je
nasib baik dafi ada

Anonymous said...

leh x mintak genting wat siaran ulangan? sambut lagi skali merdeka 31 November? hehehe....

getah nyosalll sgt x join :(

[r][a][y] eusouff said...

tu la tu
segan katanya...