Saturday, September 6, 2008

Buffet Pasar Malam

Menjejakkan kaki ke INTEKMA untuk berbuka puasa seolah-olah pergi ke pasar malam atau bazar Ramadhan untuk memilih juadah untuk berbuka puasa. Tapi, dengan "food presentation" yang lebih menarik dari apa yang dihidangkan diatas gerai juadah berbuka puasa.



Kawasan pool side INTEKMA berubah wajah menjadi tempat berbuka. Seleksi makanan yang pelbagai. Khemah dipasang, dikeliling pool dan ditata hias dengan lampu dan ditegakkan beberapa lampu pelita minyak tanah disekeliling kawasan kolam renangnya. Makanan dihidangkan berkonsepkan gerai seolah-olah memilih makanan di bazar Ramadhan.





Harga

Kita seringkali dikejutkan dengan harga buffet berbuka puasa yang tinggi. Lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur. Rata-rata harganya melebihi RM60. Ada juga yang mencecah RM100. Tidak dapat dinafikan, dengan harga barangan yang naik, agak mustahil harga buffet Ramadhan untuk menjadi lebih murah dan mampu dinikmati. Kalau dulu, harga barang tak naik pun, dah mahal inikan lagi sekarang.




Keadaan sekarang, rakyat Malaysia yang menjalani ibadah puasa lebih berhati-hati untuk memilih tempat berbuka. Harga menjadi faktor utama kriteria pemilihan tersebut.
Ia merupakan satu cabaran bagi pihak pengendali dan pengusaha restoren. Meletakkan harga yang tinggi, ada akibatnya.

Buffet di INTEKMA hanya RM38 bersih untuk dewasa dan RM19 untuk kanak-kanak. Harga yang agak berpatutan.

Memandangkan ianya adalah buffet style, saya hanya menyenaraikan 3 touch point sahaja.


Touch Point 1 : The Service


Perlu diambil kira ialah faktor sampingan iaitu layanan atau servis. Faktor ini seakan-akan package bagi setiap buffet Ramadhan yang disajikan. Adalah dengan itu, harganya agak tinggi kerana ianya beserta dengan layanan atau "Service".

Bagi penulis, faktor ini adalah satu kemestian. Dahlah bayar harga yang tinggi, layanan mestilah "tip top". Itu yang akan diambil kira oleh pelanggan seterusnya membezakan antara restoren A dengan restoren B.

Layanan yang diberikan INTEKMA tidak mengecewakan. Yang jelas, mereka ada "product knowledge" yang baik. Setiap pertanyaan akan dijawab dengan baik. Penulis bukanlah beriya-iya sangat nak menguji tahan layanan atau pengetahuan pekerja INTEKMA tetapi sekadar hendak mengetahui serba sedikit tentang apa yang nak dimakan. Sebelum makan kenalah tahu, apa yang nak dimakan? Sebagai contoh penulis nak juga tahu apa itu "NASI KEBULI" sebelum makan.




Dah namanya pun buffet, meja akan dipenuhi dengan pinggan mangkuk. Lebih-lebih lagi selepas 1st round. Bila pelanggan bangun untuk 2nd round dan kembali semula ke meja, sebaik-baiknya meja telah "clear". Meja yang penulis duduk agak kecil dan dikongsi bersama 4 orang. Bayangkan jika ianya tidak dikemaskan sebelum 2nd round. Tapi ianya tidak berlaku di INTEKMA. Mereka agak "alert" dan cekap dalam hal sebegini.

Makanan di buffet counter sentiasa dipantau oleh pekerja. Yang tak cukup ditambah dan tidak dibiarkan kosong.




Touch Point 2 : Food Variation

Variasi makanan yang baik. Mungkin kerana orang berpuasa akan rambang mata bila melihat juadah yang dihidangkan. Memandangkan ianya berkonsep pasar malam, variasi makanannya kena dengan temanya. Tapi alangkah baiknya sekiranya ada elemen kejutan dalam variasi makanan supaya pelanggan lebih teruja. Kejutan yang dimaksudkan ialah "speciality" hidangan. Disini, kejutannya ada tetapi kurang terserlah.




Disini anda boleh memilih makanan di antara 9 gerai yang telah disediakan serta kaunter buffet yang menyediakan pelbagai juadah yang pasti membuka selera. Antara makanan yang disediakan adalah murtabak, ikan bakar, ayam bakar, asam laksa Penang, mee rebus, mee hoon soto, rojak buah, rojak makanan laut, ABC, apam balik, goreng-goreng, roti john, char kway teow dan pelbagai jenis minuman. Ada 7 set makanan dengan menu yang berlainan setiap hari.

Setiap menu akan menyajikan lauk nasi kawah dengan seleksi yang pelbagai.



Touch Point 3 : Dining Ambiance

Makan dibawah khemah, di tepi kolam. Adalah lebih baik sekiranya lebih "open air" tetapi memandangkan hujan yang kerap turun disebelah petang, memasang khemah kahwin adalah satu langkah yang bijak. Khemah dilengkapi kipas agar tidak berasa panas.

Sambil makan ada hiburan juga. Alunan muzik yang tidak begitu kuat dan kemudiannya nyanyian dari artis jemputan.

Jarak diantara meja diatur begitu rapat serba sedikit tidak memberi ruang "privacy". Dengan ruang yang luas [ kerana outdoor] pihak INTEKMA sepatutnya menjarakkan sedikit meja bagi memberi ruang. Mungkin kerana ingin memaksimakan jumlah pengunjung agaknya. Tidak menjadi keutamaan bagi saya. Dah pun namanya pasar malam kan? Terpaksa la bersesak-sesak. Hahahaha.



Spoilernya utensil yang digunakan tidak sama. Ada yang untuk pakai buang. Terasa seperti menghadiri open house pula.

Yoyooh ingin mengucapkan terima kasih kepada INTEKMA kerana sudi menjemput Yoyooh ke pasar malam mereka.

0 mulut cakap2 belakang: