Friday, September 5, 2008

Lawak pasal berjimat cermat

Ray tengah buat survey sikit untuk yoyooh. Setakat manakah rakyat Malaysia berjimat cermat. Dalam tinjauan rambang, ada yang memberikan komen positif tapi ada jugak komen yang mcm haram dan marah serta sarcastic pasal berjimat cermat.

Mendengar jawapan yang lucu, tergerak hati nak browse internet & blog pasal hal berjimat ni. So, ray compile kat sini dan tambah sikit apa-apa yang patut. Bahan lawak je ya...ray tak fikir ada yang buat pun...Hahhahaha!

Change Your Lifestyle ……

BAB KENDERAAN

  1. Sapa-sapa yang macho yang naik kereta CC besar, bolehlah tukar kereta CC kecil.
  2. Sapa-sapa yang naik Kancil tu, bolehlah tukar motor.
  3. Sapa-sapa yang naik motor tu, bolehlah tukar basikal.
  4. Sapa-sapa yang naik basikal tu, bolehlah jalan kaki je.
  5. Sapa-sapa yang dah penat jalan kaki tu, tumpang-tumpang lah kereta jiran lak.
  6. Sapa-sapa yang asyik menumpang je, tak tahan malu, silalah rujuk balik pada numbor 1 (hehehe)

BAB PENGGUNAAN LETRIK

  • Jangan bayar bil anda, biar diorang potong. Bulan depan takyah bayar bil apa-apa pun.
  • Jual semua barang letrik. Takde alasan untuk sambung letrik.
  • Pakai lilin/unggun api bila malam. Ini pun strategi bagus untuk mengeratkan ’silatur-rahim’ suami isteri.
  • Kalau perlukan lampu gak, guna je lampu basikal. Tapi kena exercise sikit la kayuh basikal for the dynamo to light up the lampu. Kalau malas, suruh hamster lari atas wheel and attach a dynamo to it.
  • Buat aktiviti2 malam seperti lipat kain ditempat awam yang ada street light. Kalau tak cukup terang, gi lipat kain kat Dataran Merdeka atau Dataran Masjid Putrajaya.
  • Bateri handset low? No problem. Pastikan bawa charger ke mana-mana. Office, Conference Room, kedai mamak, ‘bilik termenung’, dll.
  • Nak tengok TV? Gi rumah jiran or kedai mamak. Nak lagi besar? Gi ke Dataran Merdeka.
  • Mintak nasihat mak lampu pasal hal penjimatan letrik nih

BAB MAKAN

  • Tanam tanaman yang boleh dimakan disekeliling rumah anda. Takde tanah? Tanam dalam pasu, letak dalam rumah. Biar berserabut.
  • Guna dapur kayu api atau dapur minyak tanah. Kalau larat, makan mentah pun ok gak.
  • Ganti beras dengan ubi kayu lak. Ubi kayu senang nak tanam keliling rumah.
  • Malam jumaat gi baca yassin/tahlil kat surau/masjid. Paling koman pun, mesti dijamu nasi lemak bungkus dengan pisang.
  • Kalau VIP or YB buat jamuan, bawak tupperware, tapau untuk next meal. Kalau YB tanya, tell him ikut seruan kerajaan “Changing lifestyle”. Secara tak langsung, YB happy sebab rakyat ikut seruan kerajaan.
  • Ada open house, kenduri kendara...jangan lupa pergi...makan free tuhh
  • Hari-hari makan nasi lemak bungkus yang RM1 tu (kalau ada lagi dijual la). RM1 x 3 kali x 365 hari = RM 1095 ….. wuuuiiiii save giler tuh!!!
Korang ada cadangan? Sila drop komen ya.

4 mulut cakap2 belakang:

Lina said...

takda cadangan..

tapi, kalau nak berjimat pun biar laa berpada-pada.. tak perlu laa sampai menyeksa diri kan?

certain things kita patut jimat seperti, kurangkan makan di luar.. jgn shopping barang yang tidak perlu.. atau yang mahal2 sgt.. barang yang mahal pun sebab brand dia jer yang mahal..

for me, paling penting sekali kita jimat electric.. save the earth! hehe.. tapi Lina takda laa jimat sgt.. :p

makanan plak..
kalau kita duduk kat bandar, mmg byk mkn.. mahal lagi.. tapi kalau duduk kampung.. semuanya kita boleh dpt.. ada yg free.. ada plak yang murah..

Anonymous said...

ish ada la org yg buat
part tanam pokok n sayur kat pasu tu
i tinggal kat aptment in Bangi. My jiran ada buat...hahaha

Anonymous said...

cadangan dibangkang...
hahaha!!!

Megat Eusofe said...

huik bangkang ke?