Saturday, August 2, 2008

Sleeq

Antara sebab utama saya memilih kumpulan Sleeq dari Singapura sebagai bahan penulisan ialah kerana pendekatan dan hasil usaha dua anak muda ini dalam bidang musik yang mereka ceburi.



Syarif (20 tahun) dan Alyph (19 tahun) sebenarnya, sudah popular sebelum mereka merakamkan album lagi. Sleeq mula bertapak di internet dengan hasil karya dan nyanyian mereka ke dalam profile myspace mereka. Kerana masih belajar, mereka menganggap apa yang dilakukan oleh mereka sebagai satu hobi semata-mata.

Bermula dengan MySpace dan seterusnya ke Stesen Radio di Singapura. Dan kini, mereka sudah mula dikenali di Malaysia.



Bila ditanya, apakah bezanya kumpulan Sleeq dengan kumpulan rap yang lain, jawab Alyph...tajuk dan cara penceritaan yang membezakan mereka dari kumpulan yang lain.

Jika berpeluang berkerjasama dengan artis Malaysia, dua anak muda berbakat ini memilih Dayang Nurfaezah dan Too Phat.



Yang menariknya, Sleeq yang sebelum ini bertapak di alam maya, mengekalkan medium tersebut bagi mengekalkan popularitinya. Selain myspace, mereka juga menggunakan Face book dan blogspot bagi mendekati peminat mereka. Tak hairanlah, kumpulan Sleeq meraih anugerah planat muzik dalam kategori Artis Singapura Paling Popular selain daripada Hady Mirza dan Taufik Batisah.



Penulis sebelum ini, mengambil pendekatan dengan cuba menghubungi mereka melalui alam maya dan kesannya sangat positif. Mereka membalas segala pertanyaan dan sapaan peminat mereka.



Penulis berpeluang berjumpa dengan Sleeq sempena Konsert Ulangtahun KRU ke 16 baru-baru ini dan tanpa diduga Alyph dapat mengecam penulis yang pernah berkunjung ke akaun Face booknya. Nampaknya, mereka berdua mengunakan medium internet sebaik yang mungkin dan menjadikannya sebagai satu kelebihan.


Sekarang ini, ramai artis mengambil pendekatan yang sama tapi malangnya sekadar membuka akaun dan tidak menggunakan kesempatan tersebut untuk berinteraksi dengan peminat mereka.


Syarif dan Alyph masih lagi belajar dan kini meneruskan pelajaran peringkat tinggi di Temasik Polytechnic.


Pada 20 Jun 2008 yang lalu, Sleeq secara rasminya bernaung dibawah pengurusan KMG [ KRU Music group ]. KMG akan bertindak sebagai syarikat pengurusan mereka.

Gambar : Megat & KRU

0 mulut cakap2 belakang: