Tuesday, July 8, 2008

Smelly Feet


Sesetengah orang ada masalah mengakui yang mereka ada masalah bau badan, nafas berbau, kaki berbau dan macam-macam bau yang sewaktu dengannya.

Bagi yang membau pula, wujud pula masalah macam mana nak bagi tahu. Takut salah gaya, ada yang tersentap ratu dan menyinggung perasaan pula nanti.


Apakah punca bau?
Kekuatan bau yang dihasilkan bergantung pada jumlah peluh yang dikeluarkan kelenjar dan bilangan bakteria pada kulit. Bau biasanya dikatakan berkait dengan bahagian ketiak, namun ramai yang tidak menyedari bahawa bakteria turut menghasilkan bau di bahagian celah paha, dubur dan kaki.

Memandangkan ada seribu satu jenis bau, Ray akan fokus pada bau kaki kali ini. Bau yang lain sendiri mau ingat ya [SMI]



Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan bau kaki yang kuat sehingga menyebabkan ketidakselesaan di kalangan mereka yang berhampiran.

* Keringkan setiap sudut kaki dengan terperinci selepas mandi. Mikroorganisma gemarkan ruang-ruang yang lembap di antara kaki. Jika perlu, gunakan bedak kaki untuk membantu menyerap peluh.

* Pakai stokin yang bersesuaian. Sebaik-baiknya yang diperbuat daripada material seperti kapas yang menyerap kelembapan dan mengeringkan kaki sebelum menyarung kasut. Jika anda seorang yang aktif, stokin sukan adalah pilihan yang baik.

* Pakai kasut yang menggalakkan pengudaraan pada kaki. Ini mengelakkan kaki berpeluh dan membenarkan kulit bernafas.

* Tukar kasut setiap hari. Kasut tidak akan kering dalam masa sehari, oleh itu elak memakai pasangan kasut yang sama dua hari berturut sekiranya anda mempunyai masalah kaki berpeluh.

Yang peliknya, yang empunya diri tidak pula perasan yang dia ada masalah bau kaki. Ray nak kongsi sikit pengalaman ray sebagai peramugara. Bila menaiki pesawat, penumpang yang inginkan keselesaan, biasanya akan membuka kasut. Satu kabin terbau bau hapak kakinya tapi yang empunya diri dengan muka selamba pura-pura tak tahu.

Biasanya peramugara/peramugari yang bertugas dengan cara halusnya memberi penumpang berkenaan, plastik untuk mereka meyimpan kasut dan stokin tersebut. Tak boleh buat tak tahu saje, kerana akibatnya ialah bau yang kurang menyenangkan sepanjang penerbangan....bayangkan 12 jam !!

Itu seorang. Ada penerbangan tertentu, ke destinasi tertentu...semua penumpang ada masalah bau. Aiyoooo!! Tak pengsan dibuatnya. Keluarlah minyak angin yang disapukan dibawah hidung bagi mengelakkan dari pengsan untuk meneruskan tugas.

Kepada penumpang yang nak travel, adalah dinasihatkan untuk membawa sepasang stokin bersih untuk dipakai semasa berada didalam pesawat. Bawa plastik untuk menyimpan stokin yang telah dipakai.

Kepada yang tak sedar-sedar mereka ada masalah bau kaki...buatlah ekperimen sendiri seperti gambar kucing diatas.

0 mulut cakap2 belakang: