Monday, June 23, 2008

Filem Kita Wajah Kita


Tuah peniaga Jagung. Jagungnya sedap dan dikenali seluruh warga shah lampu. Bau jagungnya wangi memikat hati semua orang yang menghidunya.

Puteri Kalimantang, puteri jelitawan hawtt yang menjadi idaman setiap lelaki gatal. Gerak gerinya, longlai tubuhnya, paras wajahnya mendebarkan. Terpesona mata melihat. Bagai melihat cahaya yang terang dan wajah yang flawless bagai permukaan simen di Star Hill.

Sultan Tepu, berasal dari tanah Sri Gebu. Sultan yang mementingkan diri dan nafsu. Sultan yang zalim dan kaki kelab dangdut. Semua penyanyi kelab malam menjadi mangsanya. Mangsa keganasan nafsu dan lambang hak asasi wanita yang diperkotak-katikkan. Suka bermain boling padang dan hobi mengumpul stem.

Puteri Kalimantang yang tak makan sayur mahupun buah-buahan, bersua muka dengan si penjual jagung di pasar sentul. Habis diborongnya jagung itu. Hanya kerana baunya. Puteri Kali [wahh...ada nama glam ok] yang memang sukakan lelaki berjanggut dan bermisai terpikat hatinya melihat ketampanan Tuah. Hilang pedoman. Bergolek atas tilam setiap kali bila teringat pada Tuah.

Bgitu juga dengan Tuah. Memang bertuah! Bukan senang ok nak digilai oleh seorang puteri popular berita harian 2007. Berjanji sehidup mati. Tapi malangnya, Tuah berhutang nyawa pada Sultan Tepu kerana menyelamatkan nyawanya. Tertelan jagung dan hampir choking katanya. Kalau tidak kerana kepakaran pernafasan mulut ke mulut Sultan Tepu dah lama dah Tuah mati. Tuah terpaksa setia kalau x berhutang body la jawabnya.

Gunung Kali pula dilanda pencemaran. Tahi anjing bersepah, kencing al tonyok merata, tuala wanita bersepah. Desperately need cleaning ok! Hanya Sultan Tepu yang mampu memulihkannya. Sebab dia ada "Trash Compacter" di istananya. Abang Puteri Kalimantang, Megat Graham Bell The Third [keturunan jawa belanda] berhajat menikahkan adiknya dengan Sultan Tepu. Demi rakyat dan kebersihan alam sekitar.

Sebagai tanda penolakkan, Puteri Kalimantang meminta 7 hantaran sebagai syarat. 7 dulang tahi hidung aiman & faiz, 7 gumpal bulu kaki adam & fendi, 7 tempayan air hidung nad, 7 kati daki lilo, jambatan gelang Mayfirst dari shah lampu ke puncak gunung kalimantang, jambatan yg ada walkalater dari Shah Lampu ke Restoren Pak Li dan yang terakhir darah Putera Dafoo semangkuk.

Pada suatu hari, Sultan Tepu menganjurkan "Green Everyday Concert" di Stadium Perpaduan Bukit Jalud sempena pertunangannya dengan Puteri Kali. Dijemputnya, Putera Dafoo untuk menyanyi lagu "Bila Terasa Miang" diiringi penyanyi kelab malam terkenal..Lynloma, Diba Sarawak & Safia Victor. Pada masa itulah berlakulah bertumpahan darah dan jagung berselerakan. Ramai yang mati tercekik jagung malam tu.

Cinta Sultan ditolak talak 3. Kerana murka, Sultan Tepu menyumpah...Puteri Kali tidak boleh dilihat malam hari, nescaya bila terlihat orang itu akan muntah kueh tart nanas. Dan puteri Kali bila dilihat akan berubah menjadi mak nyah yang hodoh.

Demi cinta, Puteri Kali menyorokkan diri di sebalik pohon kari demi cintanya pada Tuah si penjual jagung yang warak lagi alim. Kadang-kadang menyorok kat pokok pisang dan buah-buahan yang sewaktu dengannya. Kadang-kadang kalo korang pergi ke Gunung Kali, akan ternampak seorang puteri mandi buih kat air terjun. Kalau nampak, sila lah join sekali tapi bawaklah buih mandian sendiri [yang tak pedihkan mata okkkkehh]

Sebuah Cerita Cinta Jagung.

Arahan: [r][a][y] Teong Hin & Pengarah Photography : Megat Jaquellina

Moral : Cintai filem Malaysia. When is the last time u watch malay film? Filem kita wajah kita

7 mulut cakap2 belakang:

Farazila said...

Ya Allah ray...
cuma nk sampaikan moral of the story tgk filem malaysia je ker...adehhhhh opening dia bukan main panjang agy...hahhahahah...tp best la poster tu..mcm poster real plak...erk tuah tue, azim ker..lain bebenor muka dia...

[r][a][y] eusouff said...

la betul apa

filem kita... wajah si amy, joey dan azim tu

buruk filem kita buruklah wajah kita...huhuhu

cik lilo..ini bukan opening la..sinopsis cite dier ler.


azim, amy terpaksa berdiet utk filem ini.

tak perasan ker semua slim semacam.

[r][a][y]

~SYAMELIA~ said...

aiyoooo ray!!!!!
motiffffffffffff..............

tergelak smpai nk pecah perut ok...
ada2 je la u ni...
ni lah natijah nya kalu u dah lama x merepexxx, sekali merepexxx ini la hasil nya.....

btw, nice poster...
u berjaya makes us looks so 'slim'...
cheekbone x hengat...

best... best...

Farazila said...

hhahah...padan la smpi lilo x kenal en ray teong hin..

sorry lilo still ting tong..
:P

fara said...

hahaahhaha
gelak kuat ni!
merepek je kn?
hahahahhahaa
semua nama keluar!

and azim, joey ke tu?
gosh laen nye!
kak amy mmg dah kenal sgt!
hehe ngn gincu merahhh tu! :D
haha.

lol ! besttttt jm la tgk cte filem kite!

Lina said...

ya allah..
lawak2.. ada2 jer Ray nie kan..
betul kata Kak Amy, dah lama tak merepek.. bila dah start merepek.. nie lar hasilnya.. terlebih sudah.. hahaha..

haha! masa Lina tgk poster tu jer dah kenal tu Kak Amy, Joey and Azim.. tapi nampak lain sgt kan.. nice poster tu.

Cintai Filem Malaysia? i'm lovin it! wahh gitu.. last time watch malay filem eh? hmm.. 070608.. cerita apa kata hati.. considered kan? Filem Malaysia..

Ayu Ramli said...

The princess of lampu macam inject BOTOX kat pipi.. tersembul macam bola golf!