Wednesday, May 7, 2008

Menjelang Pertabalan YMM ( Yang Menyilau Mata ) Engku Syamelia Contessa De Lampu’s II.

PERHATIAN : Harap Maklum cerita yang bakal anda baca adalah cerita mitos yang tiada logiknya. Rekaan penulis semata-mata dan gambaran yang diberikan adalah unsur-unsur perli yang manja-manja aje. Sebarang issue sentap x akan dilayan.

Daulat Lampu :- Di Bawah Lindungan Lampu Pelita , YMM ( Yang Menyilau Mata ) Engku Syamelia Contessa De Lampu’s II.


Gambar rasmi Kedutaan Sri lampu

Dalam tempoh 48 Jam ini, pengumuman ttg kenaikan YMM Engku Syamelia ke tahkta Presiden Negeri DFC sudah mula menjadi bualan di kalangan rakyat jelata dan jelatang. Ok la tuhhh !!!

Desas dusta ttg kenaikan Engku Amy ke tahkta telah mula kedengaran sejak awal tahun 2008 lagi , selepas Negara DFC telah menjadi Republik dengan sistem pemerintahan yg ala-ala undi cabinet dapur jerk…Selepas peninggalan pemerintahan kuku emas TUN ray di abad ke 12, sistem Kabinet dapur yg dilaksanakan menjadi amat korup. Persidangan parlimen selalu tidak berjalan dengan lancar, kehadiran ahli perlimen pun selalu misz, malah ada juga dato-dato yg berkenaan selalu kelihatan melepak di pak Li sampai 2-3 pagi , hingga memberi impak negative terhadap sistem cabinet dapur . So sebab rakyat mahukan sistem pemerintahan beraja di mulakan semula, maka pemilhan Engku Amy adalah satu pilihan yg dianggap tepat…Engku Amy adalah setiausaha sulit kerajaan semasa pemerintahan Tun Ray Clinton.

So, sebab Engku Amy dah jadi bakal pemerintah, kita tgk la sket gambar2 dari arkib Negara ttg perjalanan hidup beliau sebelum ini sebagai Pemangku Presiden. Di Besarkan di Shah Lampu ( Tanah Jajahan Raja mentol lampu sememol ), Engku Amy telah biasa berada berada di khalayak ramai dan bercampur gaul dengan rakyat jelata n rakyat kucing.
Sikap beliau yg amat prihatin dan berkasih sayang terhadap alam semula jadi begitu di kagumi oleh rakyat DFC. Sepastinya dengan nilai2 murni yg beliau ada, rakyat pasti akan hidup aman n makmur ..subur lagi menyuburkan !!!!

Gambar paling atas sekali dalam post ini ialah Gambar Rasmi Engku Amy yg dirakamkan utk di letakan di semua pejabat2 kerajaaan , Sekolah2 Kanak Aktif n Nakal ( sebab ada teori mengatakan gambar beliau boleh buat budak2 nakal pun jadi x-nakal ) Motifff ??? Dan Di Kedai Pakli. Malah Misz Azim Dickongsdon apenporn , iaitu juri dari Program Sri Tonyok Next Bottom Model pun memberi komen positif ala-ala mengampu pada pic ini. :-

“ Pic nie buat rakyat rasa dekat dengan engku, Sebab beliau tetap pandang ke depan walau Mahkota yg beliau pakai amat berat iaitu seberat 50 kilogram, x –la macam ader bekas menteri tu yg nak control vogue jerk sampai x-mau pandang depan,atas ataupun bawah…”

Serius mengenang nasib kucing-kucing terbiar

Ini pula pic semasa beliau menghadiri "Majlis Mengenang Kucing2 yg terbiar" dan yg dah kene gelek ngan kereta . Expresi n mimic muka yg amat berduka cita bercampur dengan rasa gusar ttg nasib kucing jelas kelihatan...Dari sumber2 istana, Engku Amy ketika ini amat berdukacita dengan nasib kucing yg masih di bawah paras kemiskinan tegar. Lepas majlis Engku Amy muntah berganti-ganti 100m.
Tetapi seperti yg beliau nyatakan pada majlis itu .

“ Saya…akan cuba utk membawa satu perubahan.Kucing bukan setakat kucing,Jika comel kucing itu,sure saya akan bela..Saya suka bela kucing dari bela anak ikan..couse kucing if bela senang jaga dari anak ikan yg selalunya mmg high cost “

Engku Amy,setakat ini telah memecahkan cd rekod bila beliau menjadi kerabat diraja yg paling banyak turun padang jawa bertemu rakyat jelata.Tahun lepas saja beliau telah menghadiri 343546545342326786567 majlis rasmi , x-rasmi, separuh masak , x-la rasmi but buat2 macam rasmi, majlis terteonggeng , majlis terbuka sket n macam2 lagi la, malah majlis
harijadi auntie Melvi dari estet kebun getah pun beliau gigih pergi walau x-dijemput..

Mesra di hati rakyat - Minah Bunga

Pic yg dirakaman pada awal tahun ini ialah semasa Engku Amy melawat negeri Lampu suluh , lihatlah yang beliau sungguh terharu dengan jambangan bunga matahari yg beliau dapat sehingga terus memakai sekuntum di kepala..Beliau mmg seorang yg berfikiran terbuka dan tidak pernah takut utk menunjukkan sikap kasih n sayang kepada semua mahkluk2 Allah .

Walaupun beliau pernah juga mengalami insiden-insiden scandal yg amat mengemparkan Negara seperti :-

Kejadian dimana Dayang Istana beliau iaitu Puan Lilo Al – Qaruni yg telah melanggar lari seekor anak kucing sampai la Arwah kucing tu jadinya. Kes itu menyebabkan Parlimen terpaksa bersidang utk memutuskan bahawa Dayang istana juga tidak kebal terhadap terhadap undang2. Namun selepas campur tangan Dari Bekas Presiden yg pencen awal iaitu Tun Ray Clinton , maka kes itu telah diselesaikan di luar Court Mamoth cawangan Ampang Hilir, dengan Puan Lilo Al-Qaruni terpaksa membuat kerja2 amal dengan membasuh pinggan di semua kedai2 makan mamak 24 hours .

Beliau juga pernah terlibat di dalam scandal yg memeningkan kepala . Di mana Anak Saudara Beliau Iaitu Sheikh Megat Yusoff al Handsomer pernah merayu pada beliau utk menerima seekor anak kucing yg terbiar, tetapi Engku Amy telah mempersoalkan kenapa perlu anak buah beliau itu, menalifon dan mengganggu beliau ketika Pengumuman ttg siapa Artist Harapan sedang nak di umumkan di talibesen !!!! Sikap Engku Amy itu membuatkan anak buah beliau telah lari dari istana dan tidak lagi mahu makan apa2 selain dari quaker oat sebagai tanda protest.
Pihak Istana telah membuat kenyataan rasmi bahawa ketika kejadian, Engku Amy Cuma terlebih emo bila artist yg beliau gilos sangat2 tu x-menang artist Harapan Terbaik.

Dapat pujian Tokoh fesyen


Namun dari suara ramai, Scandal2 itu langsung tidak mengugat ranting betapa popularnya Engku Amy di mata rakyat. Beliau ttp menjadi Icon Fesyen yg bergaya dan anggun.
Macam pic nie, yg dirakaman 3 tahun lepas, semasa beliau menghadiri Majlis Potong Bawang kat rumah Makcik Farah Adebab yg buat baru balik dari buat lawatan rasmi ke pulau pandan…
Tokoh Fesyen ternama Negara iaitu Puan Adam Loreal memuji dengan cara berfesyen Engku amy yg melatops Katanya …walaupaun nampak simple. Jurumekapnya Sri Lyn Lengeng telah berjaya dalam misi Engku Amy untuk kelihatan kurus.

So menjelang Pengumuman tentang kenaikan Engku Amy ke tahkta Negara DFC,
kita ingatlah semula semua memori indah bersama Engku yg telus dan tidak pernah jemu mendedikasi jiwa dan bakul raganya kepada nusa dan bangsa.

Daulat Lampooo !!!!! Daulat Lampuuuuu!!!!

5 mulut cakap2 belakang:

~SYAMELIA~ said...

aiyoooo......
motiffffff......

engku sheikh megat terawis dgn tun ray kelentong memang nak kena dgn gue...

gigih sgt kan korang buat posting...
segala jenis lampu keluar...
rajin sgt mengsuper impose gambar... kan...

WALAOPUNNNN begitew...
tetap kelakar tahap cipan yang kena langgar oleh keta dayang lilo di negeri pulau pandan inderapura.. seterusnya cipan itu menrima nasib yag sama dgn lukisan terbang di fed hiway...

-enuff said-

Lyn Yusoff said...

hahahhaah...
mcm2 hal lah korang ni.
bila mengingatkan kembali zaman2 kegemilangan amy ni.. mmg tergelak dibuatnya..

Ray & megat..
Well done bro.
kita tunggu pemerintahan Engku Amy ni yer.. hehehhee

"Jurumekapnya Sri Lyn Lengeng telah berjaya dalam misi Engku Amy untuk kelihatan kurus."
Aiyyoo.. name ku pun ade skali ker.. hampeh tul...

~SYAMELIA~ said...

owh... u pun bersekongkol dgn dorg gak ek...
hampeh sgt kn...
harapkan colgate, colgate mkn gigi...
huhuhu...

fara said...

yeay yeay
fara jmpe peribahasa bru,
'harapkan colgate, colgate mkn gigi'

Haha motiff sgt nama aku pon ade dlm ni. siap ade pulau pndan lg.

haha. kesiann kak amy.
tp mmg best,
good job ray and megat
pndai gils u guys edit gmba mak lmpu!
saya sokong ngn apa yg ditulis!
hahahahaa

tp ni setuju 1000%
Engku Amy Cuma terlebih emo bila artist yg beliau gilos sangat2 tu x-menang artist Harapan Terbaik.

Hahaha kak amy nmpk tidak berpuas hati dafi x menang artis harapan terbaik :P

Adam-ArJuna said...

Fara...tapi jgn guna peribahasa tu utk karangan bahasa melayu dalam SPM nnt lak..

tgh cokgu nak bermurah hati kasi A kat karangan fara..tetiba jd E lak...wakakakak...

apa pon, posting sgt tak bley blah ok...terkagum dgn gelaran2 nama yg TUn ray kuarkan...tak terpikir lak teman..