Thursday, March 6, 2008

Poster Calon-Calon

Oraits, sejak Ray punya posting yang lalu..ramai yang call & email Ray. Many of them tanya kawan-kawan Ray yang jadi calon tu wakil party politic mana. Nak Tau?
Dorang ni semua sebenarnya adalah calon bebas dan tak ada kena mengena dengan parti politik utama di Malaysia ni. Ray pun tak pasti dorang ni dalam Pilihanraya Umum ke atau Pilihanraya Lawak.

Tapi confirm bertanding.

Hari penamaan calon telah ditutup dan calon-calon parti bebas ialah :




Siapa tak kenal Mak Lampu kan? Calon Parti Bebas. Undi Mak Lampu...confirm free letrik seumo hidup. Tak yah ada budget nak buat stesen hidroelekterik. Guna kuasa dalaman. Masalahnya...seumor hidup tu bukan seumo hidup korang tapi seumo hidup mak lampu...pls jangan salah faham. Selagi Mak Lampu Hidup selagi itulah penduduk Shah Lampu bil letrik x payah bayar. Juga pemilik kedai lampu terkenal "In Living Light Gear" di SS13. Selaku Acting President DFC, Mak Lampu telah menerangi DFC sejak bulan Januari lagi. Misinya...ke arah Shah Lampu yang lebih terang benderang.




Kehebatan bekas guru agama ini menghasilkan buih tidak dapat dinafikan lagi. Menuntut ilmu di tepi pantai Port Dickson. Mengajar Iqra', Tajwid dan Hafazan Al Quran dimasa lapangnya. Cikgu Lyn, pengamal ilmu buih sejak berumur 17 tahun lagi. Pengasas kpd mandian buih kanak kanak Jono & Jono. Berbakat merancang dan meguruskan kenduri sebagai satu kelebihan calon parti biuh sabun ini. Mahukan pendidikan agama yang sempurna untuk generasi akan datang.




Pakar susu getah yang bermula sebagai penoreh getah sepenuh masa. Sering kelihatan di estet-estet sekitar Kuala Lumpur. Pemilik kilang tilam DUNPOP dan telah menemui spesis getah terlarang yang kontroversi pada tahun 2003...iaitu getah yang expandable yang lebih sesuai utk membuat kondom. Perjuang penoreh getah di kawasannya. Sekarang sedang membuat kajian ke atas getah sekerap di Institut Getah Lala King. Pembela kepada nasib komuniti India. Janjinya...industri getah dan dunia estet akan lebih cerah & Happening selepas ini.




Sape x kenal Adam Timberlake? nama macam saudagar kayu balak tapi sebenarnya bukan...Adam bermula sebagai saudagar topi. Setelah laris dan menjadi fashion icon utk topi, adam melebarkan sayapnya (ada sayap ker?) ke bidang peragaan fashion plak. Kerana telah berusia, dan kelak tidak sesuai jadi model lagi...Adam memilih untuk membuka model agencynya sendiri di KLCC. Percaya dengan motto "Siapa Mahu Di Atas?" Adam dikatakan membela nasib mangsa fashion dan juga adalah Presiden Persatuan Model teraniaya & gangguan sexual. Sungguh mulia....Misi Adam ialah ke arah dunia model/peragaan hadari dan fashion muslimin & muslimah yang lebih gemilang, terbilang dan on top.


Jejaka berwajah bawang sangat popular dikalangan pengundi berbangsa cina. Beliau telah mengemparkan Malaysia kerana penemuan bawang spesis sebesar kepala manusia. Taikoon Bawang ini menguasai pasaran bawang Malaysia sepenuhnya. Kerana populariti beliau, beliau dicadangkan bertanding utk pilihanraya. Dato Fendi percaya kepada konsep 3M iaitu.....Meronggeng , Menyanyi & Meroyan. "Life to the fullest" katanya. Hidup mesti enjoy. Selalu kelihatan ditempat lepak dan dikatakan kerap melawat estet pada hari Jumaat. Janjinya bagi DUN Hendon, membasmi kedatangan pendatangan tanpa izin.



Bekas penari tiang kelab malam yang telah kembali ke jalan benar. "Been there & Done that" membuatkan pengalamannya tidak boleh ditandingi. Sinonim dengan nama kodok kerana pernah menyelamatkan spesis kodok melaka yang dah nak pupus. Aktivis seni menenun dan kain songket. Sangat popular dikalangan pengundi warga emas kerana PR ala-ala kampungnya. Prinsip hidup " I professional ok" dan akan membawa bukit kodok ke alam cyber dan kota warisan contoh di Selangor dan membasmi kedatangan lalat disana.


Itu la semua calon-calonnya. Ermmm...Lilo/Farazila? Beliau mewakili salah satu parti pembangkang dan bukan calun bebas....so idak ler ray nak senaraikan kat sini. Kalau nak tahu Farahzila ni parti apa...pergi lerr kat blog dier...agak la sendiri dari cara postingnya parti mana dia wakili.



[Credit to Megat for all the posters]



6 mulut cakap2 belakang:

~SYAMELIA~ said...

rayyyyyyy!!!!!

u mmg nk kena taw... penat i gelak... ada2 aje..

motiff sgt kn guna pics ktorg yg pakai selendang... very the shahrizad...

apapapun, i mmg 'suspek' dgn calon2 u ni... pandai u pilih kn...

yg penting, poster 2 mmg cun gils... siap ada tagline lg... u n megat mmg creative... tabik spring la... toing toing... [statement ini berunsur 'pancing undi']

[r][a][y] eusouff said...

aiyooooo
calun2 mmg hebat2 belaka

mmg susah nak pilih
kekekekkeke

[r][a][y] eusouff said...

ermmm
sila maklum calon2 semuanya umur 21 tahun ke atas...kekekke

~SYAMELIA~ said...

ray...
u pandai kn... u x bertanding lak? ktorg je la yg bertanding ek... so u ni kira pegawai spr je la...

lol

[r][a][y] eusouff said...

Nama pun TUN
dah bersara dari politik
kekkekeke

Lyn Yusoff said...

hampeh punya ray..tak abis2 ngn idea merepek die.. ade je yg nak dikena kan nyer..mmg sejak dr azali u suka kenakan org... hahahahha

tergelak2 sakit pewut dibuatnyer...hahahahaha

poster mmg cun lah... tak dpt dinafi kan... boleh letak kat my blog nih..