Friday, February 15, 2008

Menuntut Ilmu Lampu Bersama Mak Lampu

Semalam, kami menghadiri kelas pertama [Februari Intake] yang dijalankan oleh sifu lampu tersohor di Shah Alam... mak Lampu yang juga dekenali sebagai Amylia Contessa Silionne. Siapa tak kenal bomoh Mak Lampu kan? Dalam post kali ini, Ray akan paparkan ilmu dan kebolehan mak lampu ni.

[Post kali ini ada unsur tahyul dan boleh menyesatkan pemikiran, agak merapu dan level of merepekness yang tinggi - ilmu perlu cukup didada untuk membacanya. Access for bimbo baboon dan bawah 18 tahun adalah dilarang sama sekali]

Selewat tengah malam...(lepas pukul 12 tengah malam) bertempat di kawasan mak lampu selalu practice ilmu lampu picitnya iaitu di Shah Alam. Mak Lampu membawa kami ke Tasik Shah Alam disebuah kawasan lapang lebih kurang lima minit berjalan kaki dari Kedai Kopi.

Sebaik sampai saje, Mak lampu terus menurun dan mengeluarkan bebola cahaya yang terang. Terperanjat kami dibuatnya!!! Wah suungguh hebat! Hoyey hoyey!

Mak Lampu berupaya menukar bebola lampu tersebut kepada sebuah kipas tangan. Wow! Mulutnya terkumat-kumat membaca jampi serapah. Meludah kahak dua ke tiga kali......Kakkkk Tuiiiiii....puiiiii....tuiiii!!!!! Naik seram gak melihat mulut mak lampu yang terkumat kamit itu tanpa sebarang bunyi yang jelas untuk didengar dengan pendengaran biasa.


Seterusnya, Mak Lamu menunjukkan kebolehannya mengerakkan bebola lampu dari satu tempat ke tempat yang lain. Mak Lampu mengerakkan bebola lampu tersebut ambil tersengeh puas. Lebih puas dari makan JCO. kita org walaupun dah lama panggil mak lampu tapi x pernah tengok skill kelampuan terlampau mak lampuan yang termampu itewwww.


Ini anak murid mak lampu yang pertama. Gambar diatas mak lampu... menunjukkan gerak tari lampu. Ritual wajib in i dilakukan sebelum skill lampu diserlahkan. Kalau tak buat...kuasa mengawal lampu akan terbatas. Mak lampu dulu bekas penari istana tapi berenti sebab ada skandal ngan hulubalang istana.

Lampu yang dihasilkan akan lebih terang sekiranya kedua-dua tangan digunakan untuk menerangkannya. Anda dilarang kentut semasa latihan ini dijalankan. Kentut akan membuatkan kejutan letrik paling severe pada otot-otot badan. So...jangan kentut ok. Lyn yang baru lepas makan burger menahan dari terkentut...takut terkena ketulahan mak lampu.


Ray try jugak sebab serius sangat nak bongkar rahsia ilmu mak lampu ini dan kebolehannya. Tapi jampi menghasilkan lampu...mak lampu x ajar. Dia ajar macam mana nak kawal jer. Ceh! kedekutnya nya mak lampu...Mak Lampu kata...kena pergi bertapa kat Sogo dan makan kelip2 sekilo seminggu...baru boleh belajar. Nak Makan kelip2? uwekkkkkkk!!!


Benda ni ringan jer, so...gerakkan ngn satu jari pun bolehhh...Hahhahaha. Untuk tunjukkan betapa ringannya benda ni...Megat angkat satu kaki. Anda dibenarkan untuk keluarkan angin pada waktu ini. Tapi kena bunyi kuat....perlahan tak boleh. Pantang masa buat trick ni...kena pakai kasut bata dan jari tu kena pakai jari hantu atau jari carut.


Another test ialah mengimbang kuasa lampu dengan kepala. Memang tak rasa apa-apa. Cuma silau sikit dan suam-suam kuku. Masa imbang kena ingat muka lampu dan tak leh benda lain...Aiyoooo....

Dan xleh berkaki ayam. Berkaki lembu ok kut. I mean ngn kasut kulit.

Nampak mudah tapi susah. Bila dua orang kawal lampu...salah sorang xleh bernafas. Tak tau la kenapa. Cuba teka sape antara ray & Lyn yang tahan nafas ?

Ya betul....Lyn yang tahan nafas sebab dari tadi tahan kentut.

Wah lepas dah expert mak lampu terus hasilkan beberapa lagi cahaya lampu untuk kami bermaian dengannya. Mak Lampu mampu mengeluarkan 7 cahaya lampu pada sesuatu masa. Tapi bergantung pada tenaga mak lampu pada hari itu. Maksud : Berapa lama mak lampu berjemur di siang hari mengumpulkan tenaga solar.


Lyn tengah meniup lampu seperti meniup kek bestday. Akibat kempunan makan kek coklat tahun lepas. So lepaskan geram tiup lampu. Tiupan ini boleh menghilangkan stress kata Mak Lampu. Ya ke ? Patut la mak Lampu selalu cool jerrr...


Dah dekat pukul satu pagi. Kelas dah nak habis. Mak Lampu tengah memadam lampu2 nya. Macam kejar rama-rama kat taman rama-rama. Mak lampu dan Lyn berlari-lari macam iklan tuala wanita mengejar lampu-lampu untuk dipadam.


Megat dah berangan jadik Harry potter la pulak. Dia larik ke tempat lain sebab naik syok dah main lampu. Megat larik sebab takut Mak lampu padamkan lampu tu sebab kelas lampu dah nak berakhir.
Ini antara cara memadamkan lampu. Compress teknik yang agak memerlukan skill. So need a lot of practise. Pakai lah pewangi ketiak yang banyak ya sebab nak padam kena banyak kali kuak ketiak.
Ini lah muka pelajar2 intake Februari Kelas Mak Lampu. Sesape yang berminat silah hubungi Mak Lampu Berhad di Persiaran Cahaya SS99 atau syarikat kembarnya....Mak Mampu Berhad yang terletak dijalan Tapir Gatal 1/18 di Wisma Ali Bawal. Fees mahal nak mampus so kalau x derk duit jangan berangan la nak menuntut ilmu dengan mak lampu ni.

"Lampuku Duniaku" kata Mak Lampu diakhir sesi kelas.

14 mulut cakap2 belakang:

~SYAMELIA~ said...

errghhhh..... motif sgt kn bongkar rahsia kelampuan ku.....

apapapun... korg jgn lupa, fee belum bayar lg taw... mlm td bru bayar deposit... itupun baru guna rupiah... mana cukup... fees 2 belum termasuk duit pengeras lg...

kalu lambat bayar, alamat gelapla satu daerah bukit subang dan kwsn2 yg sewaktu dgn nya... termasuklah sg kandis dan kg nekmat...

biasala... kalu dah deal dgn public listed company kn... bukan public toilet... nama pun berhad... sdn bhd dgn enterprise x men la... x setanding dgn kekuasaan lampuku ini....

ps: buzz lightyear kem salam... dia kata kene bayar royalti kalau guna callertone 'u light up my life' sore chipmunk...

fara said...

hahahhahahahhahahahhahahahhahaha

macam2 la. tahap merepekness yang sgt tinggi.

konon sgt bwah 18tahun xleh bca. tp fara ttp nak bca jugak ! korg xleh nak halanngg ! :P

plg suka part ni ;

Mak Lampu mampu mengeluarkan 7 cahaya lampu pada sesuatu masa. Tapi bergantung pada tenaga mak lampu pada hari itu. Maksud : Berapa lama mak lampu berjemur di siang hari mengumpulkan tenaga solar.

LAWAK LAWAK :P

Farazila said...

hehe..
ade2 je idea ray nk mrepekness..
huhuhuhu...

~SYAMELIA~ said...

merepek ke kerepek ke x penting...
what matters now is masa shooting 2 mmg best... juz imagine, posing dkt tasik sh alam kul 1 pagi...

mmg best gils ok... we had so much fun... lalala...

MyRaLiCiOuS_89 said...

eeeeee... jeles ok!!!
harus sgt kan shoot masa we all da balik!!
huhuhu... nak ikottttttttttttttt!!!!

ray eusouff said...

shoot ngn owang yang bayar yuran je la Myra !

Ali McB said...

amboiii bukan main dgn ilmu lampunye si Rayy ni. intake february lagi gituuu. ali balik jun ni ajar la skali ye (ade intake jun x? hehe)

ray eusouff said...

Dr Ali....
ini ilmu dalaman

bukan ilmu kedoktoran.

ngeeeeee....

Megat Eusofe said...

huik ... mak lampu dah beri peringatan
sapa2 yg dah bermain dengan ilmu lampu harus bayar yuran..if nope
ilmu lampu-lampuan nie akan makan tuan..

mak lampu,utk pengetahuan mak lampu..kampung nekmat ialah kg utk semalam jerk..now kampung tu dah x-wujud dah lalalalalalaa

mak lampu neon
malam semalam me n ray try nak baiki lampu kat umah kitaorang.
but x-leh larr ???
adakah ini disebabkan oleh kerna kitaorang dah langgar peraturan ke 67 akta 4
yg mengatakan ilmu lampu lampuan tidak akan berjaya berlaku jika pengamalnya terlebih cumel n bersinar2 mukanya ( adoiii..puji diri sendiri la plak )


mak lampu
mak lampu harus buat ruang forum utk senang kitaorang nak beranyakan ttg kemusykilan ttg ilmu lampu yg amat compleks n amat sesat dari akidah nie
:P

ahhahaha
first time drop komen yg teramat panjang here :P

Linaaa said...

the post is too long..
so tak baca kasi abes laa.. hehe..
lgpon bawah 18tahun kan tak boleh baca. so, tgk gambar jer laa. hehe..
full of merepekness tapi still fun kan. nak jgakkk blajar! Jun Intake boleh? ;p

Anonymous said...

ray...u r a genius!
frm all this pics....
can become an entertaining story!

Lyn Yusoff said...

wah2... tak tahan ok..
tapi kan emily i dah bayar yuran kan??.. separuh lagi i suh org sydney tolong byrkan..

ray2..very the merepekness ok.
motiff kat i menahan kentut. tgk muka u je i dah gelak.. hahahahaha..

best2 sgt.. mmg kitorang nak buat time myra dah balik.. huhuhu.. cian myra...

myra said...

kekekke...
kak lyn mmg ske kalu myra xda kan...

waaaaaaa....
(nangis membawa diri)

Megat Eusofe said...

hah myra
sentap sentap
asiyk nak sentappppppppppppppp jerk

huiik
ko gie date ngan si tutttttttttttttt x-ajk kitaorang pun
so x-der regrats okies if kelas sijil lampu nie ko x-der


ala ilmu lampu nie just utk 20 tahun ke atas jerk
myra tungu la.. k