Sunday, February 10, 2008

About Charter Crew


Disember tahun lepas, Ray bercadang nak ke Macau untuk bekerja dengan Viva Macau [a budget airline]. Terpaksa melupakan hasrat untuk bekerja di luar negara kerana keberatan meninggalkan ayah ray yang kurang sihat dan perniagaan yang Ray uruskan sendiri.

Sebelum ini Ray bercuti selama 5 bulan [setelah bekerja for 10 years on permenant basis as a crew for Malaysia Airlines], memang lah rasa miss flying....miss all the night stops etc. So tergerak hati ini untuk mencari alternative lain. Bekerja menguruskan perniagaan sambil tu terbang di awan biru. Antara peluang untuk buat kedua-duanya sekali ialah dengan menyertai Charter flight Malaysia Airlines.

Charter ialah penerbangan tempahan khas dan bukannya penerbangan komersil. Sebagai contoh: Lembaga Tabung Haji menempah pesawat MAS untuk menghantar jemaah haji, Kerajaan Malaysia menempah penerbangan khas untuk menteri, kakitangan nya ke destinasi tertentu untuk urusan rasmi...dan juga pesawat tempahan khas ke destinasi yang tidak tersenarai dalam penerbangan Commercial Malaysia Airlines.

Charter Crew (peramugara & peramugari) untuk pesawat Charter, bekerja on call basis dan secara kontrak. Kalau ada flight mereka kan menghubungi crew-crewnya. So tidak lah perlu kerja sepenuh masa dan terpulang kepada crew-crewnya untuk terbang ataupun tidak.

Majoriti Crew untuk penerbangan charter ni terdiri daripada flying mothers [gelaran yang diberikan kepada ibu yang telah berkahwin dan mempunyai anak]. Flying Mothers memerlukan masa yang lebih untuk menguruskan rumahtangga dan sebagai Charter crew masa untuk bekerja akan ditentukan oleh mereka sendiri mengikut kesesuaian diri masing-masing. Juga kepada yang telah ada perniagaan sendiri dan menjadi Charter Crew ini boleh dijadikan sebagai pendapatan tambahan.

Insya Allah, March ini Ray akan terbang di awan biru semula. Sebagai Charter Crew untuk Pernerbangan Malaysia.

8 mulut cakap2 belakang:

KC said...

gud luck ray!!

Farazila said...

ray!!!
good luck!!
hope ray stil ade masa ngan kami lagi..
:)

Lyn Yusoff said...

hi bro... gud luck beb..
jgn lupa we oll tau..
miss u so much...hehhe

.::IamZulaikha::. / Nur Zulaikha Zaki said...

gud luck abg ray..!
ngee~~

~SYAMELIA~ said...

finally... u r flying again...

bon voyage...

Linaaa said...

wahh ray! bestnyaaaaa.
ingatkan you dah resign forever.. taknak fly lagi.. good to hear that you're flying again.. good luck ray!

yaty said...

gud luck ray..!!

ray eusouff said...

thanks guys!!