Wednesday, January 2, 2008

Mydolla Eydolla 2 : The Ghost Of Mydolla - The Crew

Alhamdulilhah...pengambaran berjalan dengan lancar. Kami mengambil masa selama lebih kurang 3 jam menghabiskan pengambaran. [tidak termasuk proses editing etc]

Kebiasaanya, crew pengambaran diperkenalkan selepas sesuatu drama dihasilkan tapi kali ini crew produksi akan diperkenalkan dahulu sebagai promosi.

Semua mungkin sudah sedia maklum mengenai Drama Mydolla Eydolla yang Ray published sebelum ini. Drama ringan dengan tiga tenaga produksi. Tapi kali ini lebih besar!

Semua tenaga produksi terdiri daripada para bloggers yang x sefemes mana tapi ada kelas tersendiri. Klik kat nama diaorang kalau nak kenal mereka dengan lebih dekat.

Farah Diba ialah penerbitnya. Tuan empunya koleksi patung barbie ini. Juga selaku penaja lokasi pengambaran. Dengan izin Ibubapanya. Tanpa penerbit tak mungkin terhasilnya drama ini. Masih belajar lagi. Kata maknya...tidak bercakap masa kecil dan risau dibuatnya. Suspected bisu tapi setelah jumpa doktor...doktor kata....dia akan banyak bercakap bila berumur 17 tahun. Mama & Papa Fara sponsor makan malam...huhuhu ada satay lagi !! best best !! Thanks aunty & uncle....


Idea asal, tukang karut selaku sutradara, penyunting dan penerbit bersama. That's me. Don't expect la cerita yang logik atau proper. Merepek all the way. Critics...don't bother! I suggest pergi la critic drama tv yang berlambak kat tv kalau beriya-iya nak kritik pun. Expect the unexpected. Digelar "TUN" sebab baru pencen. Nak jadi pengarah betul tak kesampaian so jadilah pengarah drama blog saja...huhuhu.


Cinematographer, kesan khas, CGI (kononnya) and Art Director for our little project. Kreativiti & kesan khasnya akan membuat anda kagum. That's Megat. Seorang pelukis yang berbakat. Selain melukis, tukang masak dan pengkritik makanan yang hendak membina nama. Kadang-kadang pelat kalau excited bila bercakap.


Lyn the probmaster selaku pembantu art direction dan tukang setting. Tukang pegang dan tukang jaga hal kebajikan pelakun-pelakun. Cikgu drama dan bomoh angin part time. Di masa lampau, ada business buat bantal kat kelang tapi tak laku sebab bantalnya menyebabkan ramai sakit tengkuk. Cita-cita nak jual tulip kat Cameron Highlands di waktu malam.


Adehhh! Bukan setakat jaga lampu! Juga pernerbit bersama dan jururancang lokasi. Apa yang korang tak tahu, bagi menghasilkan gambar yang cantik, cahaya lampu perlu untuk menghasilkan gambar yang menarik. Syamelia seorang bomoh hujan di masa lampau nak jadi penerbit filem seram satu hari nanti. Sudah ada laki dan anak seorang VIP. Suka kutip tahi kucing dimasa lapang.

Pereka fashion dan selaku juru makeup. Safia Satin ini seorang pelakun yang tengah nak naik. Tapi menjahit secara sambilan. Buat masa sekarang mengambil tempahan langsir sahaja. Sape2 nak tempah baju ke apa ke...lupakan saja ok. Dia tak belajar lagi. Lilo, juga seorang pembantu...balik awal [tu lah pekerja zaman sekarang] shooting tak abis dah balik! Nak rendam mee untuk jualan esok katanya...so kena balik cepat nanti laki dia tokey mee marah.

Yang tukang carik publicity dan buat promosi. Pemenang anugerah Mulut Jahat 2007. Kerja kat kilang percetakan majalah dan kertas hadiah di Shah Alam. Azim juga berniaga kereta terpakai di USJ. Pernah masuk TV dan sangat suka berdansa di rumah-rumah joget sekitar Lembah Kelang.
Penyimpan data, penjaga stock, tukang kemas dan handyman. Adam Arjuna namanya. Bekas model Gulatis dan Sembilan Supermarket. Tinggi lampai orangnya. Part time ajar kucing buat catwalk. Pernah kerja jual kasut kat Plaza Yow Chuan.

Dan last sekali security Capek. Gambar xde sbb balik awal tolong lilo rendam mee kat Purajaya.

Gambar diatas diambil oleh Megat & Art direction oleh Ray. Diberi kesan gelap dan seram sesuai dengan upcoming drama kami.

15 hb ini...jangan lupa. Tayangan perdana Mydolla Eydolla 2 : The Ghost Of Mydolla

Ikuti temuramah khas bersama Farah, selaku Penerbit di post yang akan datang.

5 mulut cakap2 belakang:

Emy Hisyam Basri said...

'TUN' ray!
x femes u kata? mmg x femes pun, yg penting ada kelas hhheehheee...

Aiyoo... xboleh ke guna effect CGI megat 2 untuk mentouch up kan jerawat i... x hensem ok...

fara said...

OMG.. adoy. perut i dah sakitttttt.
bkn sakit nk memerut .. sakit sbb tergelak...

Motif bgtau I x leh cakap and bisu??????

Farazila said...

sejak bila lilo jadi tokey mee nie..
ayyo ray...informer u tue slp dgr kot....
:P

Lyn Yusoff said...

hahahahah...
sakit perut dibuatnyer..

motif ckp i ade kilang bantal.. kira kaya gak lah i ni.. malang nyer dah bankrupt.. huhuhuhu

saffy =)) said...

hahahha mmg ergelak k.. omg sorry k.emy but i tergelak part ray ckp u "bomoh hujan di masa lampau" ishkk ray ni..mcm2 btul aje idea die.. but dah kate movie merepek kan.. taukey mee la..bantal la.. kaya ok!! =)