Friday, November 30, 2007

All About Malaysia Airlines

Walaupun dah resigned, I am always proud to be ex Malaysia Airlines Crew. Without Malaysia Airlines, I won't be the person I am today. 10 years of service banyak mengajar ray tentang human touch (people skills), public relation and service. This advertisement keluar regularly kat tv in London...in 2005. Meremang bulu roma tengok. It's true...Our cabin crew is among the best in the world...you should be proud because it's Malaysian hospitality that we are representing.



Tahun 2004, Malaysia Airlines melalui perubahan besar. Cabin for first class dan business class diubah suai. Inflight service juga melalui perubahan besar. I was among the first yang dilatih melalui perubahan besar ini. I was chosen and rated as First Class/Business Class Crew (dedicated crew).



Watch this cabin layout and service for First Class and Business class, so that you can understand apa yang ray buat as peramugara di atas kepal terbang ni. Makanan yang disediakan, basically disediakan oleh peramugara dan dihidangkan oleh peramugari. Setiap perkara amat teliti dari cara penyediaan makanan hingga lah kepada cara menghidangkannya. Food presentation...adehhh yang paling susah nak buat sebab knowledge tentang makanan nak kena tip top.





First class service from KL to London will cost you around RM 24,000.00. Imagine that!

Yang bawah ni pulak...antara iklan terbaik yang ray pernah tengok. Bagi ray (I watch iklan airlines jugak) MAS memang terbaik dari segi advertisement.



Tribute untuk kawan-kawan ray yang masih terbang di langit biru......


Oh My God! Now I make myself missed flying!!!!!

Tuesday, November 27, 2007

The Road to Menara KL

Hari ini, kami berjumpa pihak Menara KL berbincang mengenai majlis yang akan kami adakan pada 15hb nanti. Alhamdulillah, Menara KL memberi kerjasama dan sokongan terhadap program ini. Sungguh senang bekerjasama dengan mereka. Perbincangan berjalan dengan lancar.

Selepas itu, kami terus ke lokasi program yang bakal diadakan. Bukan pergi jenguk-jenguk saja. Dari visit inilah, bermulanya kerja sebenar "event planner". You will gather as much info about the layout, so that you can plan the flow of the program. Meletakkan aturcara dalam sehelai kertas memang mudah tetapi untuk mengaplikasikan aturcara mengikut keadaan tempat, adalah satu cabaran.


Melihat dua pelatih Takumi & Ayyum(yang ingin belajar) bersahaja ajerrr apabila melihat site.....menaikkan bulu kening ray...hahhaha. So, I pop out few questions to make them think what's the purpose of we doing the visit. One question after another until they realise the reason of such questions were asked. Finally they get it and start working instead of loitering around. But I have to say, they have positive attitude....if they don't, they just walk off and leave the location. Keras je bunyi nya kan? Don't get me wrong. When it comes to work, you have to be serious. Or else, nothing will be done! I normally challenge people for better results. Experience of handling an event bukan datang bergolek begitu sahaja. VID's have benefits from the experience through DFC whether they realise it or not. For their own good.

Balik rumah saje, "Devil wears Prada" ditayangkan di star movies and Megat actually point out to me that I am Miranda Priestley : the bitch boss. Erghhhh! Am I that bad? hahahahaha.Jahatnya mulut ko megat. I am no where there. Because I'm not heartless ok!


Monday, November 26, 2007

Funny Advertisement

Below 18, skipped this part. What I love abt advertisement is the message. Created by creative people. It's not easy to create something or try to send a message in one single photograph. Yerp...all the message in one piece of shit. Some people might get it, some don't. I gathered few printed advertisements...funny ones.

The famous "Do Not Disturb" sign. Something that you hang on your room door knob so that the housekeeping staff won't knock at your hotel room door and screamed "Housekeeping !!!". Ladies, put one of these sign (pikca above), and I guess "peace' is what you will get. Hahahaha. Signs actually helps. It's part of communication. But this advert means something else. Tell me.

Ok ok this is funny. This is a male lion with messy hair (tak terurus). After using this product, miracle thing happen. Walah....rambut nya jadi kemas. Tapi....x macho langsung lion tu...mcm
singa drag pulak ray tengok. Baik punya pose. Adehhh! FYI, singa betina takde rambut ok...they all botak...mcm sinead O" Connor. hik hik hik

Yang pasti bila kita letak poster tepi jalan ada saje tangan yang gatal nak koyakkan. Tapi poster ini direka memang untuk dikoyakkan. Cuba la koyak lagi selapis ! Tengok apa jadi. (at yur own risk and u might get lucky). Kat mana nak cari poster ni? Cuba la kat Chow kit tu ha...kekkekek

Hurm...side mirror. pastu nampak benda alah warna hitam tu (kalau x silap ray) mengikut kepercayaan sesetengah agama, yang akan datang amik nyawa....apa kaitan kereta ngn benda tu. Safety issues kut. I mean you will feel safe driving this car?

Ingat tak? Magazine skrg banyak letak sample minyak wangi kat page advertisement dorang. Sape yang tak tahu malu tu dengan selamba sapukan page tu kat bajunya sbb nak bau-bauan free without actually buying that particular magazine. Not me but I saw my fren buat camtu...kesian kan...so I bought her a perfume for he birthday.

I warned you guys already. Don't blame me on this. Dirty minded akan fikir lain. If you think differently, you might have other ideas. So think hard...very very hard...aiyaiyai. He must love the pillar so much kan?

Ok la cukup la setakat ini...today's lesson? when you look at something look carefully....look as you have never look before. Don't simply jump to conclusion.....hahhaha. Pandai la ko ray ! suka hati ko la ...

Sunday, November 25, 2007

Karangan Si Kecil - Part 1


Bilakah kali terakhir anda membaca karangan yang ditulis oleh kanak-kanak yang berusia 9 tahun? Mungkin ada diantara pembaca blog ini terdiri daripada kalangan Ibubapa yang mungkin membaca homework atau buku sekolah anak-anak mereka. Apa ? tak baca? Haaa. As parents I think you should...jangan main jerit je "Arifff !! Pegi baca buku ! Buat kerja sekolah ke belum?" tapi never pedulik to participate. Kalau anak tak berminat nak belajar, jangan salahkan budak dan cikgu kat sekolah. Nak tarik minat mereka? participate and I'm sure they will appreciate.

Ray bertuah sebab dapat participate dalam dunia kanak-kanak. Selain daripada kanak-kanak di tadika ray, ray ada buat tuition untuk sekolah rendah. Yerp, you heard it right...Tuition. Banyak request from parents for me to do this. Last year, ray ajar seorang budak yang hyperactive, yang selalu merah je markah bila exams. Sebab masa tu ray kerja as flight crew, mana ada masa nak buat tuition ni. Ray declined. Tapi parents ni insisted for me to help their son dan tak kisah hantar anak dia mengikut masa ray. Ray tak sampai hati and agreed to help. Ya Allah cabarannya. Sejam rasa macam lima jam. Bila kita tanya dia angguk sambil senyum dan duk pandang je muka ray yang hensem ni...kekekke. Hasilnya, after four months (ermm about 5 session) he improved. He scored among the highest in school and his parents like so grateful to ray...Dari seorang jadi dua pastu tiga dan akhirnya 5 orang. Lucky for me they all improved.


So ray berpeluang lah membaca karangan mereka. So dalam part 1 ini, ray nak kongsi karangan one of my student...Ammar Shahir. Ammar pelajar tahun lima. Seorang yang suka tengok kartun dan kuat berangan, dan suka tanya soalan yang pelik-pelik.

Karangan ini ditulis tahun lepas dan ray tulis semula dalam e-mail dan hantar pada semua kawan-kawan ray. Tah macamana, tersebar kat semua orang di internet dan jadi versi lain sebab telah ditokok tambah. So, jangan terkejut kalau anda dah terbaca karangan ini. Ray tulis semula, versi asal karangan yang ray simpan di computer ray. Kita baca apa yang Ammar ni tulis.Karangan yang telahdihasilkannya tahun lepas.

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalambatang paip.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu pergi sebab mengantuk. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garpu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.

Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya.Emak saya tercampak ke dalam gaung.Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari dibelakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda laju cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.Pemandu lori menekan butang khas didalam lori dia..lori itu bertukarmenjadi robot Transformer.


Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkantangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!"dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.
Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis dipejabat polis itu terperanjat lalumati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Sebenarnya Ammar dikehendaki menulis apa yang disukainya. Sudah tentu dia tidak menulis seperti ini di sekolah. Di sekolah kita kena tulis apa yang disuruh dan terikat dengan peraturan penulisan dan macam-macam lagi. Sebagai contoh, kita tidak perlu menjadi penulis untuk menulis blog kita sendiri. Sesiapa pun boleh menulis blog. Menulis dari apa yang dirasa. Menulis dari hati. Tapi malangnya bagi kanak-kanak ini, mereka terlalu muda untuk diberikan peluang sebegini. So, ray berikan peluang tersebut tanpa sebarang peraturan atau tajuk tertentu. Kita boleh lihat minatnya meningkat. Kalau diberi tajuk yang tidak diminati, satu karangan pun sudah memakan masa untuk disiapkan. Tapi bila diberikan peluang untuk menulis apa yang mereka suka, kerja mereka dengan cepat disiapkan. Kata kuncinya ialah minat. Sebagai pengajar, kita mestilah memastikan tajuk yang diberikan mendatangkan minat. Bukan beri tajuk dan suruh mereka tulis. Pastikan mereka berminat dan hasilnya ialah kreativiti. Itulah cabaran jawatan perguruan, disamping mengajar hendaklah mendidik dan tidak lupa mendatangkan minat kepada mereka. Mengajar dan mendidik, rasanya tak susah tapi nak mendatangkan minat adalah satu cabaran.


Dari karangan ini saja kita dapat tahu personaliti Ammar. Rapat dengan maknya. Suka tengok kartun...transformer & ultraman (rasanya terdedah kepada tv bukan melalui pembacaan), tak suka mandi, anggap maknya sebagai seorang yang pemarah dan hero sentiasa mempertahankannya, suka bangun lambat, menganggap helikopter satu kenderaan yang hebat, suka ke Genting Highlands, selalu dipaksa ke pasar, part mati tu sbb terdedah dengan "Play Station" . Asyik mati saja penyudah game-game tersebut. Ray dapat mengenali Ammar melalui penulisan gaya bebasnya.

Ray bagi A+ kerana minatnya menulis dan A- kerana idea dan B untuk jalan cerita . Kenapa bagi banyak grade dan bukan satu grade? Children Psychology is my answer. I am not an ordinary teacher...hahhaha

Origin of T-Shirt & Jeans


Date of Birth : World War II

Originally worn as an undergarment (baju dalam) to get more wear out of collared shirts, the tshirt made its first fashion appearance as an image of the soldier, stripped down to his regulation undershirt, become a pin image for the girls back home. The white tshirt become the uniform of disgruntled youth of the 50's as it gradually became mainstream.

Its slowly made its way out into the open in the 50's and 60's, when it was first worn with jeans -by movie idols James Dean. Slowly after that, tshirt had become mechanic workshops to Gucci plastered their names accross the chest with logos, slogans and graphics.


Date of Birth : 1850

The first jeans were cut by Levi Strauss in 1850, who made them out of canvas from tents and wagon covers. Shortly after, Strauss switch from canvas to a tough cotton fabrics from Nimes in France.

For the 100 years, jeans were worn by farmers and workers, until the late 60's when they were embraced by american teenagers, who saw them as a symbol of anti establishment protest. A global phenomenon was born.

Since then, jeans have remained a wardrobe staple. These days you'll get away with wearing them almost anywhere, day or night.

Origin of sarongs, undies, pyjamas, thongs, sunglassess & g-strings?

Saturday, November 24, 2007

My Pick ! [Window Shopping]

When the last time I went shopping ? Hurmm..let's start the history of ray's fashion...hahaha...yikes! 10 years ago, I never bother what to wear. Just hop into the nearest departmantal store and hunt for tshirts. Hurm...sesuai je terus beli. Period. I shopped alone because I don't feel comfortable buying stuffs when my friends are around. For two reasons. First, they don't shop and intend to critisize a lot. Lucky for me, when I started wearing stuffs I bought...they kept their mouth shut.


Being a flight crew, actually kinda changed me. I have this desire to look good, simply because...people around me, look good. So, I dragged myself to shopping malls, looking for stuffs that suits me. That, simply not enough...I actually forced myself to bring friends who actually knows about "what to wear". Yerp, Stewardesses. I learned that colours plays an important criteria in order to pick what's best for me. And I also learned that NOT all colours suits my skin colour. Aiyaiyai.

My pick for today is stripes. Do you know that stripes do not look good for big size people? Why? they will look bigger...So lucky me...I thin so ok...stripes polo shirt would be allright...I guess. Colours? bantai je la...as long it's not pink or with glitters. I guess shirt [picture above] would be ok with me. What do you think?

Part of grooming, you must also smells good. My first perfume would be "Follow Me". NOT. hahaha. Polo is my first ever perfume. I also learned about cologne, body spray, deodorant, aftershave and hair clay. Yerp...ladies...ten years ago...there is such thing as Clay for hair. It's only recently people in malaysia started using clay on their hair. I would choose not so strong perfume because I don't have body ador. Lucky me huh? So CKone would be my choice this time.


Shoes. Before this I only put sports shoes on. Nike, Adidas or early days dulu...bata. Don't laugh ok...when you don't have pruchasing powers, your parents decided what shoes you should wear. Not complaining but they made good shoes in Gombak...hahhaa. When you are travelling overseas, it's important to have good shoes. During winter, you can't just put sports shoes on...you have to wear leather shoes so that your "kaki" won't sweat so much and produce bau stoking...hahhaha. You walked a lot..almaklum..pergi negara orang...mesti la nak kesana kemari walaupun kesejukan. Jangan fikir, bila sejuk, kaki kita tak berpeluh.


Sandals. At first, kinda weird wearing sandals. 10 years ago in KL when you wear one of these, you have this invisible mark on your forehead "GAY". So tak berani nak pakai. hahaha. Now different already lah. Masa kecik dulu, I pakai selipar jepun or orang kampung panggil "selipar jamban" sbb u intend to wear it in the toilet. Now, I do wear selipar jamban every where I go but yang colourful la. Dulu, selipar jepun comes only in one type...blue and white. wohhhhh! Sandals you can wear with khakis and jeans....

Kasut lagi. This is a good walking shoes. Yea..yea..apa bezanya ngn sport shoes kan? Sport shoes ada macam2 jenis. Tapak tebal sesuai untuk bersukan...for resistance. Nipis sikit sesuai for walking. Yang kurang arif pasal kasut akan main beli saje. Ada jugak ray notice yang guys pakai kasut tennis bila jalan-jalan or kasut jungle tracking for jogging.


Fokus on the shoes. Something yang teenagers skrg suka pakai. Tapaknya tak tebal sangat so....sesuai as walking shoes. Seluar tu looks so comfortable kan? nak nak...hahhaa. nampak casual sangat seluar tu. Cuttingnya buat orang yang pakai seluar tu nampak tinggi...so it's important to choose cutting seluar kalau taknak nampak rendah....hikhikhik.


This is an example on something that I should not wear. First, kaler orange coklat2 tu tak sesuai with my skin colour and second warna ungu tak sesuai untuk orang kulit gelap mcm ray ni. Kat Dafi ok la kut...hahaha. Ray pernah teman Dafi shopping once, and he is quite good in choosing what suits him best. He also intend to explain few things or tips (not for me) about fashion. He explains as he chooses [like a review] on choices that he have made for himself. So I listened lah...hehehe.

I am not an expert. Just sharing what I know and what I have learned. If you think that my pick or my sense of fashion not the right one...tell me why la. I'm still learning.

Sekarang takde duit nak beli baju so buat je la window shopping kat my blog ni je.

Friday, November 23, 2007

Balls Of Fury (2007)


Last Wednesday, with nothing else to do...out of boredom. I went to catch a movie. No movie title in mind at that time. Arrived Sunway Pyramid around 9 pm. Went straight to the ticket counters. We looked at the screen and see what is available next. Hurmm...Not much choice. Not knowing what to choose i left those decision to my two escorts...hahha. So they have chosen...Balls Of Fury.

Say What? never heard of it before but why not....? I was told it's a comedy. Not a bad turned out. Three quater full. I wait....as usual...after 10 minutes the movie finally started. Yey!

This is a good time movie. Its filled with silly humor and makes you laugh out loud. It fulfilled every expectation I had and was a stupid humor film that I absolutely loved. The only actor I known, is Christopher Walken.


For everyone who is giving this movie a bad review it was not supposed to be taken seriously. I mean come on its called "Balls of fury". Everyone who is saying the moving sucks or is a piece of "insert word here" really need to take a step back and look at yourselves. You are getting mad at a movie that is suppose to be funny, that is supposed to be stupid.

They know that they will not get an Academy Award. They didnt make it for that reason they made it so people could laugh and have a good time, its not their fault you don't have a sense of humor. If you want to rip on a movie, do it to a movie that wants to be taken seriously.


It's clearly not an oscar thingy so just have fun wacthing it. If you are into my state of mind (boredom)at that moment, then this is the movie for you. If you actually plan to watch a movie, very selective on what to watch and want the movie worth your RM...NOT a movie for you. Better wait for the DVD copy or maybe wait for it to aired on HBO next few months. Do whatever you like.

Aksi Dafi

Semua orang yang pernah tengok show Gempak Selebriti Astro tak la terkejut kalau tengok Dafi bergoyang gelek sakan bila dia jadi back up dancer untuk sesape pun. First time ray and the geng tengok Dafi gelek sakan masa kat GSA Seremban. Masa tu kelakar habis. I mean, I watch him dance before but nothing like this one.

Ray : "Oh My God ! Are you on medication or something or too much sugar in body system?"

itulah ayat pertama yang ray keluarkan when he called me right after the show. He just laughed out loud.

Ray : "Ada kakak kat depan aku tu ternganga mulut dia tengok ko"

Dafi : "Hahahah. Ya ke? I really had fun just now..."

Ray : "Hahahah I know" "We are having a blast too watching you"

GSA kat Subang Parade baru-baru ni...lagi-lagi bila Ray nampak Akma also in the list performing (mesti la Akma akan bawa lagu dangdut) I know Dafi somehow going to be the back up dancer dan repeat the same act again. Yerp true enough...here we gooooo again ! Hahaha Dafi.

Saje-saje la ray browse YouTube tadi and you know what...? Ray jumpa la klip ni...hahhahaha. Just watch and tell me what you think...and tengok sekali mcmana syawal beraksi...hahhaha


Wednesday, November 21, 2007

The Most Beautiful People In The World

I don't know how to rank them. But I admire them all. I used to have this habit, especially in overseas whenever i see them in a magazine...i terus beli. Tons of magazine collection. Well, since ray kurang sikit pergi negara orang...kurang la sikit perangai beli-beli magazine ni. Thank god ada kawan yang ada habit yang sama, so boleh la ray serang rumah dia dan duduk sehari suntuk baca magazine.


Kate Beckinsale - aiyooo. She is very very very sexy to me. I mean the way she talk, the walk and her little smile. Belum dengar slang british dia lagi...walauweiiii.




This macho guy Josh Duhammel, Very tall....ray teringin nak tinggi macam dia. Pakai tshirt putih cam mengong pun tetap nampak cantik kalo Josh ni pakai. My girl friends used to think that Josh is the ultimate hunk. Most of them lah.

Jessica Alba, my all time fav and that I have to share her with Dafi (mcm la dapat kan?). Dafi thinks that she's hot. To me she have THE bodylah. So bila ray bercakap ngn Dafi pasal Jessica Alba, we don't argue and seems to agree on everything about her.

This baby face hunk, Ryan Philippe catch my attention in Cruel Intentions. He looks young all the time even now. I have a friend who is older than me but actually look younger than me. Lucky bas****. But he is shorter than me ...so I win la. Height is everthinggggggg !!!!

John Stamos...the full house hunk....my sister nya fav. Banyak poster-poster john ni kat bilik my sis. Cerita dah lama ni. Cerita 15 tahun lepas. My sis sampai kena marah ngn my parents. But personally kan, he is a cool guy. Gentleman and sweet talker sikit kut. hahah just a guess.


Ashley Judd, ray pernah teserempak ngn Ashley Judd version clone kat KL. Tengok sekali, uishhh wow....tengok dua kali.....ashraff judd. (serkap jarang je nama tu). My best friend zaidi, kemaruk ashley judd ni sangat2. Pergi kedai vcd haram..semua dvd psal ashley akn dibelinya. Zaidi now ada kat London sambung belajar. Mana la tau boley jumpa kat London. kalo x jumpa jgk, Ashraff judd ada kat KL...hahahah.


Jared Leto, dalam my list sbb dia ni ex bf Cameron Diaz. So if Ms Diaz thinks that his hot...maknanya hot la dia.

Nicole Kidman yang dulu ray x pandang pun tapi selepas bercerai she is someone else already. I don't know what it is but admire sangat tengok dia kalo berlakun.

Setakat ini saja lah rancangan saya pada hari ini. Good nite . [tutup kedai]

Dafi FC - Sepanjang 2007

Ray mulakan dengan sebahagian drpd satu artikel yang disiarkan di dalam majalah URTV bilangan 709 yang ditulis oleh editor majalah itu sendiri..En Rosli Manah.

Kalau keaktifan kelab peminat seseorang artis diukur pada kekerapan mengadakan aktiviti bersama-sama mereka, rasa-rasanya Dafi fan Club (DFC) antara kelab yang sangat aktif.

Ada saja aktiviti yang mereka lakukan dalam usaha mengeratkan hubungan sesama ahli serta hubungan dengan masyarakat luar.

Bangga dengan pencapaian DFC setakat ini. Yang lebih membanggakan semua usaha Dafi FC ini adalah usaha kelab peminat sendiri. Tiada bantuan kewangan luar seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Keluarga Dafi tidak terlibat dalam urusan pentadbiran DafiFC. Dana dikumpul hasil penjualan produk DFC dan sumbangan Dafinites sendiri. Kekuatan DafiFC terletak pada Dafi, VID, dan sokongan serta kerjasama antara Dafinites. Itulah kelebihan DFC.

Ray akan flash back aktiviti DFC dan disertakan dengan gambar exclusive yang ada diantaranya tidak pernah dipublish dimana-mana sebelum ini.

Aktiviti DFC [Jun - Dec 2007]

Aktiviti DFC
-Mesra Bersama Dafi @ Bukit Jalil
-First Dafinites Get Together @ A&W Subang Jaya
-"Red & Wild" Bowling @ Sunway Pyramid
-Annual General Meeting @ Sunway Pyramid
-Lawatan Rasmi @ Asrama Anak Yatim Darul Taqwa
-Bersahur Bersama Anak Yatim Darul Taqwa
-Mesra Aidilfitri - Kampung style @ Kg sungai Kandis, Klang
-Mesra Bersama Dafi 2 @ Bera - Karnival Parlimen Bera


Tour Bersama Dafi
-Dafinites Sales & Services Booth @ GSA Seremban
-Dafinites Sales & Services Booth @ Suria FM Concert, Bkt Jalil
-Dafinites Sales & Services Booth @ GSA Kota Bharu
-Dafi @ Era Showcase - Mahkota Parade Melaka
-Dafinites Sales & Services @ Alor Setar - Konsert Reunion AF5
-Dafinites Sales & Services Booth @ GSA Subang Parade


Aktiviti Jemputan
-Boling anjuran Zila FC @ Mid Valley
-Boling Raya Alamorphosis @ Times Square


Aktiviti Bersama (Kerjasama)
- Pra Dengar Bila Terasa Rindu @ KRU Office
-Dafi @ Konsert Tadika Rumah Si Kecil, Seremban - Promo Single BTR
-An evening with Dafi @ KL Tower (Dafi's Birthday)

Dari bulan June - December 2007, dalam tempoh 6 bulan aktiviti diatas telah cukup membuktikan fakta DFC antara kelab perminat teraktif.

Aktiviti Utama 2008 (Perancangan) setakat ini.
-Inter FC's Games (TBC)
-Tour Bersama Dafi @ Pangkor Island
-Annual General Meeting
-DFC Aidilfitri Open House
-DFC Annual Dinner & Appreciation Night @ Dafi Birthday


DFC - "Dare To Be Different"

Monday, November 19, 2007

Tribute to Adam


Petang tadi sebaik saja ray skodeng page dan blog kawan-kawan, ray dikejutkan dengan satu berita. Adam yang juga direhatkan due to personal reasons, decided to resigned as DFC Vice President1. Let me flash back adam nyer involvement dlm DFC.

Adam Arjuna dikenali oleh ray melalui online. Kerap online dan drop komen di ruangan forum. Bila ray created VID position, ray memang tgh mencari sesiapa yang layak. Bukan mudah kerana, ray tidak mengenali sesiapa secara peribadi. Tapi pada masa itu, VID adalah bukan ajk (tidak diiktiraf oleh AJK protem) dan ray adalah ajk new media. VID pada masa itu hanya ditugaskan untuk memantau forum dan membantu ray menjalankan tugas-tugas online.



Dalam usaha mencari VID, ray juga mencari seseorang yang berada di sekitar KL untuk membantu ray mengemaskinikan website. Ray pada masa itu masih bekerja sebagai seorang peramugara. Kadang-kadang berminggu-minggu berada di perantauan. Someone must attend meeting on my behalf when I am not around.

Adam adalah calon yang paling layak kerana beliau tinggal di Shah Alam, sudah bekerja dan mempunyai kenderaan sendiri. Ray menjalankan temubual melalui telefon dan akhirnya dia bersetuju untuk membantu ray.

Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, amanah, kesanggupannya, karismanya, disenangi adalah kriteria yang ada pada Adam. Adam diuji pada konsert akhir Akademi Fantasia dimana booth DFC dibuka dan ray tidak dapat hadir kerana tugas. So Adam lah yang menggantikan ray stelah dipersetujui oleh Vernon. Dari pemerhatian Rins, naib presiden 2 pada masa itu (sekarang beliau menyandang tugas sebagai bendahari) merasakan adam sangat rajin dan very independent in his work.



Moment yang tak dapat dilupakan ialah kali pertama kami berjumpa Dafi dimana ianya juga sesi Dafi bersama wartawan yang diaturkan oleh Vernon. Sesi tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada Dafi tentang dunia kewartawanan. Sampai ke malam dan dinner bersama Dafi. Wartawan yang ada ialah kawan-kawan Vernon iaitu Jol dan rudy. Turut serta blogger terkenal kak red. Pada sebelah malam, Dafi buat kali pertama chat di chat Box DafiFC.

Ujian ke dua dimana kami diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program mesra bersama Dafi di Bukit Jalil. Dalam masa seminggu, Adam dan VID lain bertungkus rumus menyiapkan database keahlian yang pada masa itu mencecah angka ribuan. Bayangkan dalam tempoh yang singkat itu adam terpaksa memasukkan data pendaftaran satu persatu. Ianya memerlukan kesabaran dan itu sudah cukup memperlihatkan dedikasinya.

Adam, I appreciate your contribution and your hardwork! You are also a very caring and a good friend yang sentiasa menghormati ray sebagai orang yang lebih tua daripadanya.

Banyak sebenarnya cerita mengenai Adam yang tak cukup ditulis di dalam blog semata-mata. I wish him all the best really. Keputusan Adam itu dihormati dan berharap Adam will remember us.

Adam....thank you from the bottom of my heart.


I'm back but still away?


Semua macam terkejut bila ray datang GSA. Right after GSA, ada DFC meeting, nak bincang pasal our upcoming event. Since I'm free, why not come la kan?

Meeting kali ni melibatkan Dafinites. Itupun xde la ramai. 3 orang. Ayyum, Takumi san and Dayah. VID lain semua busy dengan commitment masing-masing. So, others have to help out. Event ni quite big but less involvement from VIDs this time.

The fact is Im still away. Walaupun dah balik tapi my work tak habis lagi. I might go back there to follow up on few things. Dafi pun busy giler. Masa ray balik, Dafi is in Brunei. Ahad, GSA and the next day (today) he is off for a cruise trip. Part of his work for promotion. After cruise je, terus ke Bangkok...he will shoot an advertisement there. what advert? don't ask me...I have no idea advert apa. He will be in Bangkok sampai hujung bulan. Balik dari Bangkok, he will then go Penang pulak.

The last time ray betul2 jumpa dafi pun masa RSK nya event in Seremban. Yesterday, walaupun dafi ada di Subang parade, pass2 barang saja, signal2 dari pentas and that's all. Apa2 pasal DFC, I can only sms him or talk to him bila dia betul-betul free. Itupun, before his bedtime. He is damn busy....ray pun busy bagai nak rak. So nak cari masa almost impossible la weiii.



Even that Im away...kalau ada masa tu, ray akan involve sikit2. Dafi is a friend and I've promised to help him out. I am worried abt this event but at the same time trust jgk the team can make it happen as long as they put personal problem aside. people changed but the show must go on.

I will be in Seremban this week. My learning center tgh renovate for better facilities next year. I have to be there to control budget and stuff.

After writing this blog ray nak ronda2 kat blog kawan-kawan. Guys...here I come.


Aksi Dafi

Subang Parade - Gempak Selebriti Astro -18 Nov 2007. Last minute punya show for Dafi. Ray pun dapat tahu 2 hari sebelumnya yang Dafi akan join GSA tersebut. Jadual yang Dafi bagi Ray berubah atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Sbb last minute, ray call Zac from ASTRO and dapat la dua meja untuk jual DFCnya stuff and CD Dafi.


GSA kali ni tiada sesi sain menyain tapi sesi salam menyalam diakhir persembahan. Marilah kita beratur untuk bersalam-salaman ya. Ini end session utk semua artis AF.



Masa ni Dafi nyanyi lagu "Bila terasa rindu". Menyanyi dengan penuh penghayatan. Ada feel. Well, to me dafi nyanyi dengan baik. Tak keterlaluan, kalau ray katakan yang terbaik setakat ini. (dari apa yang tonton secara live)


Dafi & Syawal berduet lagu "Pecinta Wanita". Yang peliknya Dafi pakai sunglasses. Maybe required to do so kut. Apa yang ray ingat, dafi pernah kata dia tak suka pakai sunglasses masa persembahan...takde eye contact...katanya. Well true enough, masa Dekna naik pentas nyanyi verse perempuan, dia bukak sunglasses dia dan pakaikan kat Dekna.



Ini lah rupanya kalau dafi didukung. Berat? 65 kg. Berat gak tu. Dafi dan peminatnya menang cabaran tersebut. Tak sia-sia diangkat ya Dafi. Berat 65kg tu berat masa kat AF. Berat sekarang...hanya dafi, gym instructor dafi dan Allah saja yang tau...hahahhaha



Lagu "Tiada Logika" oleh Noni. Dafi jadi back up dancer. Part menari ni....energey level Dafi naik secara mendadak. Tah mana datang tenaga Dafi ni? Aksi Dafi di GSA seremban di bawa semula di GSA Subang Parade.



Permulaan lagu... "Apa agaknya khabarmu disana...? Disini ku sedang dibelenggu rindu" kata Dafi. Eye contact...bagus ada improvement. Interact dengan penonton? good.....Feel...good lebih-lebih lagi part chorus. Pitching? tanya Amy sbb dia pakar pitching DFC skrg. Sejak buat kelas vokal ngn Cikgu Siti Hajar ni...Amy semakin cemerlang, gemilang & terbilang.



Aksi dafi bila menari. Tak henggat ya. Lepas show he sms ray "Lepas geram menari aku tadi". Itu maknanya dia puas dan enjoy. Ray balas "Ko memang over!" (bergurau). Ada la sorang dua Dafinites perempuan yang btau kat ray...Badan dafi dah tegap la skrg. Ray sms dia btau...Dafi membalas "Kan gi gym...hahaha". Nyesal ray bgtau...huhuhu.


Dafi sudah dikenali sebagai susah nak ketawa. Tak susah sebenarnya. Ni, nampak senang je...ya tuan-tuan & puan...gelakkan orang. Masa ni the AF girls gelek dangdut...itu la yang dafi gelakkan tu. So formula nak bagi dafi gelak " Gerudi ya".

Pesanan Dafi pada VID dan Dafinites yang datang "Good job yang tolong jaga booth " "cakap kat dorang thanx so much and VID's...i miss u guys a lot". Ray quote pesanan Dafi through sms.

6.07pm...dafi dah sampai rumah. Ray sampai rumah jam 11.40 malam.

Sunday, November 18, 2007

Not My Day

Erghhh !! Today is not the day for me. Dari awal pagi sampai la tengah malam, macam-macam hal. Ada saje benda tak kena. My friends told me that I think too much. Yerp, kinda agreed with that. Banyak sangat fikir. I'm not that good at ignoring things. I always put others first and at times kinda suck being just that.

How to solve a problem when you don't even know what it is? Weird huh? People around you react differently and you kinda feel there's something wrong somewhere. How to pretend like nothing happen?

Well, other people businesses, are not my business. But when that someone you care, react towards you differently...your surrounding changes. No mood to work, you can't sleep, you can't concerntrate, you easily pissed off, ada aje benda tak kena. I am in a mess.

Dalam perkara yang tidak berkenaan dengan mood ray hari ini....I'm back home last night. Sempat jugak tengok AC disini siaran ulangan tengahari tadi di ASTRO RIA. Guest...Danny Xfactor, AdamAF2 dan Syawal AF5. Ada lerr beberapa perkara yang peminat Dafi tak berkenan.

Ray copy paste komen yang ray terima melalui e-mail ray.
Satu, dorang [Danny. Syawal & Adam] nyanyi lagu BTR with one kind of manner [seolah-olah mengajuk-ngajukkan/mengejek dafi dan lagu tu], Second...soalan yang ditujukan pada syawal oleh AC [pasal dafi] tah apa-apa tah. And third, jawapan syawal yang tak sensitif pada kawan baiknya. Soalan tu mengaitkan Dafi.....yang ditujukan pada Syawal. Tentang Syawal dikatakan minat kaum sejenis dan Dafi was mentioned sbb diaorang rapat. Jawapan Syawal...dia berkawan dengan semua orang tak kira latar belakang org tu macamana[good answer] tapi apa kaitan dengan soalan yang diberikan. Dia lupa part Dafi tu. Dia defend dirinya tapi terlupa nak defend kawan baiknya itu.

Seolah-olah mengiyakan yang Dafi ialah people of that sort. Jawapan yang sepatutnya ialah "Tidak saya lelaki tulen dan Dafi adalah kawan baik saya". Kalau AC tanya..."Syawal dikatakan selalu berkawan dengan lelaki lembut, apa komen syawal?" Barulah jawab yang dia tak memilih kawan dan berkawan dengan semua orang.

Terfikir pulak, apa pula jawapan yang Dafi akan berikan sekiranya diberikan soalan yang sama.



Dalam email yang lain pula ray quote sebahagian komen.

"Tak la berniat nak melaga-lagakan syawal ngn Dafi. Xkan ada effect pun. Pastinya hubungan dorang tetap baik. Cuma peringatan yang sensitivi itu perlu dan x boley offguard dengan soalan-soalan panas AC. Belajar dari pengalaman...."kata salah seorang Dafinites dalam email kepada ray.


I received 5 emails on my inbox and 3 sms about this. Ray dah jadi biro pengaduan dah pulak. Kalau dah 8 orang cakap....yang kebetulan ada no fon/email ray.....yang lain? lagi ramai la kut....rasa benda yang sama.

No idea apa perasaan Dafi pasal hal ni. He just got back from Brunei this morning.


Teringat masa di GSA Kota Bharu, Raja Lawak dengan bahan lawaknya pasal Dafi. "Baik penyerrr" meniru gaya Dafi. tiru aje xpe tapi ni siap lembik kan badan dan pelatkan dan gedikkan suara. Fine! If you do it once. But they repeated this act for few times. Motif ???? Tak kelakar langsung !!!
After few performances, here we go again....lagi sekali.
Am I being defensive? A big NO. They look kinda stupid doing that dan lagipun takde yang gelak pun. Akhirnya siapa yang malu? Mereka jugak yang malu pastu libatkan Dafi pulak. Memang la xleh nak control issue2 mcm ni tapi sekadar meluahkannya. Hampehhh!

Lawak meniru gaya artis lain tu berpada-pada la weiii. Do it with style sikit mcm Dato' Jamali Syadat. Ada isi dan tidak mengaibkan orang lain.

But, I must say...zainal alam kadir, farish dan fitri are doing great job. Xde la ngutuk2 orang lain pun.

Berbalik pada mood ray tu...hahhaha harap2 esok tak mcm hari ni lagi. Esok ray akan ke another GSA - Gempak Selebriti Astro dekat Subang Parade, Subang Jaya. Dafi akan perform.

Saturday, November 17, 2007

Poster Mualaf



Masuk blog Yasmin Ahmad dan tertarik dengan poster filem terbaru Yasmin Ahmad, Mualaf yang dikatakan agak kontroversi.

According to Yasmin in her blog, poster ini hasil kerja Ng Choo Seong (yes, Jason!), and the photograph was taken by David Lok (the guy who played the chief gangster Jimmy in "Sepet"!).

I am always a fan of Yasmin Ahmad's film. No matter how controversy...isi filemnya amat dalam maksudnya. Kita selalu menyalahkan atau tidak selesa dengan benda yang kita anggap di luar kebiasaan kita. Tapi, sekiranya minda kita tidak sempit...kita akan belajar menerima yang issue-issue yang dibawakan, ada kebenarannya. Pada yang malas berfikir, lain pula pandangan mereka.

Ray belum lagi menonton filem ini. Akan menontonnya bila filem ini keluar kelak. Yasmin pernah keluar dalam sebuah program luar negara (tak ingat apa) dimana beliau telah diwawancara. I can't remember the exact words but she told viewers that she write from her heart and her observation through life. Ideas normally datang dari minda tapi idea filemnya datang dari hati.

Berbalik kepada posters yang rasakan simple dan menarik perhatian ini, ada juga kontroversi yang timbul. Ada yang kata telekung yang dipakai Amani menyerupai pakaian "sister" atau "nun" di gereja cuma ianya berwarna putih dan bukan hitam. Juga issue sah ke sembahyang kalau dahi ditutup ketika sujud. Macam-macam kan? Sampai ke situ pulak kan? Bagi ray, cepat sangat ianya dikaitkan dengan telekung bila seseorang itu dipakaikan something yang berwarna putih dan labuh. Ada jugak yang kata, telekung tu takde kerawang2 dan x related dengan budaya wanita islam di Malaysia. Kalau ianya telekung sekali pun, ada ke design2 tertentu yang ditulis rupa atau design telekung yang sepatutnya. Ada ke? huhuhu. Ray pernah buat umrah dan bila di tanah suci, macam-macam style telekung ada.

Issue ini terlalu subjektif/sensitif untuk diperkatakan. Rakyat Malaysia ni dah terkenal dengan sensitivitinya dalam segala hal. Apa kata kita tengok dulu filem tersebut dan komen selepas menontonnya.
Mesti tonton !