Wednesday, October 31, 2007

Mr Dafi VS Mr Square Pants


Apa persamaan antara Gadaffi Ismail Sabri dengan Sponge Bob Square Pants?

Senaraikan lima persamaan.

hahahah

Ne Me Quitte Pas


Memikirkan semula apa yang terjadi semalam, sedih la jugak. Ray tak peduli sangat pada orang yang mencetuskan konflik semalam. Yang membimbangkan, hati dan perasaan setiap adik-adik ray di asrama tersebut.

Ya, mereka memang banyak masalah. Antara mereka ada yang suka ponteng sekolah, degil, kurang bercampur, kasar, lemah dalam pelajaran dan macam-macam lagi. Bila meraka didekati, kita nampak seorang individu yang perlukan perhatian. Disebalik masalah itu, mereka amat menghormati ray. Hormat? Without fail mereka akan bersalaman dengan ray bila ray datang dan sebelum ray balik. Ray dikerumun oleh mereka dan mencurahkan isi hati mereka.

Ray tidak mempersoalkan langsung cara pihak tertentu untuk mendisiplinkan mereka. Mereka berhak. Ray hanya cuma memberi alternatif lain untuk mengubah sikap mereka. Buat salah mereka akan dihukum atau dimarahi. Pendekatan ray ialah menasihatkan dan cuba memahami punca mereka melakukan kesalahan itu. Itu alternatifnya bukan gantian kpd cara mendisplinkan mereka.

Sebagai permulaan, ray dan rakan-rakan memberitahu mereka, setiap apa yang kita buat akan ada akibatnya. Walaupun bila kita dewasa nanti. Ponteng sekolah akan dihukum, ponteng kerja akan dihukum juga. Sebagai langkah pertama, ray memberitahu mereka...semua ini atas pilihan mereka sendiri. Tak suka dimarahi, jangan buat. Mereka ada pilihan untuk dihukum atau tidak. Adik-adik ray ni, kalau ponteng sekolah ray takkan benarkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti kami. InsyaAllah mereka akan berubah. Tanda-tanda positif ada kelihatan. Cuma masa tidak mengizinkan.


Apa yang berlaku semalam mendatangkan kemarahan pada adik-adik ray ini. Dan juga rasa bersalah. Kerana mereka menjemput ray dan rakan-rakan, akhirnya kami dihalau. Dihalau oleh orang yang mereka kata...yang jarang datang.

Bila difikir semula, semasa lelaki kurang sopan itu balik...tak seorang pun datang bersalam dengannya. I always believed that "In order to be respected, you must respect others first". Kalau budak2 ni x salam kamu, apa salahnya pergi kepada mereka dan salam dengan mereka dahulu. Itu yang ray dan kawan-kawan ray buat sebelum ini.
I also believed that "You can't demand respect, you have to earned it". If you tunjuk kuasa, mereka akan berpura-pura menghormati dan tidak ikhlas.

Apalah nasib adik-adik ray selepas ini. Kehadiran ray dan rakan-rakan hanya untuk membantu. Keputusan terletak pada mereka yang berhak. Dengan rasa berat hati, kami akan mengundur diri. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Walaupun mereka mungkin tidak merelakan pemergian kami.

Tetamu Tidak Diundang ?

Petang tadi ray dapat sms dari Lyn mengajak ray ke rumah anak-anak yatim malam ni. Malam ini ada majlis makan perpisahan kerana Uztaz Husaini & Ustazah Ayuni akan meletakkan jawatan mereka sebagai warden asrama. Tergerak hati nak pergi kerana ray dah kenal kedua-duanya. Mereka adalah penjaga kepada adik-adik angkat ray ini. Mereka selalu berkongsi pengalaman dan masalah mereka menjaga anak-anak yatim dibawah jagaannya.

Tapi segan la pulak rasanya. Masa Mesra Aidilfitri, hanya lapan orang saje yang hadir kerana yang lain tengah menduduki peperiksaan. Rindu jugak nak tengok adik-adik yang lain.

Selepas berfikir, ray pun ambil keputusan utk pergi tapi sekitar jam 9malam selepas majlis tersebut bertujuan untuk tidak mengganggu majlis tersebut. Nak juga ucapkan good luck pada Uztaz & Uztazah.







Gambar diatas diambil semasa lawatan kami ke asrama sebelum ini.

Mereka punyalah happy bila ray dan lilo sampai. Masa tu mereka baru selesai makan malam. Kami dijemput makan oleh Ustaz & Ustazah tapi kami menolak dengan baik. Sempat berbual-bual pasal majlis Mesra Aidilfitri dengan mereka. Ada juga tetamu lain disitu.

Lepas borak2 rasa nak undur diri dah. Amy & Lyn datang sekitar jam 9.40 malam. So, ray decided to stay a bit longer. Jam kat dinding dah jam 10 malam. Lyn, Amy & Lilo lepak ngn budak2 perempuan kat atas asrama perempuan.

Masa ray duduk, ada la seorang lelaki tanpa memperkenalkan diri menghalau kami dan mengugut sekiranya kami tidak balik, dia akan memanggil polis. "Ini asrama dan kamu tidak dijemput" katanya. Ray dimarahi di hadapan Uztazah, Ustaz dan penghuni asrama. Terkejut dengan caranya menegur. Kerana hormat, ray terus meminta maaf. Menghiraukan maaf dari ray , terus ray dimarahi. Ray masih tidak mengetahui identiti lelaki tersebut.

Dengan segera ray cepat2 bersalaman dgn adik-adik ray sebelum balik. Perasaan marah daripada adik-adik kesayangan ray ini keluar... tanda tidak puas hati mereka kerana kami dilayan dengan buruk sekali. Ray cakap kpd mereka "jangan cakap mcm tu" "takpe la abg ray balik dulu k". Ustazah menangis kerana rasa bersalah. Kemudian kami sekali didatangi lelaki itu dan sekali memberi amaran yang lebih keras diberikan. Kami kemudian beredar dengan segera kerana tidak mahu memburukkan keadaan. Semasa ray dibawah, ray memberanikan diri berjumpa lelaki tersebut dan sekali lagi memohon maaf.

Dalam perjalanan balik, ray terima sms dari Ustazah

"Ray, Lyn, Amy, Lilo...mintak maaf sgt2...sedih sgt apa yg jadi tadi...smpai hati dorg...xpatut buat mcm tu. Ayu, Ustaz & adik2 kat asrama mintak maaf yang teramat-amat"

Kecik hati jugak ray bila dilayan sebegitu rupa tapi sama sekali tidak menyalahkan Uztaz, Ustazah & adik-adik.

Jelas kedatangan ray dan yang lain-lain tidak disenangi oleh mereka. ray dah mula rapat dengan adik2 ray ni dan sekarang issue ini pula timbul. Penglibatan kami akan ray kaji semula supaya tidak menimbulkan masalah kelak.

Dengan rasa berat hati, satu keputusan akan diambil.

Tuesday, October 30, 2007

Another Busy Week


Lepas habis "DFC Mesra Aidilfitri"....I'm working on my next event "Graduation Ceremony & School Concert" which will be held in Seremban. Yerp...untuk si kecil from Tadika Rumah Si Kecil. With "Musical P. Ramlee" as a theme. Gambar diatas semasa lawatan ke "Tugu Negara" pada bulan Ogos yang lalu.

Guest of honour, Dafi & Cikgu Najmi with 90 students and with more than 200 parents will be attending. Lucky enough for me to have the support from Dafi, Cikgu Najmi & DFC team. VID Azim will be the host for this event.
Asalnya, tak terfikir langsung pun nak jemput Dafi...
Ogos lepas, ray tgh bawak si kecil ke eyes on Malaysia, tugu negara, taman rama-rama. Masa sibuk2 tu, dafi call ray...and tanya ray tgh buat apa...i told him tgh buat tour...then he pops up the question "Bila nak jemput ni pergi jumpa budak2 tadika ko ni?". "Why not set up a date so that I can meet up with them" he said. "Nak ke ko datang Dafi?" ray tanya. Dafi balas " Of course...I will". Ray pun terus mentioned kat Dafi...tadika ada konsert this Nov. Dafi then replied "Check out with AC wther Im free or not on that particular date...if there's nothing...I would glad to come".

Ray rasa sangat terharu dengan sokongan Dafi dan kesudian nya utk datang.


Persiapan akhir sedang dijalankan. My sister tgh sibuk latih si kecil untuk persembahan. As for me...tgh go through events and aturcara...walaupun dah masuk 5 kali handle the same event ....tetap suspen on the outcome.

Monday, October 29, 2007

Home Sweet Home



Ini apartment yang ray beli few years back. Setelah apartment siap, ray renovate sikit...ikut citarasa sendiri. Lepas tu ray tinggalkan apartment to kosong. Masa ray kerja flight crew dulu, ray duk kat USJ...pick up to airport senang. Then orang tanya, abis tu apasal beli rumah corok sangat. My answer is "jualan murah and can't resist". The house harganya sama dengan kereta ray.


So rumah ini consider as rumah persinggahan. But lately, Ive spend most of my time here sbb tgh bercuti panjang. When ray start ke sana kemari, Megat akan jaga rumah ni. He rented a room. At least ada org duduk dari dibiarkan kosong.


Wall rumah ni warnanya ialah warna hijau dan dipadankan dengan dark wood furniture. Takde concept tertentu. Rumah ni akan nampak sejuk saje because of the colour. Dulu masa berangan nak design interior rumah, fikir nak beli kat Ikea saja. Tapi hajat x sampai sbb when it comes to budget you can't always get what you want. Kalau pandai cari boleh dapat harga yang lebih murah. Kerja agak remeh tapi setelah siap kepuasan nya lebih kerana hasil usaha sendiri.


One thing about this house ialah natural lightingnya. Kalau ambil gambar siang ke malam ke, hasilnya akan memuaskan. Gambar kat atas ni, tidak perlu menggunakan flash. Disebelah malam, setiap sudut ada lampu bagi menerangi sudut-sudut tertentu.



Ini path way to bedrooms. I painted all the doors white and the door frames as well. I hang gambar with dark wood frame with lukisan sketch Megat. Lampu di bahagian hujung untuk menerangi jalan ke bilik tidur.



Ruang yang paling tetamu suka ialah ruang santai - buku yang sengaja disusun dilantai> Tingkap yang rendah buat cahaya masuk dan seronok duduk diatas lantai. Biasanya, bila kita duduk di lantai, kita xnampak apa-apa sbb kebiasaan tingkap tinggi. Tapi at this corner you can seat on the floor...read and nikmati the view and then terus tido...huhuhu

I am the homely type of person. A place you call home kena selesa. Bila balik nak berehat setelah penat bekerja, suasana rumah akan membantu proses rehat tersebut. Kecil atau besar rumah itu x penting. Setiap ruang digunakan sepenuhnya. Ada caranya untuk rumah nampak luas dengan susun atur barang-barang. Ada cara nak bagi rumah nampak bersih dan xperlu dikemas setiap hari. Selain yang ditunjukkan ada lagi ruang private mcm bilik tidur (perlu ke ray tunjuk) dan an office tempat ray bekerja kalau dari rumah. Specialnya office ini kerana ianya juga sebuah studio lukisan megat. Nanti in my future post ray akan tunjukkan k.

Sunday, October 28, 2007

Mesra Aidilfitri Part3


Alhamdulillah, Mesra Aidilfitri DFC berjalan dengan lancar. Cuaca baik. Sambutan hangat. Kemeriahan dapat dirasakan. Yang paling membanggakan kehadiran pihak media. Lebih daripada 20 orang. Yang Berhormat Dato' Ismail Sabri, isteri dan keluarga turut hadir...hehehe

Buat kat kampung...mana tak meriah kan? Biarlah gambar-gambar dibawah menceritakannya.




Mesra Aidilfitri Part2


Jauh la Ray! rata-rata itu komen pertama yang ray dengar bila tetamu DFC sampai. Ada yang sesat dan tercari-cari lokasi Mesra Aidilfitri Dafi Fan Club ini. Memang telah kami jangkakan komen-komen tersebut. Dalam misi mencari kelainan itu, kami korbankan atau take that risk on that part. Bukan kami sengajakan. Bukan nak menyusahkan. Ray ingin membawa Dafinites dan tetamu ke kawasan kampung sebenar. Perjalanan saja dah rasa macam nak balik kampung rasanya....Tidak dilupakan, program sebegini harus dibawa di luar kawasan KL bagi peminat Dafi yang lain. Peminat Dafi di Kampung sungai Kandis pula merasakan sebaliknya. Bangga kerana Dafi datang ke kampung mereka. Jalan kaki saja dah sampai. Teruja, kerana artis baru ini bertandang ke kampung mereka.


Program pertama kami, Mesra Bersama Dafi...kami jalankan di Bukit Jalil. Program kedua, Mesra Bersama Dafi 2 pula diadakan di Bera, Pahang. Program bersahur Bersama Keluarga Angkat pula diadakan di Asrama itu sendiri iaitu di Jalan Kuchai Lama..Kuala Lumpur.

Sekarang bayangkan situasi, yang program pertama di KL, program ke 2 di KL dan program ke 3 juga di KL.


Yang pasti, setelah program ini berakhir...jika dihayati betul-betul konsepnya ianya membawa kelainan. Konsep gotong royong antara penduduk kampung dan ahli kelab mengendalikan majlis tidak ada pada majlis yang lain. Jiran rumah terbuka juga bergotong royong. Dari meyiapkan juadah (tiada khidmat katering), berkemas membersihkan laman, menghias semua dilakukan sendiri. Inilah sumbangan keluarga tuan rumah, jiran-jiran, ahli kelab kerana khidmat mereka tidak dibayar dengan wang ringgit. Pada satu masa dulu, kita biasanya bergotong royong untuk rumah terbuka seperti ini. Sekarang....?

Upah katering, upah pelayan, pekerja hotel menyiapkan tempat....kita datang terus kendalikan majlis adalah satu kebiasaan.

"Dare to Different"


Bukan itu saja kelainannya. Majlis ini di jalankan oleh Ahli Jawatan Kuasa itu sendiri. Semua AJK turut naik ke pentas mengacara secara bergilir-gilir dengan konsep rumah terbukanya. Memperkenalkan diri... berbual-bual dengan topik yang berbeza, menyampaikan maklumat dan berhibur. Bukan nak glamour atau nak menonjol diri, hakikatnya...penggerak sesebuah kelab harus dikenali kerana mereka lah yang akan berurusan dengan ahli-ahli kelab.


Apa yang kita dapat bila menyertai program-program fan club? Dapat jumpa Dafi. Kalau itu sajalah yang kita mahu....kita cari sajalah Dafi diprogram-program luar atau konsert Dafi yang lain. Pergi saja ke Gempak Selebriti Astro...anda akan dapat apa yang anda hajati. Tengok konsert, ambil gambar pastu balik....

Menyertai program yang dianjurkan fan club ada kelebihannya sendiri. Anda akan dapat pengalaman dan persahabatan. Dan sekiranya anda melibatkan diri secara langsung dengan menjadi AJK anda akan dapat pengalaman yang tak ternilai harganya. Bukan sahaja untuk Dafi tapi untuk diri kita sendiri. Pengalaman mengendalikan majlis dan sebagainya.

Saturday, October 27, 2007

Menjelang Mesra Aidil Fitri - Dafi Fan Club - Part1


Seawal pukul 6 petang hari ini, menjadi saksi menunggu khemah dipacak. Kedudukan khemah perlu ditentukan dengan hati-hati memandangkan tempat adalah terhad. Khemah selesai dipasang pada jam 9 malam. Kenapa x percaya? Nampak mudah kan? tapi tidak sebenarnya.


Setelah khemah siap meja pulak yang harus diset up. Warna merah dan putih menjadi pilihan. Sekitar jam 9pm, serombongan VID lelaki datang untuk set khemah buffet, pasang lampu dan siapkan backdrop.Lampu kelip2 dipasang oleh VID Fendy sampai terkena letrik....zetttttt zetttt.


Sambil berbual-bual kosong kerja tetap berjalan. Senarai tetamu dikemas kini oleh VID Lyn. Aturcara di semak semula oleh VID Azim. Pembahagian tugas keesokan harinya diteliti semula. Dan semak aturcara semula. Pentas dipasang. Lampu kelip dipasang. Backdrop dinaikan. Fit dan Shapiq tampal backdrop sambil dikawal selia oleh VID Adam. Dan aturcara lagi sekali disemak semula. Cat's dropping dijumpai oleh VID Lyn dan dibuang oleh VID Fendy...baikkk punyer swinggg...huhuhu


Ini lah rumah kampung yang menjadi latar belakang majlis ini...juga selaku tuan rumah untuk majlis ini. Terima Kasih la banyak-banyak kpd keluarga VID Lyn terutamanya "mak" yang dipanggil oleh VID2 yang lain. Keluarganya sibuk menganyam ketupat didapur. Ketupat hiasan yang x perlu dianyam...hahaha dipasang oleh VID2 tang tinggi...huhuhu

Bila pentas siap jerr, ramai la nak naik nak test pentas katanya. Macam2 aksi lucu ditunjukkan. Jangan ditunjuk masa majlis sebenar sudah. VID Adam dah melalak lagu raya. Yang lain back dancer. Lepas melepaskan geram, makan. Hurmmmm sedapnya...berkali2 disebut oleh VID Megat memuji masakan kampung oleh mak barunya itu.

Tutup kedai jam 12.30 malam.

Friday, October 26, 2007

Dafi & Media - Part 1


Penglibatan ray dalam kelab peminat ini secara tak langsung memberi pendedahan ray kpd dunia kewartawanan. Selama ini sebagai pembaca, ray hanya membaca dan membuat kesimpulan tertentu dari setiap artikel yang dibaca. Baca ----> pertimbangan ----> buat kesimpulan. Percaya atau tidak pada sesuatu issue atau gossip itu terletak pada diri masing-masing dan pada instinct kita sendiri. Terus terang, kita akan selalu percaya pada apa yang kita baca.

Dafi sering menghiasi majalah hiburan dan akhbar-akhbar. Alhamdulillah, Dafi mendapat publisiti yang cukup sejak beliau bergelar artis. Antara topik yang sering dikemukakan ialah gossip percintaan (yang sering dikaitkan mengenai Fatin & mila), kisah Dafi dirumahnya, aktiviti kelab peminatnya dan mengenai pengalaman peribadi Dafi. Bila melihat sendiri penglibatan Dafi sebagai artis baru, terbuka luas fikiran ini. Sebagai wartawan, mereka mencari bahan. Tiada bahan, apa yang nak mereka tulis? Artis itu sendiri harus memainkan peranan mereka untuk membantu wartawan mendapatkan bahan berita. Istilah "low profile" akan membosankan wartawan dan akhirya tiada apa yang akan ditulis.


Pendapat peribadi ray, Dafi telah menjalani proses ini dengan baik. Beliau amat disenangi wartawan. Kerana keramahan dan semangatnya. Dafi juga bijak berbicara dan sering memberi kerjasama. Tak lekang dengan senyuman dan penuh rasa yakin ketika menjawab soalan-soalan wartawan. Soalan panas? banyak....

Antaranya, pendapat yang mengatakan peminat Dafi terdiri daripada golongan lelaki lembut...jawapan Dafi "Dafi tiada hak untuk memilih siapa peminat Dafi, tak kira lembut atau tidak, mereka adalah peminat Dafi, dan Dafi hargai sokongan mereka. Latar belakang mereka adalah hak peribadi mereka dan Dafi tak kisah".

Pendapat yang Dafi hanya harapkan muka sahaja dan bukannya bakat. "Dafi masih baru dalam dunia artis ini dan banyak perkara yang perlu Dafi pelajari untuk memperbaiki diri. Rupa paras adalah anugerah tuhan dan Dafi bersyukur atas pemberianNya"

Dafi dengan jelas telah menjawab soalan-soalan panas itu dengan baik. Sikap Dafi yang merendah diri, menepati masa adalah ciri-ciri yang memainkan peranan penting dalam kerjayanya.


Note : Gambar diatas diambil semasa Dafi menyertai showcase Anugerah Era di Mahkota Parade Melaka.

DVD Review - The Shawshank Redemption -1994



I want to share with you an Absolutely Perfect Piece Of Art!! A film that captured my attention. I am a proud owner of an orginal DVD of this film.

The Shawshank Redemption is one of the most perfectly put together films that not only throughs you some dramatic turns, but is visually and emotionally inspiring. I haven't heard of one person turning this movie down...

For one thing, the acting was perfect. It was not overdone or overly-dramatic. Tim Robbins has a rare ability to act as if here were an innocent, condemned man himself who loved his wife, and seems to be "covered by an invisible coat that keeps this place from affecting him." However, Morgan Freeman actually kept the story moving. He has painted a perfect masterpiece and sets an emotional truth that coats you and draws you in with every word he narrates. He has a gift that I have only seen in actor, Robert Duvall, to completely immerse himself in his roles and "become" the character in the movie. His dialogue and his deep, hearty voice is truely amazing. Both Tim Robbins and Morgan Freeman perform a duo with absolute precision.


I won't reveal any of the story. But I must say...it had the absolute PERFECT ending.
I believe this now to be one of my favorite movies, the number one movie about prison. Only one other film was able to rival this movie in 1994, which was Forrest Gump with Tom Hanks starring and Robert Zemeckis directing. The Academy Awards went to that film, which was highly deserved and I personally agree with that. But this film shall not be overlooked and given some credit too. This was truely an amazing film...


My Rating: A+ PERFECT!! ONE of my ALL TIME FAV.

Thursday, October 25, 2007

KRU OPEN HOUSE

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ray dapat call last minute frm Achmal (AC)menjemput ray mewakili DFC untuk menghadiri Open House KRU di rumah Yusry yang terletak di KL. Nak pergi sorang-sorang? I don't think so la kan. Segan pergi sorang-sorang. So call balik tanya berapa orang yang can go with me. 5 orang...limitnya kerana open house ini adalah jemputan khas untuk wartawan dan business partner KRU.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Masalahnya, DFC ni business partner KRU ke? Yes, we are... according to KRU. Any organisation yang support artis yang bernaung dibawah KRU akan dianggap business partnernya. Honoured and very touched to hear that. Segan still menebal tapi AC dah ajak kan so kena la pergi. Kalau taknak kena carut lak nanti..hahaha. So, readers...kalau ada saper-saper tanya pasal show dan berminat nak jemput Dafi...boleh menghubungi ray.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Last-last minute hari bekerja pulak tu...call la sape-sape yang sempat. Amy, Megat, Lyn dan Saf...adalah dengan ini anda dijemput untuk menemani Presiden DFC ke majlis rumah terbuka KRU. Sampai je, disambut dengan mesra oleh AC, Lynsie, Norman, Yusry dan staff-staff KRU yang lain. Cool. Dafi pun kenalkan lah ray pada boss besarnya Norman. Secara berseloroh, "OO u la yang bertanggungjawab sampai lagu bila terasa rindu naik sampai no2" "Next single Dafi nanti terus masuk carta dan terus no 1 ya". I take that as a compliment bagi pihak semua Dafinites yang mengundi Lagu Bila Terasa Rindu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dafi excited la sangat bila nampak kita orang datang. Dafi berbaju oren (corporate colour KRU) kebetulan sedondon lak ngn Lyn. I think we are the only wakil fan club yang datang. Dafi dari pemerhatian ray...sangat peramah dan disukai tetamu yang hadir. Dari meja ke meja Dafi berjumpa tetamu yang hadir. Macam open house tu Dafi yang punya pulak. He has done a great job. Proud to see him getting along with Press and guest so well. "Adek Dafiiii" Azwan Ali menjerit memanggil Dafi ketika Azwan duduk di meja dan Dafi pula ke meja buffet. Hidangan tersusun rapi...nyum nyum. Ada rendang, kueh mueh, laksa bla bla bla...the list goes on and on.

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nak ambil gambar tersangat la segan kan sbb we are there not as fans but as guest la pulokkkk...so dengan penuh berhati-hati kamera dikeluarkan so it won't look so obvious. Ray snap gambar Dafi and Dafi sibuk nak tengok hasil gambar dia tu...Itu la Dafi yang ray kenal...lepas amik gambar ...nak tengok aje. Itu sudah wajib. Ikutkan aje la...huhuhu. Antara artis/celeb tv/radio yang ray nampak hadir ialah Ezllyn, Fahrin, Linda Onn, Kumpulan Flava, Nizal, Chef Ismail hurm sape lagi ek? Wartawan pun ramai...sekali datang dush...sederet.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Setelah kenyang makan, nak mintak diri dah...tapi Dafi cakap "Weiii lepak arrr dulu...pukul 10pm pun aku nak chow dah pun" so...nak tak nak, terpaksa la tunggu Dafi ni ha. Lepak je la kat meja tu sampai pukul 10pm. Yang join meja kitaorang Reza (DJ era) dan rakannya. Lepas Reza balik, Dafi kenalkan kat kitaorang seorang kakak (org kuat KRU die hard fans - since 1992 lagi). So kita lepak and berbual-bual sementara menunggu Dafi yang sibuk mingle-mingle dengan tetamu yang lain.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tiba masanya, kami pun bersalaman dengan tuan rumah and mintak diri.

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Dalam perjalanan ke kereta sempat la amik gambar....Ray kemudian hantar Dafi ke opis KRU (sbb Dafi parked kereta kat sana). Oh ya...masa nak balik tu, Norman ada termentioned lagu terbaru Dafi....huhuhu "Dr something-something" . Nak tau? Kena la tunggu k.
Lepas hantar Dafi, pergi ke rumah kawan ray kat Gurney, hantar samping tajaan Megat. Sampai rumah pukul 12.30am...pengsan jap...fon berbunyi...keluar lagi....huhuhu.