Sunday, December 9, 2007

Menyelam

Perkataan menyelam biasanya digunakan bila kita berada di laut atau kawasan berair yang sangat dalam. Contoh yang paling sesuai ialah menyelam di dasar laut. So, bila nak menyelam, kenalah membuat persiapan lengkap....macam tangki Oksigen ke apa ke.

Gambar diatas telah dilukis pelukis muda berbakat megat. Gambar Ray menyelam di dasar lautan. Ikan duyung pun ada. Yang peliknya..macam pernah ku lihat ya muka ikan duyung tu....she looks like mona tembun. Pada siapa yang tak tahu siapa mona tembun tu, ray akan terangkan disini dalam post ray yang akan datang.

Berbalik pada menyelam, istilah ini juga digunakan apabila bila seseorang itu chatting kat ChaT Box...nama ada tapi tak muncul-muncul. Maksudnya meninggalkan Chat Box itu (without signing off) dan buat benda lain. Lagi lama... lagi dalam penyelaman itu. Kalau secara tiba-tiba datang balik..."Ahhhh Ray..dah timbul dah" dan diikuti dengan perkatan "Lama nyelam ray?".

Biasa dengar istilah "sambil nyelam minum air" ? Ini kes lain pulak. Terutamanya kepada yang sedang bekerja dan ada access internet. Sambil kerja, sambil check website dan ala-ala check tu terussss chat sekali kan?

Ray bekerja sendiri di rumah. I used computer like 5-6 hours daily for work. Sambil menyiapkan kerja, sambil tu online & chat sekali. Hilang juga tekanan bila chatting. Take 10 mins chat pastu sambung kerja balik. Nyelam la jugak ni. Lagipun, part of my duty untuk chat dan moderate website. DafiFC bukan satu-satunya web yang ray moderate. Ada lagi 4 website yang ray jaga. One of my online work is to design website dan menjaga dan buat updates.

Yang bekerja tu...hahaha..kenalah hati2..kalau boss korang nampak...lain drama pulak jadinya.

7 mulut cakap2 belakang:

mrs syadAZ said...

website pe lg yg ray moderate selain dafiFC?
nk lalu lalang gk..huhu

ray eusouff said...

website private company [syarikat]. Semua adalah website private company abroad (overseas)

ray eusouff said...

antaranya
salah seorang moderator team for www.ednoland.com
owner/moderator www.rumahsikecil.com
designer for www.therichmondhouse.com

yang lain2 sort of P&C...

Farazila said...

mcm kenal jer lukisan tue kan..
erm..lilo rase mcm makan cili lak..sebab lilo terasa kepedasan nye la..
hikhikhik..

ray eusouff said...

xyah susah2 terasa pedas ok
mmg lilo pun yang dimaksudkan...hahhahahaha

Farazila said...

:P

wawa said...

nyelam sambey minum air ni mmg biasa di buat.. kadang2 tu minum air lagik bnyak dr nyelam, jeng jeng jeng, hehe...