Sunday, December 9, 2007

Drama : Kempen Kesedaran [18 SG]


Pernah satu ketika dulu, media massa menyiarkan cerita kes ragut yang berleluasa dalam negara kita ini. Naik seram bila mendengarnya. Lepas satu-satu kes ragut. Tapi sekarang macam dah tak dengar lagi. Adakah kes ragut benar-benar berkurangan?

Ray ada menyaksikan satu kes ragut live incident didepan mata. Masa tu ray nak melepak kat A&W di Subang Jaya....bersama kawan-kawan. Oleh kerana ianya terjadi begitu pantas, dan kebetulan Megat ada pegang kamera... sempat merakamkan kejadian tersebut.


Pembonceng motosikal ini, cuba meragut beg gedabak kepunyaan wanita ini. Beg gedabak itu berjenama Gucci ya. Sawiyah (bukan nama sebenar) sepatutnya melepaskan saja bag tangan itu kerana nyawa lagi penting dari beg gucci itu.

Tindakan Sawiyah yang betul ialah beliau telah menjerit "Hanjingggg...nak curik bag aku ya! Harammm". Tindakan yang betul tu bukan kerana penggunaan bahasanya ya. Tindakan yang betul itu kerana Sawiyah telah menjerit dan jeritan itu akan menarik perhatian orang lain. Biasanya peragut akan takut atau cuak bila orang menjerit. Yang tak betul ialah budi bahasa Sawiyah. Sawiyah dinasihatkan supaya menggunakan bahasa yang lebih sopan atau lebih sesuai seperti " Tolong! Tolong! peragut ! Tolong lah jangan mencuri bag gucci saya yang mahal ini". Mana lah tau kan, lembut hati peragut tu terus tak jadi ragut kan. Budi bahasa Budaya kita Cik Sawiyah oiiii !!!

Kesalahan peragut pula (Tong Cheng Kuat - memang nama sebenar) ialah meragut bag yang besar. Beg besar tak bermakna isinya banyak ya. Mengikut ramalan ray, peragut ini lebih berminat kepada design beg tangan ini dari isinya. Sebabnya dia nak "Drag" kat Chow Kit malam ni....baru ada kehlasss kalau ada handbag mahal...hahhaha. Nak beli, Ton Cheng Kuat tak mampu ya...so ragut bag orang la kerjanya. Kok ya pun...pakai la motor yang bergerak kalau nak meragut tu...pakai motor mainan...memang la ko carik nahas.

Amoi yang kat belakang tu boleh tersenyum tengok orang diragut. Sikap ini jangan kita contohi ya. Tak baik untuk kesihatan badan.


Ray amat kagumi semangat juang Sawiyah mempertahankan bagnya. Tips yang bagus...! Gunakan bag tersebut sebagai satu senjata ya....belasah je Sawiyah ! Hempuk beg tu berkali-kali...sampai peragut tu pengsan. Gooooo Sawiyah !

Ada gak yang tanya...Lorrr. Megat dan Ray...kenapa tak buat apa2? Dari duk tengok dan amik gambar...kan lebih baik pegi tolong Cik Sawiyah tu.
Ish...Sebagai penerbit pengarah & jurukamera dokumentari , kami tak leh intefere dengan apa yang berlaku. Buat bodo je. Barulah realiti tv..hahaha
Lagipun, kalau tolong pun, bukan Cik Sawiyah nak bagi reward ke apa ke...kekkekeke


Tong Cheng dibelasah teruk dan akhirnya terkulai layu. Plan nak "drag" kat Chow Kit malam ni terpaksa dibatalkan. Pelanggannya pasti hampa sebab takde fashion show kat Chow kit maalm ini. Kepalanya luka sepanjang 4cm dan benjol empat tompok di kepala hotaknya. Berkemungkinan otak nya senget dan hilang ingatan selama 29 hari mengikut Dr Joey yang ada ditempat kejadian. Tapi ray tabikkk la, peragut ni tetap pakai Unity Band walaupun nak pegi meragut...hahhaha

Tapi kan... pelik pulak. Kenapa Sawiyah tak amik beg tu.....dia biarkan saje beg tu kat situ....Kalau korang pandai...bgtau sebabnya beg itu dibiarkan dan tidak diambil semula oleh Sawiyah.


Tong Cheng secara tak diduga bangun dari pengsannya.Tapi masih ada yang nak menolong. Seorang wanita bertudung yang kebetulan baru balik dari kerja goverment yang nak ke kedai membeli tuala wanita datang membantu. Dicapainya...gelas sebesar badak tu dihempuknya pada peragut itu. Ya la kan takut la peragut tu bertindak ganas semula. Dari hilang ingatan selama 29 hari...berkemungkinan dia akan hilang ingatan seumor hidup akibat tindakan perempuan tersebut.

Megat sempat gak tanya nama pompuan ni tapi sebab dia kerja gomen...nama dia terpaksa kami rahsiakan...Farah zila (opppsss terlepas sebut) ini bekerja kat jabatan perdana menteri, bahagian keganasan rumahtangga.


Selepas Tong Cheng dihantar ke Klinik Haiwan berhampiran (klinik manusia 24jam tak dibuka kerana hari tu cuti -public holiday sbb hari keputeraan Putera dafoo), motor yang ditunggang oleh Tong Cheng kena hijack pula oleh Sawiyah..... Dr Joey tak leh tolong kerana bukan bidang kuasanya hal-hal otak ni...kalau pasal gossip boleh lahhh...

Dengan gembiranya, Sawiyah menjerit "saya menang moto" (suara sengau). Uik! Apa dah jadi ngn storyline cerita ni...camner lak Sawiyah ni boleh menang moto plak...hahhahaha.

Pembaca blog sekalian, sebenarnya ini adalah lakunan semata-mata dan ianya adalah jalan cerita (skrip) yang telah ditolak oleh editor terkenal Encik Adam Manah. Reason Encik Adam Manah kerana merejectnya...ialah kerana ending yang tak logik...katanya. Jeles kut?

Memandangkan ianya telah direject, ray publish dalam blog ni je la..huhuhuhu.

Tapi misterinya....Mana pergi beg gucci Sawiyah yang menjadi punca incident ini. Agak2 korang ? Sila drop komen dan bgtau apa dah jadi ngan beg gucci tu...

Tenaga Produksi

Pelakun
Safia Satin - Sawiyah
Takumi - Tong Cheng Kuat
Farah Zila - Farah Zila
Amoi - Amoi

Pelakun Tersembunyi
Dr joey
Encik Adam Manah

Make Up
Lyn Yusuf
Syamelia

Stand in (body double)
Nad
Chapiq

Busana - Butik SMI (sendiri mau ingat)

Juru Kamera/Pengarah seni
Megat Eusofe

Pengarah
Ray Eusouff

Lokasi pengambaran : Subang Jaya

Terima Kasih Dr Karupiai (klinik haiwan SS18) dan A&W Subang Jaya.

13 mulut cakap2 belakang:

Emy Hisyam Basri said...

kelakar tahap cipan...
siap ada nama watak...
i x stop gelak ok... baru baca 1st paragraph dah terguling2 atas rumput...

apa jd dkt bag 2? i rasa bag 2 x ori kot... sekadar dummy jek... apa? 'for display only' la kot... sekadar utk prop dlm citer ni....

----> nak sambung ketawa...

Adam said...

pening...pening...

Farazila said...

hahahha...

pewot lilo hampir nk terburai baca story ray nie..

erm tu ler korang ... pastikan beg anda dipegang erat klu nk berjalan2seorang diri..klu nk keluar tue biarlah berteman.. nt jadi mcm nie la kes nya...

hhahaa..moral of the story...
sawiyah dapat beli beg baru lg vogue da vass..coz beg tue dah ternoda..hikhikhik..

ray eusouff said...

Emy....berguling2 atas rumputttt...aiyooo

pening gak nak fikirkan storyline drpd gambar2 yang diambil oleh Megat ni.

Glad that u guys enjoy it.

<-----masih puclic holiday ari ni.

Adam,
X yah penin2. Mintak Dr Joey 2 bijik panadol pls....hahhaha

Farah Zila Bakarin...pelakun undangan/tambahan @ special appearance..producer berminat sila hubungi talian gomen....

Prediction/Mistery.... on why beg ditinggalkan Sawiyah akan ray jawab nanti...TUNGGGUUUU

Lyn Yusoff said...

hahaha.. lawak giler ok..
nak terburai perut i baca citer ni.. hampeh lah sgt..
hahahahaha..
nice story....

nad said...

kuangkuang:DD
ray .. nama NAD pown termasuk sekali ke.?
ahahhaha :P
body double ek ..
alaaaaaaa sedehnya :(
ahahahha :PP

Emy Hisyam Basri said...

soklan cepu cemas :
1.
siapakah yg di make up oleh lyn yusoff? berikan sebab skali

a. sawiyah
b. akak keje gomen
c. tong cheng kuat
d. kesemua di atas
e. soklan x releven

2. apakah hubungan antara tong cheng kuat & amoi?

a. sepupu
b. biras
c. bekas kekasih

ray eusouff said...

Jawapan Quiz
1- C - Tong Cheng Kuat ....(alahhh..paham2 je la sebabnya) kekeke

2- B - Biras

ray eusouff said...

Jawapan utk soalan di post utama.

Sebab Sawiyah tak amik semula bag guccinya.
bag gucci Sawiah telah terpalit sejenis cecair iaitu air liur Tong Cheng....
ada peta lagi...hahhaha

alasan ke 2, walaupun hilang ingatan Tong Cheng tetap dengan nalurinya meminati design handbag itu...so dia amik jugak handbag tu.

Farazila said...

hahhaa...
erm motif kak emi bg soklan cepumas tue...
haruss ler kak lyn makeup special tuk dia kan..ekkeke..

erm...
lorh...itu pasai ker sawiyah tgglkan beg gucci...
apsal x amek je blk beg tu jadi penawar rindu..kekeke

Lyn Yusoff said...

Sorry.. Kak Lyn tak make up sape2 pun.. make up diri sendiri bole lah..soalan tak relevan ok..
hampehhhhh....

Lyn Yusoff said...
This comment has been removed by the author.
zafirah mahirah said...

hahahaha...best2...