Monday, December 17, 2007

Anak Halal (2007) - Malay

Berpeluang menonton "Anak Halal" hari ini. Sebuah filem Osman Ali, yang mendapat kritikan yang memberangsangkan sebelum ianya ditayangkan lagi.
Memang Ray nak menonton filem Osman Ali ini. I have watched his previous and first mainstream film, "Puaka Tebing Biru". Nama Osman Ali tidak asing lagi pada pengemar Independant filem di Malaysia. Antaranya filem "Malaikat Di Jendela" dan "Bukak Api".
Beliau juga dikenali sebagai pengarah melalui drama tv terbitan Tiara Jaquelina..."Toll gate Girl" yang dibintangi oleh Amy Mastura yang ditayangkan di NTV7 semasa hari raya beberapa tahun yang lepas.

Ajami (Pokcik) yang invite Ray menonton filem ini bersama bloggers-bloggers yang lain. Jam 4 petang sampai di Pavilion (berhadapan Star Hill, Bukit Bintang) tarikan terbaru di Kuala Lumpur.

Ray bukan seorang pengkritik filem yang pandai sangat menilai hasil kerja seseorang pembikin filem but I am a movie fanatic. Ray tengok semua jenis filem. Jika sebuah filem itu mendapat bad review, I'm still want to go and watch that particular film and find out for myself. I judging a film based on my point of view as a viewer iaitu sebagai penonton biasa.


So my review will be very simple and understandable. Here we go.

"Anak Halal" telah berjaya kerana keberkesanan watak yang dilakunkan dan agak realistik. Memang ada hubung kait dengan remaja sekarang ini. Kalau ada yang menafikannya, I would suggest...go out more and bukak mata besar-besar. Kalau tak nampak jugak, maknanya either you are ignoring tha facts or sikap "takde apa" attitude yang could care less what is happening in the real world.


It is about drugs, kesempitan hidup dan kisah cinta dan persahabatan. Drugs? real enough...musuh utama negara... katanya. Rating penagih dadah di Malaysia semakin meningkat. Kesempitan hidup? Masih ada yang pinjam duit along....Ray sendiri at times terdesak jugak cuma level terdesak yang berbeza. Bunuh diri sebab berhutang dan macam-macam cerita di dada akhbar. Cinta? Semua orang pernah jatuh cinta. Persahabatan? Kita perlukan sahabat dalam usaha mencari kebahagian. No fun doing things on your own.

Biasanya sebagai seorang penonton, kita mahukan sesebuah filem itu mudah difahami....menghiburkan dan meninggalkan kesan.

Ceritanya...sangat mudah difahami. Tak payah pening-pening nak fikir. Tiada teka-teki or misteri yang perlu diselesaikan. Anda dibawa dari mula hingga ke akhir. Dari huruf A ke Z. Takde huruf Z pastu flash back ke A. Or B ke C, D ke F , Z ke D. So not a problem there.
Penggunaan bahasa dalam filem ini...biasa kita dengar. Sebagai contoh "Banyak la ko""Haram Jadah""Sial" Ada jugak perkataan carut yang terkeluar. (pelik jugak kenapa ianya tidak dipotong). Teringat pulak ray pada sebuah filem lain (no name mentioned) dengan dialog penjahatnya yang berbunyi "Akan ku hantar kau ke Neraka! Hahaha!". Nampak sangat copy paste dari filem Inggeris "I'll send you to hell". Kelakar bila membayangkan seseorang yang jahat melafazkan dialog itu. Ive no problem pasal mencarut ni....tapi taklah bermakna ray bersetuju yang mencarut itu ok. Tapi hakikatnya....mencarut tu perkara biasa dah....dan biasa kita dengar. Filem ini tidak sama sekali meghalalkan mencarut tapi memaparkan yang benda yang benar.

Terhibur melihat telatah karektor-karektor dalam filem ini. Sangat bersahaja.
Meninggalkan kesan? Yerp....ray memang terasa bila part satu watak itu dibunuh dan part dendam tu...memang rasa geram sbb no justice and nowhere to run. Kesan ni tak semestinya, part sedih2 je. Banyak lagi kesan yang boleh diperolehi dari sebuah filem cuma ianya bergantung kpd individu masing-masing. Jika anda sorang yang compassionate, maka sedih la kesannya. Jika anda yang romantik, maka kesannya romantik la kan? kalau anda seorang yang hot tempered, maka anda akan berasa geram. Udah la tu...tiga contoh dak cukup. Get my point?


Tapi nak bagi real macamana pun tetap juga ada part tak realnya. hahaha. Nak tarik orang ke wayang kena la amik orang yang popular or cantik untuk berlakun. Tetap kena ada kesan dramatik nya scene. Yang ditambah untuk mencantikkan filem. Part Fasha Sandha tgh "hi" atas bumbung tu....wah cantik baju yang dipakainya. Baju putih yang bersih...so bila ditiup angin...nampak cantik. Cuba letak pakai kain batik ke apa ke...cantik ke bila ditiup angin?kekekke. Susah nak terima penagih dadah secantik tu....tapi kalau letak pelakun tak cantik kang...takde sape pulak nak pegi tgk wayang. Kalau takde dramatik effect nanti jadi dokumentari la pulak kan? Ada juga small-small thing yang tak logik tapi xdela ketara sangat sampai boleh mencacatkan jalan cerita.

Lakunan paling cemerlang...ialah Maya Karin...lain penampilannya kali ini...lebih bersahaja. Tapi kadang-kadang ada jugak terdengar slang/tune suaranya yang a bit pelat. Farid Kamil....pun boleh tahan lakunannya. Adi Putra, Raja Farah, Bront Palarae, Zul Huzaimy, Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Jehan Miskin, Mislina Mustaffa.....pun ok. Masing-masing membawa watak mereka dengan baik. Jalan cerita adala a bit of hindustan effect, yang wajib kalau nak tarik penonton melayu ke pawagam.

Lepas menonton, lepak ngn the others kat kedai mamak. Bront dan Remy pun ada join sekali. On the way balik nampak sekumpulan remaja bermotor di hadapan tempat kami lepak. Ray sempat snap the real thing. (lihat gambar paling bawah)
Ray bagi 3.5 star

3 mulut cakap2 belakang:

wénkt said...

wahhh comment tak nak kalah tu...

ajami said...

Cuba letak pakai kain batik ke apa ke...cantik ke bila ditiup angin?

>> har! har! har!

fadz said...

salam, rebiu yg simple tapi sweet:)