Monday, November 19, 2007

Tribute to Adam


Petang tadi sebaik saja ray skodeng page dan blog kawan-kawan, ray dikejutkan dengan satu berita. Adam yang juga direhatkan due to personal reasons, decided to resigned as DFC Vice President1. Let me flash back adam nyer involvement dlm DFC.

Adam Arjuna dikenali oleh ray melalui online. Kerap online dan drop komen di ruangan forum. Bila ray created VID position, ray memang tgh mencari sesiapa yang layak. Bukan mudah kerana, ray tidak mengenali sesiapa secara peribadi. Tapi pada masa itu, VID adalah bukan ajk (tidak diiktiraf oleh AJK protem) dan ray adalah ajk new media. VID pada masa itu hanya ditugaskan untuk memantau forum dan membantu ray menjalankan tugas-tugas online.



Dalam usaha mencari VID, ray juga mencari seseorang yang berada di sekitar KL untuk membantu ray mengemaskinikan website. Ray pada masa itu masih bekerja sebagai seorang peramugara. Kadang-kadang berminggu-minggu berada di perantauan. Someone must attend meeting on my behalf when I am not around.

Adam adalah calon yang paling layak kerana beliau tinggal di Shah Alam, sudah bekerja dan mempunyai kenderaan sendiri. Ray menjalankan temubual melalui telefon dan akhirnya dia bersetuju untuk membantu ray.

Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, amanah, kesanggupannya, karismanya, disenangi adalah kriteria yang ada pada Adam. Adam diuji pada konsert akhir Akademi Fantasia dimana booth DFC dibuka dan ray tidak dapat hadir kerana tugas. So Adam lah yang menggantikan ray stelah dipersetujui oleh Vernon. Dari pemerhatian Rins, naib presiden 2 pada masa itu (sekarang beliau menyandang tugas sebagai bendahari) merasakan adam sangat rajin dan very independent in his work.



Moment yang tak dapat dilupakan ialah kali pertama kami berjumpa Dafi dimana ianya juga sesi Dafi bersama wartawan yang diaturkan oleh Vernon. Sesi tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada Dafi tentang dunia kewartawanan. Sampai ke malam dan dinner bersama Dafi. Wartawan yang ada ialah kawan-kawan Vernon iaitu Jol dan rudy. Turut serta blogger terkenal kak red. Pada sebelah malam, Dafi buat kali pertama chat di chat Box DafiFC.

Ujian ke dua dimana kami diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program mesra bersama Dafi di Bukit Jalil. Dalam masa seminggu, Adam dan VID lain bertungkus rumus menyiapkan database keahlian yang pada masa itu mencecah angka ribuan. Bayangkan dalam tempoh yang singkat itu adam terpaksa memasukkan data pendaftaran satu persatu. Ianya memerlukan kesabaran dan itu sudah cukup memperlihatkan dedikasinya.

Adam, I appreciate your contribution and your hardwork! You are also a very caring and a good friend yang sentiasa menghormati ray sebagai orang yang lebih tua daripadanya.

Banyak sebenarnya cerita mengenai Adam yang tak cukup ditulis di dalam blog semata-mata. I wish him all the best really. Keputusan Adam itu dihormati dan berharap Adam will remember us.

Adam....thank you from the bottom of my heart.


0 mulut cakap2 belakang: