Tuesday, November 6, 2007

Rumah Si Kecil - Graduation & Concert 2007

By: VID Lilo of DafiFC




Ianya merupakan hari yang penuh bermakna dan bersejarah bagi kanak-kanak Tadika Rumah Si Kecil(RSK) kerana meraikan kejayaan mereka selepas tamat sesi pembelajaran pra sekolah. Ini merupakan acara tahunan tadika RSK setiap tahun. Pengalaman bersejarah ini turut dikongsi oleh Dafi dan AJK Dafi fan club.

Tadika RSK telah mengadakan Majlis Graduasi dan Konsert yang diadakan ditempat yang cukup gemilang iaitu di Dewan Theaterette, Wisma Negeri, Seremban Negeri Sembilan pada 4hb November lalu.

Majlis “Graduation & Concert” adalah anjuran Tadika Rumah Si Kecil dengan kerjasama Dafi Fan Club turut mengundang Dafi dan Cikgu Najmi sebagai tetamu kehormat pada hari tersebut. Ini merupakan salah satu pendekatan berbeza DafiFC dengan mengadakan kerjasama dengan pihak tadika bagi mendekati peminat kecilnya.

Majlis yang diadakan cukup meriah ini adalah untuk meraikan kejayaan kanak-kanak sebelum mereka memasuki ke alam persekolahan yang sebenar. Konsert ini bertemakan "Musical P.Ramlee" dimana keseluruhan persembahan adalah mirip kepada adegan-adegan lakonan/filem allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Sekitar jam 2 petang Dewan Theaterette ini telah dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa yang sentiasa prihatin dengan perkembangan anak-anak mereka. Seramai 350 orang yang hadir dan 110 pelajar tadika yang mengambil bahagian dalam majlis tersebut Dewan menjadi gamat seketika apabila tetamu kehormat sampai iaitu Dafi dan juga Cikgu Najmi kerana tetamu yang hadir tidak menyangka akan kehadiran penyanyi dari program realiti tv (Akademi Fantasia 5) di majlis tersebut. Kerjasama antara pihak tadika dan DafiFC adalah merupakan satu kejutan buat mereka.

Majlis ini bermula 2 petang dan berakhir sekitar 5 petang telah dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kanak-kanak dari Tadika RSK. Bermula dengan ucapan pengetua iaitu Pn. Juli,dan tetamu kehormat, En Najmi. Seterusnya majlis penyampaian hadiah bagi pelajar sesi akhir (6 tahun) dengan memakai jubah kelihatan seperti majlis konvokesyen di IPT, tarian Sirih Pinang Muda, nyanyian dari Filem Pendekar Bujang Lapok, aksi si kecil dalam Tiru Macam Saya dan juga lakonan dari babak filem lakunan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan acara ini berakhir dengan nyanyian beramai-ramai dari pelajar Tadika RSK dengan mendendangkan lagu ‘Senyum’.

Sijil-sijil turut diberikan kepada seramai 56 pelajar yang terlibat dalam majlis graduasi disampaikan oleh Pengetua Tadika- Puan Juli dan juga tetamu kehormat Cikgu Najmi. Selain itu penyampaian hadiah bagi pelajar cemerlang juga turut diberikan kepada pelajar tahun 4, 5 dan 6 disampaikan oleh Pengurus Tadika dan akhir sekali Anugerah Ibubapa oleh Dafi .

Dafi dan para tetamu yang hadir begitu asyik dan sering tertawa melihat gelagat sikecil di atas pentas yang melucukan. Kanak-kanak yang membuat persembahan berjaya mencuit hati tetamu.

Kejutan juga diberikan oleh Dafi kepada tetamu dengan naik ke pentas dan menyanyi lagi Bila Terasa Rindu bersama-sama pelajar Tadika RSK. Sesi autograph/bergambar dan juga jualan album single Dafi Bila Terasa Rindu juga turut diadakan selepas majlis tersebut selesai. Bagi dafi ini merupakan pengalaman pertama dan berbeza kerana dafi belum pernah hadir dalam majlis sebegini dan begitu seronok sekali dengan pendekatan berbeza ahli jawatan kuasa kelab peminatnya.




Di sekitar majlis tersebut. Tema konsert "Musical P.Ramlee"

Hantu - hantu pelbagai size dalam "aci-aci bukak pintu"

En. Noorsham bersama "si kecil" menyanyikan lagu senyum

Pertandingan "Tiru macam Saya" - Aksi Saloma - teka sape menang?

Si kecil dibelakang pentas bersiap sedia
"Panca Sitara - Bila Larut Malam"
Dafi, VID & Kakitangan RSK

Ucapan daripada wakil si kecil yang tamat belajar di tadika

Antara si kecil yang berumur 6 tahun yang tamat tadika

Gaya 60an yang digayakan
Lawak sangat! Tetamu ketawa x berhenti-henti melihat aksi si kecil
Adegan "Malam Pesta Muda Mudi" Si Kecil menari twist...aiyooo


1 mulut cakap2 belakang:

sugus said...

bestnya tgk...
sy suka bdk2..terhibur..