Wednesday, November 14, 2007

Panggilan Pulau

Senario 1
Bayangkan. Anda dan rakan anda menaiki sebuah kapal dalam perjalanan untuk bercuti. Kapal yang anda naiki itu karam. Walaubagaimanapun, anda dan semua penumpang dalam kapal tersebut terselamat dan terdampar di sebuah pulau. Hanya yang ada bahan keperluan asas untuk anda bertahan sementara anda diselamatkan.


Senario 2
Sekarang. Bayangkan pula, antara penumpang-penumpang yg survive dari tragedy kapal yang karam itu ialah Dafi dan VID-VINnya. Kebetulan pula ya. Agak-agaknya ada tak perbezaan pengalaman terdampar disebuah pulau dimana Dafi & DafiFC terlibat sama. Hanya ada keperluan asas sahaja yang ada. Kena buat tempat berlindung, mencari sumber air bersih, makanan, api untuk memasak dan juga sebagai menghidari dari ancaman binatang buas (kalau ada).

Sekarang bayangkan pula senario yang hampir serupa dengan senario 1 & 2 tetapi yang digarap dengan lebih kemas. Kali ini dalam bentuk percutian yang dirancang. Menaiki bas bersama Dafi all the way to destinasi. Sampai saja, menaiki bot ke sebuah pulau. Camping disana untuk semalam. Ada aktiviti di waktu malam dan unggun api. Setiap peserta dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan diberi khemah dan keperluan asas. Ada task-task tertentu. Ada guidelines such as "no handphone allowed". Sebelah siang ada games ala-ala survivor. Dan "game master" anda ialah Dafi. Dan setiap VID akan mewakili setiap kumpulan as team leader.

Program diakhiri dengan majlis makan malam. Check in kat hotel untuk satu malam. Masa makan malam tu...kita akan umumkan pemenang kpd games-games yang diadakan.

Keesokan harinya, kita ronda-ronda satu pulau buat sight-seeing. Dan balik naik bas ke KL semula. Are you up for this kind of holiday package?

Ini adalah hanyalah satu perancangan ray untuk program percutian bersama Dafi. Hanya satu pendekatan berbeza dengan perancangan yang lain dari yang lain. "Dare to be Different". Perancangan ini tertakluk kepada perubahan dan kesesuaian apabila ianya diperhalusi kelak.

Hanya sekadar idea. Apa pendapat anda? Anda boleh drop comment dan jawab poll disebelah kanan page ini.

4 mulut cakap2 belakang:

Lina Ratu Drama said...

ray, bukan senang eh nak terdampar di sebuah pulau bersama dafi? hehe. kalau mcm tu, terdampar seumur hidup pon xpa.. sanggup2.. :p ada VID lagi.. ;) make it more happening.. bercuti bersama dafi kan? xyah laa nak gunakan hp.. anyway, it's very interesting.. ada campfire lagi.. tidur dlm tent.. wow.. i like..so adventurous.. ala-ala survivor kan? hehe.. how i wish, it really happens.. insya-allah.. very different k.. unique sekali.. looking forward towards this.. (:

ray eusouff said...

hi...lina
thanks...

perlukan sokongan to make it a reality...

Insyaallah...

Anonymous said...

well,fara rasa best sgt =)
good idea.
hope jd reality ;)

faradiba :)

Anonymous said...

ray..idea yg baik..
hope ape yang dirancang dpt dijalankan dgn sebaik mungkin..

yaty :p