Saturday, November 17, 2007

Poster Mualaf



Masuk blog Yasmin Ahmad dan tertarik dengan poster filem terbaru Yasmin Ahmad, Mualaf yang dikatakan agak kontroversi.

According to Yasmin in her blog, poster ini hasil kerja Ng Choo Seong (yes, Jason!), and the photograph was taken by David Lok (the guy who played the chief gangster Jimmy in "Sepet"!).

I am always a fan of Yasmin Ahmad's film. No matter how controversy...isi filemnya amat dalam maksudnya. Kita selalu menyalahkan atau tidak selesa dengan benda yang kita anggap di luar kebiasaan kita. Tapi, sekiranya minda kita tidak sempit...kita akan belajar menerima yang issue-issue yang dibawakan, ada kebenarannya. Pada yang malas berfikir, lain pula pandangan mereka.

Ray belum lagi menonton filem ini. Akan menontonnya bila filem ini keluar kelak. Yasmin pernah keluar dalam sebuah program luar negara (tak ingat apa) dimana beliau telah diwawancara. I can't remember the exact words but she told viewers that she write from her heart and her observation through life. Ideas normally datang dari minda tapi idea filemnya datang dari hati.

Berbalik kepada posters yang rasakan simple dan menarik perhatian ini, ada juga kontroversi yang timbul. Ada yang kata telekung yang dipakai Amani menyerupai pakaian "sister" atau "nun" di gereja cuma ianya berwarna putih dan bukan hitam. Juga issue sah ke sembahyang kalau dahi ditutup ketika sujud. Macam-macam kan? Sampai ke situ pulak kan? Bagi ray, cepat sangat ianya dikaitkan dengan telekung bila seseorang itu dipakaikan something yang berwarna putih dan labuh. Ada jugak yang kata, telekung tu takde kerawang2 dan x related dengan budaya wanita islam di Malaysia. Kalau ianya telekung sekali pun, ada ke design2 tertentu yang ditulis rupa atau design telekung yang sepatutnya. Ada ke? huhuhu. Ray pernah buat umrah dan bila di tanah suci, macam-macam style telekung ada.

Issue ini terlalu subjektif/sensitif untuk diperkatakan. Rakyat Malaysia ni dah terkenal dengan sensitivitinya dalam segala hal. Apa kata kita tengok dulu filem tersebut dan komen selepas menontonnya.
Mesti tonton !

0 mulut cakap2 belakang: