Sunday, November 25, 2007

Karangan Si Kecil - Part 1


Bilakah kali terakhir anda membaca karangan yang ditulis oleh kanak-kanak yang berusia 9 tahun? Mungkin ada diantara pembaca blog ini terdiri daripada kalangan Ibubapa yang mungkin membaca homework atau buku sekolah anak-anak mereka. Apa ? tak baca? Haaa. As parents I think you should...jangan main jerit je "Arifff !! Pegi baca buku ! Buat kerja sekolah ke belum?" tapi never pedulik to participate. Kalau anak tak berminat nak belajar, jangan salahkan budak dan cikgu kat sekolah. Nak tarik minat mereka? participate and I'm sure they will appreciate.

Ray bertuah sebab dapat participate dalam dunia kanak-kanak. Selain daripada kanak-kanak di tadika ray, ray ada buat tuition untuk sekolah rendah. Yerp, you heard it right...Tuition. Banyak request from parents for me to do this. Last year, ray ajar seorang budak yang hyperactive, yang selalu merah je markah bila exams. Sebab masa tu ray kerja as flight crew, mana ada masa nak buat tuition ni. Ray declined. Tapi parents ni insisted for me to help their son dan tak kisah hantar anak dia mengikut masa ray. Ray tak sampai hati and agreed to help. Ya Allah cabarannya. Sejam rasa macam lima jam. Bila kita tanya dia angguk sambil senyum dan duk pandang je muka ray yang hensem ni...kekekke. Hasilnya, after four months (ermm about 5 session) he improved. He scored among the highest in school and his parents like so grateful to ray...Dari seorang jadi dua pastu tiga dan akhirnya 5 orang. Lucky for me they all improved.


So ray berpeluang lah membaca karangan mereka. So dalam part 1 ini, ray nak kongsi karangan one of my student...Ammar Shahir. Ammar pelajar tahun lima. Seorang yang suka tengok kartun dan kuat berangan, dan suka tanya soalan yang pelik-pelik.

Karangan ini ditulis tahun lepas dan ray tulis semula dalam e-mail dan hantar pada semua kawan-kawan ray. Tah macamana, tersebar kat semua orang di internet dan jadi versi lain sebab telah ditokok tambah. So, jangan terkejut kalau anda dah terbaca karangan ini. Ray tulis semula, versi asal karangan yang ray simpan di computer ray. Kita baca apa yang Ammar ni tulis.Karangan yang telahdihasilkannya tahun lepas.

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalambatang paip.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu pergi sebab mengantuk. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garpu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.

Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya.Emak saya tercampak ke dalam gaung.Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari dibelakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda laju cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.Pemandu lori menekan butang khas didalam lori dia..lori itu bertukarmenjadi robot Transformer.


Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkantangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!"dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.
Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis dipejabat polis itu terperanjat lalumati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Sebenarnya Ammar dikehendaki menulis apa yang disukainya. Sudah tentu dia tidak menulis seperti ini di sekolah. Di sekolah kita kena tulis apa yang disuruh dan terikat dengan peraturan penulisan dan macam-macam lagi. Sebagai contoh, kita tidak perlu menjadi penulis untuk menulis blog kita sendiri. Sesiapa pun boleh menulis blog. Menulis dari apa yang dirasa. Menulis dari hati. Tapi malangnya bagi kanak-kanak ini, mereka terlalu muda untuk diberikan peluang sebegini. So, ray berikan peluang tersebut tanpa sebarang peraturan atau tajuk tertentu. Kita boleh lihat minatnya meningkat. Kalau diberi tajuk yang tidak diminati, satu karangan pun sudah memakan masa untuk disiapkan. Tapi bila diberikan peluang untuk menulis apa yang mereka suka, kerja mereka dengan cepat disiapkan. Kata kuncinya ialah minat. Sebagai pengajar, kita mestilah memastikan tajuk yang diberikan mendatangkan minat. Bukan beri tajuk dan suruh mereka tulis. Pastikan mereka berminat dan hasilnya ialah kreativiti. Itulah cabaran jawatan perguruan, disamping mengajar hendaklah mendidik dan tidak lupa mendatangkan minat kepada mereka. Mengajar dan mendidik, rasanya tak susah tapi nak mendatangkan minat adalah satu cabaran.


Dari karangan ini saja kita dapat tahu personaliti Ammar. Rapat dengan maknya. Suka tengok kartun...transformer & ultraman (rasanya terdedah kepada tv bukan melalui pembacaan), tak suka mandi, anggap maknya sebagai seorang yang pemarah dan hero sentiasa mempertahankannya, suka bangun lambat, menganggap helikopter satu kenderaan yang hebat, suka ke Genting Highlands, selalu dipaksa ke pasar, part mati tu sbb terdedah dengan "Play Station" . Asyik mati saja penyudah game-game tersebut. Ray dapat mengenali Ammar melalui penulisan gaya bebasnya.

Ray bagi A+ kerana minatnya menulis dan A- kerana idea dan B untuk jalan cerita . Kenapa bagi banyak grade dan bukan satu grade? Children Psychology is my answer. I am not an ordinary teacher...hahhaha

6 mulut cakap2 belakang:

Anonymous said...

this kid a be writer. comedy !...nabil

Anonymous said...

can be..silap2...nabil

Anonymous said...

best laa cerite diee. heeee

*nana*

Anonymous said...

ade je ko ni ray...lawak lawak =P

ray eusouff said...

bley jadi penulis hebat si ammar ni satu hari nanti

RaiaAiani said...

ye... saya penah baca karangan ni @ email.
tak sangka ianya betul2 ujud...
masa baca tu ingatkan, betul ke ada budak yang cerdik macam ni...
saya yang da tua pun xleh imagine pelik2 sampai ke genting highland..huhuhuh...

jaga budak ni leklok..sok besa leh jadik pengarah pelem...pelem mesia sek wat citer sama je..buhsan!