Sunday, November 11, 2007

Dafi & Media Part-2



Selang sehari selepas touch down di 'Tullamarine"....ray dapat email. E-mail dan scan image dan artikel dafi yang telah berada di pasaran dari majalah "Hai". Terima kasih pada Eileen...peminat dafi yang susah-susah scan majalah tersebut bertujuan nak email kat ray.

Tidak dinafikan, Dafi sering keluar majalah, surat khabar, kaca tv, radio kebelakangan ini. Sampai ada yang ray sendiri tak tahu dan peminat dafi yang hantar email beritahu. Sokongan media pada dafi..alhamdulillah. Buktinya...yang dinyatakan diatas dan kehadiran lebih 2o orang wakil media ke majlis Mesra Aidilfitri yang diadakan baru-baru ini. Jauh....tapi mereka datang jugak. Ada yang beritahu "Jauhnya...tapi I datang jugak ni...dan terpaksa tolak undangan rumah terbuka lain kat hotel malam ini".



Ray check email lagi....ada lagi scan image. Dari peminat Dafi yang lain pulak. "Media Hiburan" dalam slot "Santai Pot luck bersama selebriti". Dua page penuh! Sejam selepas tu ray dapat sms dari kawan ray dari Singapura (bukan peminat Dafi)....sms tu berbunyi "Ray ! Dafi keluar media hiburan - wah merah menyala...DFC rocks!!".
Sms tu datangnya dari kawan ray, Suhaimi dari Singapura. Kawan yang dah setahun tak dengar khabar berita. Tetiba hantar sms. Hahaha.

Ada jugak sebelum ni komen anti-dafi yang berbunyi "Dafi artis majalah". Bila ray tanya pada Dafi....komennya "Biarlah ray...apa orang nak cakap...Itu pendapat masing-masing".
Ray sendiri secara peribadi x kisah dengan apa yang sesetengah pihak perkatakan. Dafi ada peminatnya sendiri dan bagi ray, ia adalah sokongan media pada Dafi dan sokongan itu harus dihargai.

File artikel Dafi yang ray kumpul untuk Dafi Fan Club dah penuh dan masuk file ke tiga dah. Dalam banyak-banyak, my personal fav ialah hasil tulisan Meor Shariman "Staying power - Dafi here to stay" yang dikeluarkan di Weekend Mail 21July yang lalu. "This AF5 graduate proves he is not just a pretty face". Dafi dengan t-shirt DafiFCnya terpampang di muka depan "weekend flip". Why ...my fav...you may asked? Read it and you will know why.

2 mulut cakap2 belakang:

ain said...

yes... ain dah beli majalah tu
ain beli 3 sekali gus...
MAJALAH MEDIA HIBURAN, HAI & MANGGA
best best

ray eusouff said...

beli ain jangan x beli
bila magazine laku....wartawan akan panggil dafi lagi urk buat coverrr..