Saturday, November 3, 2007

Al-Fatihah

Allahyarhamah Sharipah Bt Hj Jamil
Bonda Tercinta
yang telah pulang kerahmatullah
pada 13 November 1985
Al-Fatihah

13 November 1985, semasa ray darjah 5 dan baru menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah. bonda tercinta yang ray panggil mak meninggal dunia. Orang yang paling rapat dengan ray. Tempat bermanja dan mengadu.

Terlalu cepat. aruah mak sakit demam-demam. Seperti biasa, aruah mak agak pandai menyembunyikan sakitnya. walaupun demam..meguruskan rumah tangga diteruskan. Aruah mak tak mengadu kalau dia sakit tapi kali ini...dia rasa tekaknya panas dan sangat sakit. Kehendak aruah mak ray turutkan, sebab tekak panas, aruah mak nak minum air laici. Dalam beberapa hari keadaan semakin teruk. Akhirnya mak dikejarkan ke hospital besar seremban dan masuk wad.

Masa dulu, kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan melawat. Pergi ke hospital, tunggu dibawah, ahli keluarga yang lain semua naik. Tertanya-tanya khabar dan teramat rindu. Selepas seminggu, penyakit tidak dapat dikesan, maka pihak hospital transfer mak ke hospital besar KL. Lagi jauh nak melawat, kalau boleh pergi pun...tidak dapat berjumpa.

Dengan kebenaran pihak hospital, akhirnya...dapat jugak ray naik jumpa aruah mak. Tapi aruah mak sedang sakit teruk, rambutnya gugur, bibirnya bengkak dan pecah. Mukanya cengkung. Tertanya-tanya dihati ray...kenapa dengan aruah mak ni. Baru lah ray tahu, aruah mak mengidap luekimia setelah diberitahu oleh bapak. "Tapi...luekimia tu apa pak?" Ray tak tahu. "Kekurangan sel darah merah".....ray diberitahu. Masih tak faham, ray nak tanya pada aruah mak terus. Tapi, aruah mak susah nak bercakap kerana mulut dan tekaknya bengkak. Tapi dari pandangan matanya, ray tahu dia sangat sayangkan ray. Pandangannya yang selalu ray tengok bila dia temankan ray sebelum tidur. Sama.

Aruah mak nak makan pun terpaksa guna straw. Menitik air mata bila mengenangkannya. Ray puas dapat jumpa aruah mak. Dapat jugak ray tengok dia. Balik ke rumah Pak Lang di KL dan bermalam. Pagi-pagi lagi Pak lang kejutkan ray. Tak pernah plak pak lang ni kejutkan ray dan diajaknya ray keluar.

Tak tahu kemana arah tuju. Akhirnya sampai...orang ramai. Ray terpinga-pinga.

"Boy ! mak dah takde".

Disitulah detik ray hilang kasih sayang seorang ibu dalam hidup ini. Dah masuk 21 tahun aruah mak meninggalkan ray. Setiap masa, setiap ketika, aruah mak dihati.

"Hargailah orang tua kita semasa mereka masih hidup"

[Al-fatihah]

2 mulut cakap2 belakang:

fitilicious said...

Pas gelak sedey lak....
Wuat ummi teringat kan arwah ayah ummi jer....ayah ummi pon sakit gak so ummi r yg jage dier sampey akhir hayatnyer mak ummi lak kene keje coz arwah ayah da sakit...harap2 kalu ummi lak sakit anak2 nak r jage ummi camner ummi jage arwah ayah dolu...camnilah hakikat hidup yg hidup pasti akan mati jugak bler mase nyer da sampey....Al-Fatehah

Anonymous said...

i lost my dad even before i see tis world for a decade...smlm ckp 5 thn he left me....so now i could only pray for him in de other world...