Wednesday, October 31, 2007

Tetamu Tidak Diundang ?

Petang tadi ray dapat sms dari Lyn mengajak ray ke rumah anak-anak yatim malam ni. Malam ini ada majlis makan perpisahan kerana Uztaz Husaini & Ustazah Ayuni akan meletakkan jawatan mereka sebagai warden asrama. Tergerak hati nak pergi kerana ray dah kenal kedua-duanya. Mereka adalah penjaga kepada adik-adik angkat ray ini. Mereka selalu berkongsi pengalaman dan masalah mereka menjaga anak-anak yatim dibawah jagaannya.

Tapi segan la pulak rasanya. Masa Mesra Aidilfitri, hanya lapan orang saje yang hadir kerana yang lain tengah menduduki peperiksaan. Rindu jugak nak tengok adik-adik yang lain.

Selepas berfikir, ray pun ambil keputusan utk pergi tapi sekitar jam 9malam selepas majlis tersebut bertujuan untuk tidak mengganggu majlis tersebut. Nak juga ucapkan good luck pada Uztaz & Uztazah.







Gambar diatas diambil semasa lawatan kami ke asrama sebelum ini.

Mereka punyalah happy bila ray dan lilo sampai. Masa tu mereka baru selesai makan malam. Kami dijemput makan oleh Ustaz & Ustazah tapi kami menolak dengan baik. Sempat berbual-bual pasal majlis Mesra Aidilfitri dengan mereka. Ada juga tetamu lain disitu.

Lepas borak2 rasa nak undur diri dah. Amy & Lyn datang sekitar jam 9.40 malam. So, ray decided to stay a bit longer. Jam kat dinding dah jam 10 malam. Lyn, Amy & Lilo lepak ngn budak2 perempuan kat atas asrama perempuan.

Masa ray duduk, ada la seorang lelaki tanpa memperkenalkan diri menghalau kami dan mengugut sekiranya kami tidak balik, dia akan memanggil polis. "Ini asrama dan kamu tidak dijemput" katanya. Ray dimarahi di hadapan Uztazah, Ustaz dan penghuni asrama. Terkejut dengan caranya menegur. Kerana hormat, ray terus meminta maaf. Menghiraukan maaf dari ray , terus ray dimarahi. Ray masih tidak mengetahui identiti lelaki tersebut.

Dengan segera ray cepat2 bersalaman dgn adik-adik ray sebelum balik. Perasaan marah daripada adik-adik kesayangan ray ini keluar... tanda tidak puas hati mereka kerana kami dilayan dengan buruk sekali. Ray cakap kpd mereka "jangan cakap mcm tu" "takpe la abg ray balik dulu k". Ustazah menangis kerana rasa bersalah. Kemudian kami sekali didatangi lelaki itu dan sekali memberi amaran yang lebih keras diberikan. Kami kemudian beredar dengan segera kerana tidak mahu memburukkan keadaan. Semasa ray dibawah, ray memberanikan diri berjumpa lelaki tersebut dan sekali lagi memohon maaf.

Dalam perjalanan balik, ray terima sms dari Ustazah

"Ray, Lyn, Amy, Lilo...mintak maaf sgt2...sedih sgt apa yg jadi tadi...smpai hati dorg...xpatut buat mcm tu. Ayu, Ustaz & adik2 kat asrama mintak maaf yang teramat-amat"

Kecik hati jugak ray bila dilayan sebegitu rupa tapi sama sekali tidak menyalahkan Uztaz, Ustazah & adik-adik.

Jelas kedatangan ray dan yang lain-lain tidak disenangi oleh mereka. ray dah mula rapat dengan adik2 ray ni dan sekarang issue ini pula timbul. Penglibatan kami akan ray kaji semula supaya tidak menimbulkan masalah kelak.

Dengan rasa berat hati, satu keputusan akan diambil.

3 mulut cakap2 belakang:

Wan Ilyana Nadia.. said...

wut??..frost x phm ar..nape lak die wat cam2??..bknke DFC dh jadik sebahagian dari asrama 2??..

ajami said...

hampehh!

ni misti kes dengki or politik?

fitilicious said...

Bebanyak r bersabar kerana kalu kiter d pihak yg benar en niat kiter jujur en ikhlas berserah saja pada ALLAH swt kerana hanye Dia Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui segale2 nyer.Ummi harap ray en sumer yg pegi mlm 2 besabar jer k