Wednesday, October 31, 2007

Ne Me Quitte Pas


Memikirkan semula apa yang terjadi semalam, sedih la jugak. Ray tak peduli sangat pada orang yang mencetuskan konflik semalam. Yang membimbangkan, hati dan perasaan setiap adik-adik ray di asrama tersebut.

Ya, mereka memang banyak masalah. Antara mereka ada yang suka ponteng sekolah, degil, kurang bercampur, kasar, lemah dalam pelajaran dan macam-macam lagi. Bila meraka didekati, kita nampak seorang individu yang perlukan perhatian. Disebalik masalah itu, mereka amat menghormati ray. Hormat? Without fail mereka akan bersalaman dengan ray bila ray datang dan sebelum ray balik. Ray dikerumun oleh mereka dan mencurahkan isi hati mereka.

Ray tidak mempersoalkan langsung cara pihak tertentu untuk mendisiplinkan mereka. Mereka berhak. Ray hanya cuma memberi alternatif lain untuk mengubah sikap mereka. Buat salah mereka akan dihukum atau dimarahi. Pendekatan ray ialah menasihatkan dan cuba memahami punca mereka melakukan kesalahan itu. Itu alternatifnya bukan gantian kpd cara mendisplinkan mereka.

Sebagai permulaan, ray dan rakan-rakan memberitahu mereka, setiap apa yang kita buat akan ada akibatnya. Walaupun bila kita dewasa nanti. Ponteng sekolah akan dihukum, ponteng kerja akan dihukum juga. Sebagai langkah pertama, ray memberitahu mereka...semua ini atas pilihan mereka sendiri. Tak suka dimarahi, jangan buat. Mereka ada pilihan untuk dihukum atau tidak. Adik-adik ray ni, kalau ponteng sekolah ray takkan benarkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti kami. InsyaAllah mereka akan berubah. Tanda-tanda positif ada kelihatan. Cuma masa tidak mengizinkan.


Apa yang berlaku semalam mendatangkan kemarahan pada adik-adik ray ini. Dan juga rasa bersalah. Kerana mereka menjemput ray dan rakan-rakan, akhirnya kami dihalau. Dihalau oleh orang yang mereka kata...yang jarang datang.

Bila difikir semula, semasa lelaki kurang sopan itu balik...tak seorang pun datang bersalam dengannya. I always believed that "In order to be respected, you must respect others first". Kalau budak2 ni x salam kamu, apa salahnya pergi kepada mereka dan salam dengan mereka dahulu. Itu yang ray dan kawan-kawan ray buat sebelum ini.
I also believed that "You can't demand respect, you have to earned it". If you tunjuk kuasa, mereka akan berpura-pura menghormati dan tidak ikhlas.

Apalah nasib adik-adik ray selepas ini. Kehadiran ray dan rakan-rakan hanya untuk membantu. Keputusan terletak pada mereka yang berhak. Dengan rasa berat hati, kami akan mengundur diri. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Walaupun mereka mungkin tidak merelakan pemergian kami.

0 mulut cakap2 belakang: