Sunday, October 28, 2007

Mesra Aidilfitri Part2


Jauh la Ray! rata-rata itu komen pertama yang ray dengar bila tetamu DFC sampai. Ada yang sesat dan tercari-cari lokasi Mesra Aidilfitri Dafi Fan Club ini. Memang telah kami jangkakan komen-komen tersebut. Dalam misi mencari kelainan itu, kami korbankan atau take that risk on that part. Bukan kami sengajakan. Bukan nak menyusahkan. Ray ingin membawa Dafinites dan tetamu ke kawasan kampung sebenar. Perjalanan saja dah rasa macam nak balik kampung rasanya....Tidak dilupakan, program sebegini harus dibawa di luar kawasan KL bagi peminat Dafi yang lain. Peminat Dafi di Kampung sungai Kandis pula merasakan sebaliknya. Bangga kerana Dafi datang ke kampung mereka. Jalan kaki saja dah sampai. Teruja, kerana artis baru ini bertandang ke kampung mereka.


Program pertama kami, Mesra Bersama Dafi...kami jalankan di Bukit Jalil. Program kedua, Mesra Bersama Dafi 2 pula diadakan di Bera, Pahang. Program bersahur Bersama Keluarga Angkat pula diadakan di Asrama itu sendiri iaitu di Jalan Kuchai Lama..Kuala Lumpur.

Sekarang bayangkan situasi, yang program pertama di KL, program ke 2 di KL dan program ke 3 juga di KL.


Yang pasti, setelah program ini berakhir...jika dihayati betul-betul konsepnya ianya membawa kelainan. Konsep gotong royong antara penduduk kampung dan ahli kelab mengendalikan majlis tidak ada pada majlis yang lain. Jiran rumah terbuka juga bergotong royong. Dari meyiapkan juadah (tiada khidmat katering), berkemas membersihkan laman, menghias semua dilakukan sendiri. Inilah sumbangan keluarga tuan rumah, jiran-jiran, ahli kelab kerana khidmat mereka tidak dibayar dengan wang ringgit. Pada satu masa dulu, kita biasanya bergotong royong untuk rumah terbuka seperti ini. Sekarang....?

Upah katering, upah pelayan, pekerja hotel menyiapkan tempat....kita datang terus kendalikan majlis adalah satu kebiasaan.

"Dare to Different"


Bukan itu saja kelainannya. Majlis ini di jalankan oleh Ahli Jawatan Kuasa itu sendiri. Semua AJK turut naik ke pentas mengacara secara bergilir-gilir dengan konsep rumah terbukanya. Memperkenalkan diri... berbual-bual dengan topik yang berbeza, menyampaikan maklumat dan berhibur. Bukan nak glamour atau nak menonjol diri, hakikatnya...penggerak sesebuah kelab harus dikenali kerana mereka lah yang akan berurusan dengan ahli-ahli kelab.


Apa yang kita dapat bila menyertai program-program fan club? Dapat jumpa Dafi. Kalau itu sajalah yang kita mahu....kita cari sajalah Dafi diprogram-program luar atau konsert Dafi yang lain. Pergi saja ke Gempak Selebriti Astro...anda akan dapat apa yang anda hajati. Tengok konsert, ambil gambar pastu balik....

Menyertai program yang dianjurkan fan club ada kelebihannya sendiri. Anda akan dapat pengalaman dan persahabatan. Dan sekiranya anda melibatkan diri secara langsung dengan menjadi AJK anda akan dapat pengalaman yang tak ternilai harganya. Bukan sahaja untuk Dafi tapi untuk diri kita sendiri. Pengalaman mengendalikan majlis dan sebagainya.

2 mulut cakap2 belakang:

Lina Ratu Drama said...
This comment has been removed by the author.
Lina Ratu Drama said...

erm, well one thing is memang to jumpa Dafi kan. dah namanya mesra bersama Dafi. hehe. but yang penting, pengalaman,, the fun we had.. saat2 bersama teman2 baru.. itu laa kenangan terindah sekali.. maner nak carik benda2 nie semua? kena laa social kan diri.. memang banyak kelebihan menyertai majlis keramaian seperti ini.. mengeratkan silatulrahim.. how i wish im there.. sesiapa yg pergi tu, memang alhamdulillah, so lucky.. insya-allah, ada rezeki, my turn will come.. ;) aper2 pon. congratulations! pengamalan seperti ini tidak dapat dibeli dgn wang ringgit.. harus laa hargainya.. walaupun penat, tapi tetap have fun.. sebab kita have fun laa kita penat kan..