Saturday, October 27, 2007

Menjelang Mesra Aidil Fitri - Dafi Fan Club - Part1


Seawal pukul 6 petang hari ini, menjadi saksi menunggu khemah dipacak. Kedudukan khemah perlu ditentukan dengan hati-hati memandangkan tempat adalah terhad. Khemah selesai dipasang pada jam 9 malam. Kenapa x percaya? Nampak mudah kan? tapi tidak sebenarnya.


Setelah khemah siap meja pulak yang harus diset up. Warna merah dan putih menjadi pilihan. Sekitar jam 9pm, serombongan VID lelaki datang untuk set khemah buffet, pasang lampu dan siapkan backdrop.Lampu kelip2 dipasang oleh VID Fendy sampai terkena letrik....zetttttt zetttt.


Sambil berbual-bual kosong kerja tetap berjalan. Senarai tetamu dikemas kini oleh VID Lyn. Aturcara di semak semula oleh VID Azim. Pembahagian tugas keesokan harinya diteliti semula. Dan semak aturcara semula. Pentas dipasang. Lampu kelip dipasang. Backdrop dinaikan. Fit dan Shapiq tampal backdrop sambil dikawal selia oleh VID Adam. Dan aturcara lagi sekali disemak semula. Cat's dropping dijumpai oleh VID Lyn dan dibuang oleh VID Fendy...baikkk punyer swinggg...huhuhu


Ini lah rumah kampung yang menjadi latar belakang majlis ini...juga selaku tuan rumah untuk majlis ini. Terima Kasih la banyak-banyak kpd keluarga VID Lyn terutamanya "mak" yang dipanggil oleh VID2 yang lain. Keluarganya sibuk menganyam ketupat didapur. Ketupat hiasan yang x perlu dianyam...hahaha dipasang oleh VID2 tang tinggi...huhuhu

Bila pentas siap jerr, ramai la nak naik nak test pentas katanya. Macam2 aksi lucu ditunjukkan. Jangan ditunjuk masa majlis sebenar sudah. VID Adam dah melalak lagu raya. Yang lain back dancer. Lepas melepaskan geram, makan. Hurmmmm sedapnya...berkali2 disebut oleh VID Megat memuji masakan kampung oleh mak barunya itu.

Tutup kedai jam 12.30 malam.

1 mulut cakap2 belakang:

Lina Ratu Drama said...

ouhh greattt!
semoga semuanya berjalan dengan lancar. insya-allah, amin.
besttttt sgttttt! how i wish i'm there.. ray, mkn untuk lina okay? ;)