Friday, October 26, 2007

Dafi & Media - Part 1


Penglibatan ray dalam kelab peminat ini secara tak langsung memberi pendedahan ray kpd dunia kewartawanan. Selama ini sebagai pembaca, ray hanya membaca dan membuat kesimpulan tertentu dari setiap artikel yang dibaca. Baca ----> pertimbangan ----> buat kesimpulan. Percaya atau tidak pada sesuatu issue atau gossip itu terletak pada diri masing-masing dan pada instinct kita sendiri. Terus terang, kita akan selalu percaya pada apa yang kita baca.

Dafi sering menghiasi majalah hiburan dan akhbar-akhbar. Alhamdulillah, Dafi mendapat publisiti yang cukup sejak beliau bergelar artis. Antara topik yang sering dikemukakan ialah gossip percintaan (yang sering dikaitkan mengenai Fatin & mila), kisah Dafi dirumahnya, aktiviti kelab peminatnya dan mengenai pengalaman peribadi Dafi. Bila melihat sendiri penglibatan Dafi sebagai artis baru, terbuka luas fikiran ini. Sebagai wartawan, mereka mencari bahan. Tiada bahan, apa yang nak mereka tulis? Artis itu sendiri harus memainkan peranan mereka untuk membantu wartawan mendapatkan bahan berita. Istilah "low profile" akan membosankan wartawan dan akhirya tiada apa yang akan ditulis.


Pendapat peribadi ray, Dafi telah menjalani proses ini dengan baik. Beliau amat disenangi wartawan. Kerana keramahan dan semangatnya. Dafi juga bijak berbicara dan sering memberi kerjasama. Tak lekang dengan senyuman dan penuh rasa yakin ketika menjawab soalan-soalan wartawan. Soalan panas? banyak....

Antaranya, pendapat yang mengatakan peminat Dafi terdiri daripada golongan lelaki lembut...jawapan Dafi "Dafi tiada hak untuk memilih siapa peminat Dafi, tak kira lembut atau tidak, mereka adalah peminat Dafi, dan Dafi hargai sokongan mereka. Latar belakang mereka adalah hak peribadi mereka dan Dafi tak kisah".

Pendapat yang Dafi hanya harapkan muka sahaja dan bukannya bakat. "Dafi masih baru dalam dunia artis ini dan banyak perkara yang perlu Dafi pelajari untuk memperbaiki diri. Rupa paras adalah anugerah tuhan dan Dafi bersyukur atas pemberianNya"

Dafi dengan jelas telah menjawab soalan-soalan panas itu dengan baik. Sikap Dafi yang merendah diri, menepati masa adalah ciri-ciri yang memainkan peranan penting dalam kerjayanya.


Note : Gambar diatas diambil semasa Dafi menyertai showcase Anugerah Era di Mahkota Parade Melaka.

1 mulut cakap2 belakang: